Sunday, 10 June 2018

Raikan Anak-Anak Yatim Dengan Juadah Kampung Di Kontiki Restaurant, Federal Hotel, KL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tinggal beberapa hari lagi nak menjelang Aidilfitri kan. Pasti sudah ramai yang sibuk dengan persediaan raya masing-masing. Di kala kepenatan tuh, pasti dah mula rasa malas nak menyediakan juadah berbuka puasa. Jadi, jom LeYa bawakan korang untuk menjamu selera di Kontiki Restaurant yang terletak di Hotel Federal Kuala Lumpur.


Pada 25 Mei 2018 lalu, LeYa diberi kesempatan untuk menghadiri satu majlis berbuka puasa di Kontiki Restaurant yang dianjurkan oleh The Federal Hotel Kuala Lumpur dan Hotel Capitol Kuala Lumpur yang juga turut meraikan kegembiraan ini bersama anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari. Terdapat banyak lagi restoran yang ada di The Federal Hotel. Salah satunya, Kontiki Restaurant menjadi tumpuan LeYa dan beberapa lagi rakan blogger untuk menikmati hidangan berbuka puasa di situ bersempena majlis itu. Menariknya di Kontiki Restaurant, LeYa suka akan hiasan dalamannya yang tampak minimalis dan klasik tetapi eksklusif.



Jadi, jom LeYa bawa korang untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang ditawarkan di Kontiki Restaurant.


Terdapat lebih 100 hidangan tradisional kampung yang boleh didapati di sini. Dilengkapi juga dengan menu-menu lain sebagai penambah selera hidangan Buffet Ramadhan ini. Yang menariknya di sini, buffet Ramadhan di sini menawarkan rasa kegemaran Perdana Menteri kita yang pertama, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Antaranya ialah Ikan Masin, Tauhu Sumbat, Pulut Kuning dengan Serunding, Acar Buah Acar Rampai, Tempe Goreng Pedas, Ikan Rebus Goreng, Kerabu Mangga, Kerabu Daging yang mana setiap dari 8 hidangan akan dipilih dan digilirkan setiap hari.




Selain itu, pada tahun ini juga Kontiki Restaurant menampilkan gerai aksi gaya kampung yang terletak bersebelahan kolam renang bagi menarik lagi pemandangan pengunjung untuk singgah merasai suasana berbuka puasa di sini. Antara gerai-gerai yang beraksi di luar adalah SupGearbox / Sup Campur, Nasi Bukhari, Lok-Lok; Lamb & Chicken dengan roti Lebanon atau roti pita; murtabak dengan kari ayam, Roti Canai, Rojak Sotong Kanjung, pelbagai dim sum, ais kacang, serta Teh Tarik dan ais krim Kontiki yang terkenal.

Di BBQ Cylinder Station pula, terdapatnya Hard Shell Prawn, Udang Harimau, Udang Air Tawar, Crabs, Mussel, Ikan Kembong, Ikan Pari, Chicken Drumstick, Beef Tenderloin, Whole Lamb, Taufu Bakar, Beef & Chicken Satay, Otak-Otak dan banyak lagi yang ditawarkan di sini.


Menerjah pula ke bahagian aneka sup yang banyak, di antaranya adalah Mushroom Soup, 4 Treasure with Crabmeat, Cream of Tomato, Seafood Chowder, Minestrone Soup, Hot & Soup, Bubur Lambuk dan banyak lagi. Hidangan bufet yang lazat dengan menawarkan kepelbagaian menu tempatan dan kontinental untuk memberikan deria rasa korang yang hebat ketika menikmatinya.


Terdapat juga Sushi & Sashimi, Roasted & Steamed Chicken, masakan panas termasuk Pucuk Manis Lemak Keledek, Ikan Goreng Serai, Masakan Ayam Goreng Berkicap, Daging Kicap dan Kacang Pis (Masakan Tunku), Sambal Udang Petai (Masakan Tunku) , Ayam Padprik Ratatoille, itik panggang dengan sos oren cepat, Daging Pedas (Masakan Tunku), Itik Golek (Masakan Tunku), Lamb Kofta, Ayam Kurma Berkentang, Pasta Arabiata, Ketam Masak Sos Tomato (Masakan Tunku), Ayam Masak Kuning Masakan, sambal paru goreng, kari kambing, sambal telur, makaroni gratin, jalur daging sapi dengan ayam, Ayam Masak Kicap (Masakan Tunku), Ikan Masak Lemak Belimbing, Sotong Masak Kuning dengan ubi kentang (Tunku's Cuisine) sos tomato (Masakan Tunku), Udang Goreng Manis (Masakan Tunku), Ikan Patin Tempoyak Pucuk Paku, Kari Ikan Tenggiri dan Terung serta banyak lagi.


Tidak dilupakan juga Desserts Table yang menjadi tatapan mata kerana kecantikan warna-warni yang dihias. Antara pencuci mulut yang boleh didapati di sini adalah 20 jenis kuih Melayu, dodol kampung, wajid kampung, pelbagai jenis pastri Perancis, jeli dalam gelas, Mousse, buah-buahan segar Malaysia dan banyak lagi.


Tidak ketinggalan juga, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari.

Menurut Ms Ooi Lee Ping, Pengarah Kumpulan Pemasaran, Jualan & Pembangunan Perniagaan Persekutuan Hotel Antarabangsa, "Bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk berkongsi dan memberi di samping menyebarkan kegembiraan buat yang kurang berkemampuan."

"Kami ingin menjadikan anak-anak kecil ini berasa istimewa. Dan kami percaya dalam menyebarkan rasa cinta dan gembira ini memberikan manfaat kepada mereka dengan melihat kegembiraan yang terpamer di wajah-wajah mereka."


Mengenai maklumat Rumah Nur Kasih Bestari:-
  • Alamat | No. 20, Jalan Prima Pelangi 1, Bukit Prima Pelangi, Segambut, 51200 Kuala Lumpur.
  • Ahli Rumah | Terdapat 50 orang kanak-kanak (6 hingga 16 tahun)
  • Terdiri daripada asnaf, anak-anak yatim dan kelainan upaya (OKU).
  • Ditubuhkan pada Disember 2009 oleh Puan Nurul (Graduan lepasan Yarmouk University, Jordan)
  • Rumah Nur Kasih Bestari kini ditadbir oleh Puan Zahrati
Jadi, jika korang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah berkunjung ke Rumah Nur Kasih Bestari.



Dalam majlis tersebut, anak-anak ini turut menerima duit raya daripada pihak pengurusan Federal Hotel International.




Terima kasih tidak terhingga kepada The Federal Hotel International kerana memberi peluang LeYa bersama-sama dalam majlis penuh bermakna ini dan tidak dilupakan juga untuk mengucapkan Selamat Berbuka Puasa dan Selamat Bersahur.

The Federal Kuala Lumpur

35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Tel: 03 - 2148 0468 / Fax: 03 - 2148 2877


Website: www.fhihotels.com 
Reaksi kOrang:

6 comments:

  1. bagusnya.. sambil2 dapat kumpul as a blogger dpt la jugak nikmati suasana berpuasa dgn anak yatim kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh.. Mengeratkan ukhuwah silaturrahim..

      Delete
  2. sronok ank2 yatim bila dirai sebegini..dpt juga mereka merasa berbuka puasa dgn hidangan buffet pelbagai juadah di hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu Mama Tisya. Memang tanggungjawab kita lah untuk memberi kesempurnaan pada mereka yang kurang berkemampuan ini. Semoga anak-anak yatim ini membesar dengan sihat dan dilindungi Allah

      Delete
  3. seronoknya melihat senyuman anak-anak yatim yang bergembira bersama, semoga lebih kerap lagi program ini di masaakan datang. tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Terpamer wajah kegembiraan di hati kanak-kanak itu. LeYa pun terharu tengok

      Delete