Tuesday, 14 August 2018

Amalan Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... hari ini kita sudah pun memasuki hari kedua di bulan Islam yang baru iaitu Zulhijjah. Bulan di mana ramai umat Islam yang berkemampuan menunaikan haji bagi melengkapkan rukun Islam yang ke-5. Banyak manfaat dan ganjaran yang sangat besar di sisi Allah SWT. Semoga mereka yang sedang mengerjakan ibadah haji mendapat haji yang mabrur.


Tidak ketinggalan juga kita yang ingin mendapat keredhaan Allah SWT dengan memperbanyakkan amalan sunat agar hati lebih tenang dan kehidupan berjalan lancar. Seperti yang kita tahu, dalam bulan yang baik ini, Allah telah menyediakan banyak amalan istimewa yang besar ganjarannya untuk hamba-hambanya. 

Ini memberikan kepada semua muslim untuk semakin dekat dengan Allah SWT dan sedar akan tanggungjawab sebagai hambanya. 

Setiap pagi, terbitnya fajar di alam fana ini, sebelum memulakan sesuatu tugas, elok kiranya kita cuba mengerjakan ibadah Solat Sunat Dhuha. Ia merupakan solat sunat yang begitu banyak kelebihan dan manfaat dalam kita menempuh kehidupan seharian kita.

Solat Sunat Dhuha boleh diertikan sebagai "pagi hari" atau sebagai "panas sinar matahari", di tempat lainnya. (Surah Thaha:59, Surah Al-A'raf:98 dan Surah An-Nazi'at:46). 

Apakah Kelebihan Mendirikan Solat Sunat Dhuha?
  1. Sebagai wasiat dan sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, "Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir." [Hadis Riwayat Bukhari]
  2. Nilaian sedekah bagi seluruh sendi tubuh manusia. Diriwayatkan daripada Buraidah bahawa ia berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda; Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut. Para sahabat bertanya, Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda, Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah. Selain itu, solat dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran.”
  3. Memperoleh keuntungan (ghanimah) yang besar. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya. (Sahih al-Targhib: 666)
  4. Dibangunkan sebuah rumah di syurga. Bagi golongan yang rajin mengerjakan solat dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (Sahih al-Jami’: 634)
  5. Mendapat rezeki dengan segera. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)
  6. Mendapat pahala umrah. Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih Al-Targhib: 673)
  7. Mendapat keampunan dosa terdahulu. “Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Cara Mengerjakan Solat sunat Dhuha

Hukum mengerjakan solat Dhuha adalah sunat muakkadah iaitu amalan sunat yang sangat-sangat dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam.

Secara asasnya, solat Dhuha juga sama seperti solat-solat sunat yang lain. Solat Dhuha boleh dilakukan dari 2 rakaat sehinggalah 12 rakaat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah R.A., beliau berkata (Shahih Muslim, 1176):
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الضُّحَى أَرْبَعًا ، وَيَزِيدُ مَا شَاءَ اللَّهُ
“Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam shalat Dhuha sebanyak empat (rakaat), kadang beliau menambah mengikut keinginannya.”
1.Niat Solat Dhuha
Niat solat dhuha dalam rumi : Ushollii sunnaatadluhaa rak’ataini mustaqbil alqiblati adaa-a llillaahi ta’aala.”
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.
2. Bacaan Surah Dalam Solat
Dari segi rukun, tertib dan lain-lainya, solat dhuha adalah sama seperti solat wajib. Cuma ada bacaan surah-surag tertentu yang diajurkan ulama’ untuk dibaca semasa solat Dhuha.
i.  Sekiranya mengerjakan Solat sunat Dhuha sebanyak dua rakaat:
Klik pada nama surah diatas untuk melihat ayat/surah dan maksudnya dengan lebih jelas
ii. Sekiranya mengerjakan Solat Sunat Dhuna lebih dari empat rakaat:
Ini hanyalah anjuran para ulama’, anda juga boleh membaca apa-apa surah semasa mengerjakan solat ini kerana tiada surah khusus yang digariskan Rasulullah SAW.
Doa Dhuha
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Reaksi kOrang:

12 comments:

  1. Terima kasih perkongsian....sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. solat dhuha ni memang satu amalan yang baik. saya dulu kurang percaya dengan dhuha ni tapi lpas saya amalkan, alhamdulillah allah bagi rezeki yang saya tak pernah duga pun dapat. semoga kita smua istiqomah dalam buat dhuha ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... Memang besar manfaat yg Allah bagi kepada hambanya

      Delete
  3. memang bagus kalau dapat mengerjakan solat Dhuha setiap hari dan bertawakkal, pasti semakin murah rezeki..InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu kak... Alhamdulillah... tengah cuba istiqamah mengerjakan amalan sunat ni

      Delete
  4. Semoga dimurahkan rezeki buat kita semua. amin

    ReplyDelete
  5. Antara rahsia murah rezqi adalah solat sunat dhuha.Telah melalui magic nya sunat dhuha ni sejak sekian lama. Rasa syg sgt "nak tinggal"

    https://www.celikvitamin.com/blog/rawatan-efektif-untuk-penyakit-hati-berlemak-atau-fatty-liver/

    ReplyDelete
  6. Dhuha sebagai tanda syukur

    http://www.rahsiaummi.com/pengedar-vivix-ipoh-perak/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul... Bersyukur dengan apa yang Allah dah limpahkan

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com