Thursday, 31 May 2018

Share-Share Ramadhan Bersama Unifi TV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah dua minggu umat Islam menunaikan kewajipannya berpuasa di bulan Ramadhan. Menjalani kehidupan sebagai muslim dalam bulan Ramadhan ini merupakan satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Inilah masanya untuk semarakkan semangat share-share di antara kita!


Unifi TV menyiarkan tawaran rancangan dan filem menarik sepanjang Ramadhan ini dengan “Share-Share Ramadhan” untuk memberi pelanggannya teroka aktiviti-aktiviti menarik bagi mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga. Jom terokai keindahan bulan Ramadhan dengan lebih bermakna bersama unifi TV!





Share-share program merupakan rancangan terbaik di bulan yang mulia ini kepada semua pelanggan unifi TV untuk bersama menontonnya seisi keluarga. Korang akan disajikan dengan filem terhebat sehingga 24 jam setiap hari di saluran Dunia Sinema dan percuma sehingga 30 Jun 2018. Seterusnya, korang juga akan dapat menikmati kesemua rancangan kegemaran korang dan share-share kan lah keseronokan sekeluarga dengan Pek Aneka seperti Inspirasi untuk Sahur dan Iftar, Siapa kata belajar tu boring?, Pilihan blockbuster terbaik!, Drama-drama ekslusif untuk sekeluarga dan banyak lagi pilihan menanti korang.


Tidak ketinggalan buat korang yang tinggal di kawasan berdekatan untuk kunjungi dan meriahkan suasana bazar Ramadhan dengan aktiviti menarik, makanan yang lazat dan peluang bertemu selebriti di lokasi seperti di bawah:

Kunjungi kami di lokasi berikut dan meriahkan lagi
suasana bazar Ramadan dengan aktiviti menarik,
makanan yang lazat, dan peluang menemui selebriti!
Pukul 5pm – 6.30pm
Jun 2
Bazar Ramadan
Bandar Kinrara 5,
Puchong
Jun 9
Bazar Ramadan Stadium
Melawati Seksyen 13,
Shah Alam

Untuk kaki drama, kaki makan, ulat buku dan kaki movie, unifi nak share-share rancangan menarik dengan korang Ramadhan kali ini. Macam-macam saluran yang sesuai untuk korang semua layan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk Tonton melalui box unifi TV atau muat turun aplikasi Play TV. Selamat Menonton!


Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. wauu..banyak rancangan yang best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik dan Tertarik kan... Hehehe... Tapi masalahnya time Raya kat kampung.. Unifi TV kat rumah sini je ada. Si kucing, Spongebob la tengok sorang2 kat rumah nanti.. Hehehe..

      Delete