Friday, 25 May 2018

KWSP Suri Rumah: 2% Gaji Suami, RM50 Dana Kerajaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Kredit Foto Harian Metro
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah adalah dengan melibatkan sebanyak 2% daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan.

Menurut Dr Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, beliau akan bertemu dengan KWSP pada minggu hadapan berhubung dengan pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.
"Kita juga patut fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua bagi orang Islam," katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di sini, semalam.
Dr Wan Azizah juga berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan keutamaan yang perlu dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia juga salah satu daripada manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan.

Ketibaan Dr Wan Azizah di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga itu pada pukul 9.00 pagi dan disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Suriani Ahmad bersama warga kerja kementerian. Beliau kemudiannya mengetik kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum naik ke tingkat 38 di mana terletaknya pejabat beliau.

Di pejabat menteri, beliau telah menerima nota serahan tugas daripada bekas menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum mengikuti taklimat dari pegawai kanan kementerian.

Dalam sidang media itu juga Dr Wan Azizah berkata beliau yakin warga kerja kementerian akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantunya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. 

Sumber: MStar Online

Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. Rezeki suri rumah. Tahniah kerajaan PH. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan segala urusan...

      Delete
  2. alahai awak kenapa copy paste semata-mata ni. takleh olah sendiri ke? guna idea dan ayat sendiri kot ye nak kejar trafik pun

    ReplyDelete