Sunday, 13 May 2018

Amazing Thailand "Open to the New Shades", Produk Pelancongan Thailand 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jika sebelum ni LeYa ada kongsikan pengalaman bercuti di Thailand. Kali ini sekali lagi LeYa diberi peluang untuk berkongsi mengenai produk pelancongan terbaru di Thailand yang kian meningkat naik. Baru-baru ini Thailand of Authority (TAT) telah melancarkan satu kempen baru "Amazing Thailand's Open to the New Shades" kepada seluruh dunia untuk menunjukkan ciri-ciri unik yang ada pada negara Thai sebagai pusat pelancongan terbaik. Program tersebut telah diadakan dalam sebuah Majlis Makan Malam yang penuh gilang gemilang di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Turut hadir adalah agensi pelancongan utama, media dan para tetamu undangan.


Amazing Thailand's "Open to the New Shades"

Bila bercakap sahaja tentang negara jiran kita, Thailand ni memang tak dinafikan ia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan makanan tradisi, hasil kraftangan, panorama pantai yang cukup indah dan juga budaya masyarakatnya yang sopan santun.

Pada majlis itu juga, Encik Yuthasak Supasorn, Governor TAT juga berpendapat yang pelancongan Thailand mempunyai pelbagai konsep dalam menarik para pelancong terutama Malaysia seperti Gastronomi, Seni dan Kraf, Alam dan Pantai, Budaya Masyarakat Thailand dan Cara Hidup mereka.




Dikatakan pada tahun ini sahaja Thailand telah mencapai 36 juta pelancong yang melawat negaranya dan jumlah itu telah membawa Malaysia menjadi kedudukan ke-2 teratas selepas China yang melawat Thailand. Menurut Governor TAT lagi, ramai pelancong dari Malaysia datang ke sana menggunakan jalan darat atau jalan udara. Atas sebab jalinan kerjasama baik antara dua negara ini, jadinya Thailand menyasarkan pengunjung Malaysia terutama pelancong wanita, pelancong mewah, pelancong yang ingin berbulan madu dan juga keluarga dengan menawarkan perspektif baru kepada rakyat Malaysia satu pengalaman menarik apabila melancong ke situ.

Selain daripada melawat bandar-bandar utama seperti Bangkok, Pattaya atau Phuket, pelancong juga akan dibawa ke tempat pelancongan menarik yang lain seperti Mae Hong Son dan Yala (Betong) serta mengenali budaya dan cara hidup masyarakat Thai asli yang berada di Ko Klang, Krabi, Ko Kret berhampiran Bangkok, Thale Noi di Phattalung dan Ban Bang Phlap di Samut Songkram.


  


Malam Gala Amazing Thailand "Open to the New Shades" Yang Meriah

Pada majlis makan malam itu, LeYa dan para tetamu jemputan dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan Thailand seperti tarian tradisional Thailand, demo Thai Boxing oleh Muay Thai Superstar Buakaw Bunchamek bersama peninju profesional, persembahan dari Thai Saxophonist terkenal, Mr. Koh Saxman dan juga penyampaian anugerah kepada media dan agensi pelancongan Malaysia yang telah menjayakan pelancongan Thailand.

Menurut Timbalan Gabenor TAT, Encik Tanes Petsuwan, konsep yang diketengahkan Open to the New Shades ini adalah memohon agar pengunjung membuka hati dan minda untuk mendalami dan merasai sendiri pengalaman ketika berada di Thailand.

Open to the New Shades ini memperkenalkan produk-produk baru tempatan Thai kepada pelancong Malaysia terutamanya dan juga mendedahkan watak-watak yang menarik dari destinasi pelancongan terkenal melalui beberapa kreativiti. Melalui kempen Open to the New Shades ini, ia bertujuan menarik lebih ramai pelancong bercuti lebih lama dengan memberikan tarikan sedia ada dan tempat baru kepada pelancong.












Selain itu juga, LeYa dan rakan-rakan turut diberi rasa makanan tradisional Thai sebenar yang dibawakan khas pada malam itu oleh selebriti chef, Chef Chumpol Chaengprai. Beliau telah menghidangkan masakan popular dari 4 wilayah seperti Utara, Selatan, Timur Laut dan Central Thailand yang masing-masing mengetengahkan signature tersendiri.

Setiap hidangan yang ditonjolkan menampilkan kelainan dan membuatkan satu tarikan yang unik untuk mengunjungi sesuatu kawasan di Thailand. Jadinya, ia boleh dikatakan sama seperti Malaysia yang punya pelbagai makanan tradisional yang harus dibanggakan.















Menarik kan? So, teringin tak korang nak melancong dan merasai satu pengalaman menarik di Thailand serta mengenal budaya dan masyarakat di sana? Lagi-lagi bila dapat melihat keunikan dan keindahan ketika berada di tempat orang kan. Jom Melawat Thailand!


Nak lebih lanjut mengenai artikel Thailand yang pernah LeYa kunjungi, boleh layarinya seperti di bawah:-


Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. Wah untung Leya boleh kenal dengan lebih dekat mengenai Thailand. Salah satunya rasa masakan Thailand. Nampak sedap dan menyelerakan. Makanan Thai memang kebanyakan sedapkan kena dengan tekak kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll... menepati citarasa tekak orang Malaysia. Memang sedap.. Dan lokasi dia pun menarik untuk dikunjungi

      Delete
  2. Bestnya tentnag Thailand, akak mmg suka Thailand, setakat ni dah sampai Chiangmai dan Bnagkok...next ntah bila lagi nak pi...Leya kalau nak pi jangan lupa ajak akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Masih banyak lagi tempat-tempat menarik di negara jiran kita yang perlu kita terokai selain negara kita sendiri, Malaysia. Kemudian, barulah boleh teroka negara Eropah pula. InsyaAllah... Akan sentiasa ingat Si Kakak Comel + Manis ini. hee..

      Delete