Monday, 25 June 2018

Restoran Mueang Kao Thai Cuisine Menawarkan Pelbagai Hidangan Thai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah dua minggu tekak kita asyik makan rendang, ketupat, lemang, kuah kacang je kan. Jadi, apa kata kali ini kita nikmati pula makan malam dengan masakan Thai food di sebuah restoran yang cukup menarik iaitu di Restoran Mueang Kao Thai yang terletak di Damansara Jaya.


Yang kita tahu makanan popular masakan Thai adalah Tomyam. Tapi sebenarnya banyak dan korang boleh rasainya di restoran ini. Hidangan yang ada di restoran ini dibawa khas dari bahagian tengah negara Thailand yang mana Mueang Kao merupakan salah sebuah kawasan perkampungan yang mempunyai hidangan yang sangat enak.





Restoran ini baru sahaja dibuka pada tahun ini iaitu dalam bulan Februari. Yang membuatkan LeYa suka adalah dekorasi dalaman restoran ini yang sangat santai dan simple memberikan ruang yang selesa buat pelanggan. Di sini juga terdapat dua pilihan tempat makan sama ada duduk di kerusi dan meja atau boleh bersila di ruang yang disediakan. Cukup-cukuplah LeYa berbicara panjang kan. Jom.... LeYa bawa korang nikmati hidangan makanan yang korang boleh cuba jika bertandang ke sini nanti. (Amaran spoiler: Jangan meleleh air liur tu ye...)

Mango Salad (RM18.00)

Nam Prik Pia To (RM45.00)

Sebelum korang terus mencuba pelbagai rasa makanan, apa kata korang cuba hidangan pembuka selera ini dengan memesan Mango Salad dan Nam Prik Pia To yang mana bahan-bahan yang disediakan segar-segar dan enak. Campuran mangga muda dan beberapa jenis sayuran serta kekacang yang ada pada Mango Salad memang membuka selera ketika menikmatinya. Kemudian, digandingkan pula dengan beberapa bahan dalam set Nam Prik iaitu ikan kembong goreng, telur dadar dan ulam-ulaman serta sambal belacan yang pasti membuatkan korang bertambah-tambah nasi untuk makan.

Pha La Pik (RM40.00)

Salted Egg Squid (RM35.00)

Jom korang cuba pula rasa masakan dari makanan laut iaitu Pha La Pik ini. Ia mengandungi ikan Talapia yang digoreng garing dan korang juga boleh turut merasai Salted Egg Squid yang sangat sedap dan menyelerakan tekak LeYa ketika menikmatinya.

Korang juga boleh turut rasa hidangan makanan yang LeYa sertakan di bawah ini kerana bagi LeYa, kesemuanya memang sangat-sangat sedap. 

Thai Style 3 Taste (RM35.00)

BBQ Chicken Chop (RM25.00)

Red Curry Chicken (RM35.00)

Thai Style Fried Brinjal (RM25.00)

Deep Friend Kangkung (RM28.00)

Jeng... Jeng... Jeng... Tiba masanya untuk kita merasai hidangan pencuci mulut yang sememangnya menambat hati LeYa walaupun sudah kekenyangan. Antara yang korang boleh dapati di sini adalah Mango Sticky Rice, Thai Red Rubies, Coconut Ice Cream dan juga Sangkaya Pumpkin

Selain itu, turut menjadi tarikan LeYa ketika itu ialah minumannya yang sedap-sedap seperti Air Kelapa Muda, Thai Tea dan juga Thai Green Tea.

Mango Sticky Rice

Sangkaya Pumpkin

Coconut Ice Cream

Pelbagai Jenis Minuman yang boleh di order

Air Kelapa Muda


Korang terliur tak? Kalau dah terliur tuh, jom lah cepat-cepat singgah ke Restoran Mueang Kao Thai yang terletak di Damansara Jaya. Restoran ini dibuka pada setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang, manakala pada sesi malam pula dibuka dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. Semoga korang seronok dan tertarik ketika menjamu selera di sini ye.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi seperti yang tertera di bawah:
Reaksi kOrang:

12 comments:

  1. Nama masakan dia manarik betul. Terbelit lidah nak sebut. Ape pun mesti sedap kan. Boleh cuba nanti. Thanks share Illya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Del Asyraf... Hehe... Jom...LeYa nak repeat semula ni.. Tapi belum berkesempatan lagi..ekeke..

      Delete
  2. Kita rasa macam nak dtg makan kat sini lagi lah leya semua sedap2 bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...memang dah rancang nak datang lagi... Sedap sangat.. Tapi tak dan lagi.. Asyik kekangan masa je... Hehe..

      Delete
  3. suka menu thailand..paling fav pulut mangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...sedap kan pulut mangga die tuh

      Delete
  4. sedap dan mnarik, sotong salted tu pun akk suka. Susah dpt yang mcm tu, selalu hat jemput2 je dorang buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay.. Jom kak.. Nanti kite pergi makan kat sini taw.. Hehe..

      Delete
  5. Selamat baru lepas makan. Kalau tak, meleleh air liur tgk semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... Kalau meleleh air liur tuh..cepat3 lah pergi ke restoran ni dan cuba rasa makanan di situ

      Delete
  6. Sedapnyaaa tengok semua menu dekat sini. Terliur kita. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... Memang sedap2 pun... Jom cepat book date.. Hehe..

      Delete