Ahad, 15 Oktober 2023

Cinta itu Buta atau Buta Kerana Cinta?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Cinta itu sememangnya buta, lebih-lebih lagi bagi Hud yang rela menyayangi sahabat lamanya, Syikin walaupun kasihnya tidak dikenang. Namun, satu insiden yang tidak disangkakan telah berlaku sehingga mengakibatkan Syikin terperangkap dalam situasi yang tidak diingini. Apakah yang bakal berlaku kepada hubungan Syikin dan Hud?

Slot Akasia bakal membawakan drama terbaharu ke kaca televisyen anda berjudul Bukan Sekadar Lafaz, diinspirasikan oleh novel karya Sophilea yang bertajuk sama. Drama terbitan Pencil Pictures & Records ini bakal menghiburkan kaki-kaki drama bermula 17 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3.

Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan penulisan skrip dihasilkan oleh Sophilea. Drama ini juga menggandingkan nama-nama pelakon tanah air yang sangat mantap dan berbakat seperti Alif Satar, Wanna Ali, Ahmad Idham, Yuna Rahim, Mia Nasir , Malek Malek Mccrone  dan ramai lagi! 

Sinopsis Drama Bukan Sekadar Lafaz

Syikin (Wanna Ali) adalah seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal. Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud (Alif Satar) yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut. Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud.

Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman (Malek Mccrone). Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein (Yuna Rahim), yang menaruh hati kepada Dr Firman. Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin. Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan. Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman (Ahmad Idham) berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka. 

Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman. Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. 

Alif Satar, pelakon serba boleh yang kini kembali berlakon untuk TV3 berkata “Alhamdulillah Alif bersyukur sebab dapat tawaran untuk berlakon dalam drama ini. Baru-baru ini Alif banyak fokus dengan muzik dan apabila ditawarkan untuk berlakon, Alif memang tidak mahu lepaskan peluang. Ini semua adalah rezeki dan Alif janji akan buat yang terbaik untuk semua penonton drama dan tak dilupakan peminat-peminat setia Alif di rumah. Watak yang Alif pegang kali ni lain sikit. Kalau nak tau, jangan lupa saksikan drama apatah lagi gandingan pelakon semua mantap belaka. " 

Lebih menarik, drama ini juga bakal menampilkan lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ daripada gandingan vokal mantap Wanna Ali dan Aiman Ismail sebagai runut bunyi rasmi drama Bukan Sekadar Lafaz.  

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan lakonan Alif Satar dan barisan pelakon yang penuh bakat ini menerusi slot Akasia mulai 17 Oktober 2023 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam atau strim di perkhidmatan iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. 

1 ulasan:

  1. Ada tengok cerita ni sementara nak tunggu masuk magrib... Jangan cina buta udah ler.. ahaks :)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com