Saturday, 26 May 2018

Berbuka Puasa Dalam Suasana Mendamaikan Di BBQ Lamb KL Kemensah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sekali lagi LeYa diberi peluang untuk menikmati hidangan yang sangat sedap berlatarbelakangkan suasana yang cukup mendamaikan di BBQ Lamb KL Kemensah. Kali ini LeYa dibawa untuk merasai Set Berbuka Puasa yang ditawarkan di sini untuk tahun ini. 


Berbuka Puasa Dengan Suasana Yang Mendamaikan

Berbuka puasa dalam suasana yang mendamaikan, jauh dari kesibukan kotaraya pasti ramai penghuni kota tercari-cari lokasi seperti ini. Jadi, jom LeYa bawakan khas untuk korang semua berbuka puasa dengan keluarga atau rakan-rakan di BBQ Lamb KL Kemensah. Ia hanya terletak di belakang Zoo Negara. (Rujuk Artikel Sini Untuk Cerita Sebelumnya)



Dah puas menikmati pemandangan yang mendamaikan, jom LeYa bawa korang untuk menikmati set hidangan yang sedap dan berbaloi di BBQ Lamb KL Kemensah. Di sini, korang akan diberi pilihan dengan 3 Set Hidangan berbuka puasa yang berbaloi dan semestinya sangat sedap. Antara set hidangan yang korang boleh dapatkan adalah:-

Set Hidangan Bird = RM168.00
Set Hidangan Meat = RM168.00
Set Hidangan Seafood = RM188.00

Ketiga-tiga set hidangan ini disediakan untuk hidangan 4-6 orang makan. Setiap set juga disertakan dengan 2 jug jus minuman, 2 jenis pencuci mulut seperti pudding dan cocktail buah-buahan dan juga kurma. Jom tengok set-set hidangan tuh di bawah ini.

Bird Set yang terdiri daripada burung puyuh, ayam dan itik

Seafood Set yang terdiri daripada Grilled Salmon, Grilled Squid, Shell Crab dan Cheesy Lobster

Meat Set yang terdiri daripada daging kambing dan lembu

Nasi kuning 'Herbs' yang sangat enak

Cocktail buah-buahan yang menyelerakan


Amacam! Terliur tak tengok set-set hidangan yang disediakan. Kalau dah terliur tuh, apa lagi yang ditunggu? Cepat-cepat lah booking date untuk berbuka puasa yang berbaki 20 hari ni lagi. Rasai kelazatan set hidangan berbuka puasa di BBQ Lamb KL Kemensah. 


Menurut pemilik, En Zainuddin Yatim, lebih ribuan pengunjung datang menikmati hidangan makanan di sini terutama pada musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Menurut beliau lagi, BBQ Lamb KL Kemensah ketika di musim cuti persekolahan, cuti umum dan cuti hujung minggu mampu menampung sehingga 200 pengunjung dalam satu-satu masa.

Pengunjung yang datang semuanya happy dan berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan. LeYa berkesempatan juga mengambil gambar pengunjung yang datang dari Shah Alam semata-mata untuk merasai kelazatan hidangan di BBQ Lamb KL Kemensah ini. Dan, bukan setakat itu sahaja, korang juga boleh meraikan hari bahagia korang bersama insan tersayang dalam sinaran cahaya "Candle Light Dinner" di sini. Sememangnya BBQ Lamb KL Kemensah ini merupakan lokasi yang sangat strategik dan menarik untuk semua pengunjung datang menikmati suasana kampung di tengah-tengah bandar.


Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati hidangan makanan di dalam sungai berhampiran yang sejuk dan mempesonakan. Satu kelainan yang dilaksanakan pemilik untuk memberi pengalaman kepada pengunjung di situ. Memang best kan! Rugi kan kepada yang belum mencuba lagi.  


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi dan layari:-

BBQ LAMB KL KEMENSAH
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

Telefon: 
012-211 4100

Google Map: 

Facebook: 

Waktu Operasi: 
Selasa - Ahad (6.00 petang - 11.00 malam)

[Setiap Hari Isnin Tutup]


Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. Seronoknya berbuka puasa dengan suasana damai macam ni.. Menu dia and boleh tahan mengiurkan juga tu..

    Husniey terliur tengok set seafood tu siap ada grilled salmon, squid, lobster.. Aduhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Kak Husniey datang sini, boleh la kite gi makan ramai² kat BBQ Lamb Kemensah ni.. Memang sedap sgt ni.. Recommended sgt

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com