Ahad, 21 Julai 2019

MAGICA Events & Functions Hall Menawarkan Dewan Acara Terbesar Di Subang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sorry guys! Lama betul LeYa tak bersua dalam blog ni kan. So, di kesempatan ini LeYa cuba untuk aktif kembali menemui para pembaca yang sekian lama makin bertambah walaupun hampir sebulan LeYa tidak menulis. Korang semua apa khabar? Sihat tak? 

Okay... Kali ni pasti dah ramai yang buat majlis-majlis kahwin, tunang, cukur jambul dan banyak lagi lah yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ni. Memang sentiasa penuh hujung minggu dengan pelbagai majlis. Yang bestnya pulak sekarang ni, ramai sangat nak tempat yang grand dan cantik.


Jadinya, meh LeYa nak kongsikan pada Jun yang lalu, LeYa berkesempatan ke satu majlis pembukaan Magica Events & Functions Hall yang terletak di Star Avenue Lifestle Mall, Subang. Setibanya korang di sini, senyuman jelas terpancar di riak wajah setiap tetamu yang hadir dalam dewan acara yang ditatah indah dan cantik bagaikan berada di sebuah mahligai taman syurga. MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap.


MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magica Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza.

Magica Hall

Dewan utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Memang cantik sangat! Terdapat satu laluan peragaan di tengah dewan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Ia mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.



Classic Hall

Terletak di sebelah kanan Magica Hall adalah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis ke tahap yang lebih berprestij. 


Garden Hall

Manakala Garden Hall menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan dan sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatarbelakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun.


VIP Suite Rooms

Terdapat juga 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar yang luas kepada pelanggan yang ingin menganjurkan majlis yang lebih kecil bilangannya. Pilihan bilik VIP ini dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu.

 
 
 
Pertunjukan Koleksi Busana Pengantin. Superb Cantik!

Dengan pasangan mempelai sebagai pelanggan utamanya, Magica Events & Functions Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor dan pastilah dekorasi yang mempesona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian.

Classic Hall (Buffet Style) = RM 31,000 

Magica Hall (Buffet Style) = RM 40,000

Pakej Pertunangan/Angkat Nikah (Buffet Style) = RM 17,000

Antara buffet makanan yang disediakan


Untuk maklumat lanjut mengenai Magica Events & Functions Hall, boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Facebook

Instagram

No. Telefon
+6 012 678 7795

Email

Alamat
MAGICA Events Sdn Bhd (1316894-P)
Level 4, Star Avenue Lifestyle Mall, No. 3, Jalan Zuhal US/179
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5, 
40150 Shah Alam, Selangor

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com