Tuesday, 22 May 2018

Jalan Jalan Japan Kini Dibuka di Seremban Centerpoint

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menjelang Raya ni ramai lah di antara kita akan berpusu-pusu mencari lokasi pusat membeli-belah yang berbaloi dan berkualiti. Tidak terkecuali LeYa dan Otomen. Barangan berkualiti memang menjadi pilihan kami. Nak dijadikan cerita pada Sabtu lalu, kami berkesempatan shopping di outlet ketiga Jalan Jalan Japan yang baru sahaja dibuka di Seremban Centerpoint, Ampangan, Negeri Sembilan. Jom terjah bersama LeYa untuk ketahui apa yang menarik di sini.


Jalan Jalan Japan, Seremban Centerpoint - Cawangan Ketiga di Malaysia

Untuk pengetahuan korang semua, Jalan Jalan Japan ni sudah pun mempunyai dua lagi outlet yang terletak di One City, Subang Jaya dan juga One Shamelin Mall, Cheras. (Boleh rujuk di sini untuk lihat outlet kedua Jalan Jalan Japan). 

Jalan Jalan Japan atau dikenali sebagai JJJ / 3J merupakan sebuah kedai barangan Pre Loved yang berkualiti diimport dari Jepun yang terbesar dan termurah di Malaysia. 

Terkini, dengan pembukaan outlet ketiga di Seremban Centerpoint, Jalan Jalan Japan semakin disukai ramai rakyat Malaysia kerana memiliki kesemua barangan yang menarik, berkualiti dengan harga yang murah gilerrr. Jalan Jalan Japan ni berada di Tingkat 3 ye.



Terdapat banyak pilihan yang korang boleh dapatkan di Jalan Jalan Japan, Seremban Centerpoint ini. Antaranya adalah koleksi pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, pelbagai jenis kasut berjenama, permainan kanak-kanak, barangan bayi, perkakasan rumah, peralatan dapur dan banyak lagi lah yang korang boleh dapatkan di sini. Yang pasti, korang akan ditawarkan dengan harga yang sangat berbaloi dan barangan yang memang bermutu.

Kalau korang nak tahu, barangan Pre Loved ni bukan sahaja barangan yang sudah dipakai. Ada juga barangan baru yang korang boleh dapatkan dan pandai-pandailah dalam membuat pemilihan untuk koleksi korang. Jadi, rasanya kalau nak dapatkan barang berkualiti, baru dan harga murah, kena lah cepat singgah ke Jalan Jalan Japan ni. Lagi-lagi nak Raya ni kan? Pasti ada yang nak nampak bergaya dengan barangan berjenama mahal. Hehehe


Menurut Pengarah BOK Marketing, Daichi Shuzui, menjadi trend utama rakyat Jepun untuk mengitar semula barangan sekitar awal 90-an. Pelopor trend tersebut telah dicipta oleh BookOff Corperation dan berkembang pesat lebih daripada 800 outlets di Jepun dan luar negara. Dengan kepadatan penduduk di Jepun, mereka memilih untuk mengurangkan barangan peribadi mereka dengan menjual barangan mereka yang masih dalam keadaan baik itu di kedai-kedai Pre Loved. Ini kerana ruangan kediaman mereka kecil dan padat disebabkan kepadatan penduduk yang ramai berbanding kehidupan kita di Malaysia yang punya ruang yang luas dan selesa.


Sebaik sahaja LeYa dan Otomen melangkah masuk ke perkarangan kedai Jalan Jalan Japan, mata dah rambang melihat susunan barangan yang begitu banyak di situ. Tak tahu part mana yang harus dituju dahulu. Jalan punya jalan, LeYa dan Otomen terhenti di rak kasut berjenama Converse yang sememangnya menjadi kegilaan Otomen. Nampak sahaja kasut Converse, pasti akan dicapainya. Lagi-lagi kalau kasut tu limited.






Tengok tuh??? Best betul kan dapat shopping sakan di sini. Macam-macam barang LeYa boleh dapat. So… apa korang tunggu lagi??

Barangan yang telah LeYa dan Otomen beli:-
Kasut Converse 2 pasang : RM40 x 2 = RM80
Sling Bag : RM30
Rod Pancing : RM30
Periuk Tefal 3buah : RM30 dan RM15 dan RM15
Jumlah Keseluruhan : RM200.00



Enjoy Your Shopping at Jalan Jalan Japan, Seremban Centerpoint

Korang yang masih tak buat persediaan raya lagi tuh, jangan risau okay. Jom singgah ke Jalan Jalan Japan, Seremban Centerpoint yang akan dibuka pada 02 Jun 2018 ini. 



Jadi, apa tunggu lagi? Mark your calendar pada 2 Jun 2018 untuk shopping sakan di Jalan Jalan Japan Outlet Ketiga di Seremban Centerpoint

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook

Instagram
Reaksi kOrang:

6 comments:

  1. Replies
    1. Betul3x... Memang macam-macam ada. Jangan lupa mark the date taw! Hehehe...

      Delete
  2. ala..bestnya..tak payah nak pergi fly jauh ke sana..kat sini semua ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan3x... Memang best dan syok.. Barangan die berkualiti dan kalau pandai pilih memang dapat yang baru...dengan harga murah... Kan best tu

      Delete
  3. Memang shopping tak ingat dunia..nanti opening rasa nak pergi lagi la..

    ReplyDelete
  4. Hahahahaha....Kannn.... Part baju kimono tu kan kemain akak bergaya... Hehehe...

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com