Saturday, 5 May 2018

Rasai Kehangatan Iftar Ke-20 Di Cyberview Resort & Spa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Menjelang Ramadhan, pasti meriah dengan kepelbagaian hidangan makanan yang diadakan di mana-mana lokasi hotel dan restoran. Saban tahun, LeYa semakin aktif menerjah hampir kesemua lokasi Buffet Ramadhan yang berada di sekitar ibu kota. So, untuk kali ini, LeYa rasakan lokasi yang ingin diperkenalkan ini adalah lokasi yang paling menarik untuk dijadikan lokasi berbuka puasa. Lokasi tersebut ialah Verandah Restaurant, Cyberview Resot & Spa yang terletak di Cyberjaya.

Memang diperakui, hidangan yang disediakan di sini sangat sedap dan segar. Lebih menarik lagi, ada di antara menu-menu yang dihidangkan sukar didapati di mana-mana tempat. Jadi, ia memang sangat berbaloi jika korang dapat luangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan berbuka di sini.


Buka Puasa dalam suasana yang cukup mendamaikan di sini kali ini lebih menarik kerana meraikan ulangtahun yang ke-20 Cyberview Resort & Spa. Bersempena ulangtahun itu, Buffet Ramadhan 2018 kali ini lebih istimewa dengan bertemakan Rasai Iftar Yang Ke-20 Cyberview Resort & Spa dengan menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa yang pasti memberikan 1001 rasa kepuasan kepada semua pengunjung. 

Memiliki 26 buah gerai yang berkonsepkan hidangan istimewa dengan pelbagai budaya, ia pasti membawa pengunjung kembali merasai signature 'seafood-live-on-the-wok', udang harimau dan ketam yang segar dimasak  di tempat yang sesuai dengan citarasa sendiri. Tambahan lagi, Chef Imran dan pasukannya akan terus memastikan pengunjung yang hadir menyukai makanan laut seperti tiram Australia yang mentah. Korang akan dapat pengalaman memilih sendiri tiram yang disediakan dan rasai kesegaran tiram itu secara semula jadi.


Korang pasti puashati dengan bilangan gerai yang banyak ini. Pelbagai tawaran menarik korang boleh nikmati di setiap gerai tersebut. Antaranya masakan Melayu, Cina, Jepun, Korea, Itali, Sepanyol, Mexico dan masakan tempatan yang pasti membangkitkan aura selera makan korang. Lebih daripada 300 menu ditawarkan di Cyberview Resort & Spa. Antara yang wajib ada adalah warung masak lemak dan gulai kawah bersama daging, ayam, itik dan ikan salai serta siput sedut. Selain itu, terdapat juga pilihan lain seperti patin segar, tilapia, salmon dan dapatkan juga Asam Pedas atau Masak Tempoyak yang hanya dimasak apabila dipesan. Korang juga boleh dapatkan pilihan di gerai Laksa seperti Laksa Sarawak, Laksa Penang, Laksa Johor dan Laksam. Memang meriah sangat!





Hidangan antarabangsa yang tidak harus korang lepaskan ketika berbuka puasa di sini adalah pilihan sushi dan ramen dari Jepun, Teppanyaki dan Okonomiyaki dan Korea, pilihan pasta dari Itali, Nasi Paella dari Sepanyol dan banyak lagi yang korang boleh nikmati.



Kambing Panggang dan Buffet Ramadhan tidak dapat dipisahkan lagi. Korang boleh dapatkan menu HOT ini ketika berbuka di sini. Yang menjadi tarikan LeYa adalah aiskrim perisa Chicken Rendang dan Teh Tarik yang ada di situ. Memang satu kelainan yang korang kena cuba jika berbuka di Cyberview Resort & Spa ini. Seperti kebiasaan, desserts yang disediakan juga tampak meriah dan sedap-sedap semuanya. Memang tak rugi untuk korang cuba singgah di sini berbuka puasa di sini.






Tidak dilupakan juga buat kanak-kanak. Terdapat Kids Zone yang mana Cyberview Resort & Spa menawarkan Chocolate Fountain, Soft ice cream, Candies Counter, Popcorn, Cup cakes and Cookies yang mana telah dipersembahkan oleh pasukan Chef Imran. Selain itu, bagi memberikan keselesaan kepada para ibu bapa untuk menikmati hidangan makanan, terdapat juga bilik permainan kanak-kanak yang mana dipertontonkan filem dan permainan untuk mereka. Sambil menikmati hidangan Buffet Ramadhan, korang juga dipersembahkan dengan hiburan Ghazal yang dibawakan khas sempena Ramadhan kali ini.





Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Harga bagi setiap orang dewasa adalah RM149 nett dan RM75 nett bagi setiap kanak-kanak serta RM100 nett bagi warga emas. Promosi Early Birds turut diadakan dalam tempoh masa terhad iaitu RM120 nett bagi setiap dewasa, RM60 nett bagi setiap kanak-kanak dan diberikan tawaran potongan 20% kepada pembayaran menerusi kad kredit.

Selain itu, sempena ulang tahun yang ke-20 Cyberview Resort & Spa pada 20 Mei tahun ini, diskaun sebanyak 40% akan diberikan pada tarikh itu. Tambahan lagi, jika korang membuat tempahan kumpulan sebanyak 150 pax dan ke atas, pihak Cyberview Resort & Spa memberikan peluang menaiki belon udara panas secara PERCUMA untuk 2 orang. 

Sebarang tempahan, boleh hubungi 03 - 8312 7042 / 03 - 8312 7041 untuk maklumat lanjut. 



Website

Facebook

Instagram

Nota Kaki: Cyberview Resort & Spa juga menyediakan perkhidmatan katering Berbuka Puasa dan Rumah Terbuka Aidilfitri.
Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. perghhhhh
    sedapnya seafood tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... Hidangan makanan di Cyberview Rrsort & Spa memang LeYa boleh katakan yg sedap dan seafood die pun segar

      Delete
  2. Replies
    1. Aha!! Buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa ni memang sedap. Seafood dia pun segar². Rugi kalau xcuba..hehe..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com