Selasa, 10 Oktober 2023

Festival Ummah Mega Haflah 2023 Menggegarkan Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

CERITA minggu sudah, berakhirnya Festival Ummah Mega Haflah 2023. Alhamdulillah untuk tahun ini LeYa berkesempatan menghadiri Festival Ummah Mega Haflah yang bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Seksyen 14 Shah Alam.


Festival ini telah dianjurkan oleh Datuk Hajjah Rozzana binti Dato' Haji Rahmat yang merupakan pengasas #MyInfaqIhsan iaitu penglibatan dalam kerja-kerja kebajikan dan #SweetTalkKeSyurga, penglibatan dalam berdakwah.

 

Festival Ummah Mega Haflah ini telah berlangsung pada 7 Oktober 2023 dan turut menjemput Para Astizah yang dikenali ramai iaitu:

  1. Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022)
  2. Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022)
  3. Dr. Robiah K.Hamzah (ikon Muslimah Nona 2023)
  4. Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022)
  5. Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang)
  6. Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017)
  7. Aisyah Hijanah bagi slot Perkongsian Influencer
  8. Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer
  9. Kumpulab Rahmatun Ihsan (Haflah)
  10. Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah
Penyertaan peserta dalam festival ini adalah terbuka kepada seluruh muslimat yang berminat untuk menyertai dan berjaya mengumpulkan hampir 500 orang.



Bertepatan dengan slogan "Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al-Quran", festival yang julung kalinya diadakan ini bertujuan memberi platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalam terbaik dan khususnya dalam kalangan muslimat ke arah mencapai kesejahteraan ummah.

Di samping itu, objektif festival ini juga adalah untuk menyebarkan pendekatan dengan lebih mendalam mengenai Al-Quran serta meningkat kesedaran dan keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. untuk kita lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

 
 
 

Harapan, agar segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah.


1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com