Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Rabu, 29 Julai 2020

Youtuber Terkenal, Sugu Pavithra Kembali Dengan Resepi Dalca Tulang Kambing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini kita dikejutkan dari Channel Youtube terkenal, Sugu Pavithra yang telah membuang kesemua video-video masakannya yang lalu dek sedikit salah faham mereka. Tapi LeYa taknak lah cakap tentang masalah tersebut. Sebab? Bagi LeYa setiap dari kita semua memang ada masalah. Jadi, tak perlu nak perbesarkan lagi.

Setelah beberapa hari menyepi, kali ini Sugu Pavithra muncul kembali dengan Resepi Dalca Tulang Kambing yang korang boleh tonton sendiri di channelnya.

Bahan-bahan juga ada disenaraikan di bahagian description.

Nak mudah, nahhh LeYa kongsikan video masakannya di bawah. 


Selamat Mencuba Semua!

Jumaat, 25 Mei 2018

KWSP Suri Rumah: 2% Gaji Suami, RM50 Dana Kerajaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Kredit Foto Harian Metro
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah adalah dengan melibatkan sebanyak 2% daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan.

Menurut Dr Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, beliau akan bertemu dengan KWSP pada minggu hadapan berhubung dengan pelan tindakan caruman KWSP suri rumah itu.
"Kita juga patut fikir caruman untuk isteri pertama dan kedua bagi orang Islam," katanya dalam sidang media untuk memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga di sini, semalam.
Dr Wan Azizah juga berkata caruman KWSP untuk suri rumah itu merupakan keutamaan yang perlu dilakukannya dalam masa terdekat memandangkan ia juga salah satu daripada manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan.

Ketibaan Dr Wan Azizah di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga itu pada pukul 9.00 pagi dan disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Suriani Ahmad bersama warga kerja kementerian. Beliau kemudiannya mengetik kad mesin perakam waktu di lobi kementerian sebelum naik ke tingkat 38 di mana terletaknya pejabat beliau.

Di pejabat menteri, beliau telah menerima nota serahan tugas daripada bekas menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebelum mengikuti taklimat dari pegawai kanan kementerian.

Dalam sidang media itu juga Dr Wan Azizah berkata beliau yakin warga kerja kementerian akan memberikan kerjasama yang baik untuk membantunya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. 

Sumber: MStar Online

Selasa, 22 Ogos 2017

Seminar OSH Untuk Pengamal Media 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seminar OSH untuk Pengamal Media 2017 anjuran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) merupakan satu peluang keemasan buat para pengamal media tidak kira media cetak, media digital mahupun media sosial yang menjadikan platform media sebagai medium kerjaya. Menyedari kepentingan untuk mengelak ancaman bahaya yang sering dialami oleh pengamal media, LeYa juga turut merebut peluang terbaik ini dengan segera menyertai OSH For Media 2017 secara percuma pada 10 Ogos yang lalu.


Seminar OSH for Media 2017

Keistimewaan pengamal media kepada masyarakat dan umum adalah dalam penyebaran maklumat yang telus dan jitu. Sememangnya, hari ini medium pemasaran bergantung kepada pemasaran media yang telah menjadi pilihan era digital kini. Namun, di sebalik kita sebagai pengamal media dalam mencari dan mengumpulkan maklumat itu, sedarkah kita sedang diancam keselamatan dan bahaya tidak kira dari segi wabak penyakit berjangkit, bahaya di sesuatu lokasi penggambaran dan banyak lagi. 

Pada 2 September 2011 lalu, gempar berita pemergian seorang pemberita BERNAMA, Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa sedang membuat liputan Misi Kemanusiaan di Somalia. Insiden itu kemudiannya dilupakan dari semasa ke semasa dan ramai petugas media hari ini kembali menjalankan tugas berisiko tinggi tanpa perlu mamakai alat keselamatan yang sesuai tentang bahaya yang bakal dihadapi.


Jadi, berikutan peristiwa itu, terpanggil Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye untuk memberikan kepada pihak majikan tentang kepekaan dan menyediakan alat keselamatan serta perlindungan perubatan dan kesihatan yang sesuai kepada pengamal media. Beliau yang telah menyatakan hasratnya di Majlis Perasmian Seminar Keselamatan dan Kesihatan Kepada Pengamal Media (OSH for Media 2017) beranggapan program ini mampu memberi kesedaran tentang kepentingan untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dalam kalangan para pengamal media. 




Penyertaan OSH for Media 2017

Program OSH for Media 2017 ini juga memperkenalkan "Safety Passport" atau passport keselamatan kepada pengamal media yang telah disarankan oleh Tan Sri Lee Lam Thye dalam mempelajari aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan agar lebih terjamin keselamatan dan kesihatan semasa menjalankan tugas di lokasi-lokasi penggambaran.

Menurut Tan Sri lagi "Tugas utama pengamal media adalah untuk mendapatkan berita dan bukannya menjadi bahan berita". Sekitar Majlis Perasmian Seminar OSH for Media berlangsung, LeYa juga diberi kesempatan untuk menyaksikan demonstrasi bagaimana sesuatu bahaya itu terjadi dan langkah-langkah untuk mengatasinya.






Sertai Bengkel Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) Segera!

Sejujurnya peluang sebegini tidak selalu muncul, apatah lagi dengan kursus dan bengkel yang mantap dan terbukti berkesan yang diberikan secara percuma. LeYa menyeru untuk seluruh pengamal media tidak kira media cetak mahupun media elektronik untuk sama-sama perolehi manfaat yang disediakan ini demi memajukan kerjaya sebagai pengamal media yang mengamalkan sikap keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan diri masing-masing. 





Maklumat lanjut mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) untuk Pengamal Media 2017 boleh layari laman web dan Facebook yang tertera di bawah:

Rabu, 22 Mac 2017

Dapatkan Tiket Untuk Saksikan Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Lokasi Pantai Cenang, Langkawi sebagai Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 pertama di ASEAN pada 15 dan 16 April 2017 telah pun diketahui dan dipersetujui oleh semua pihak. Untuk maklumat lanjut boleh baca di entry LeYa yang dahulu di sini >> Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017

Seperti yang kita maklum, Langkawi memang lokasi pilihan untuk bercuti. Jadi, bagi yang ingin bercuti ke sana, apa kata datang beramai-ramai menyaksikan Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 pada April ini. Ini adalah Kejohanan Dunia Yang Pertama di ASEAN. Rasa rugi kalau kita tak pergi menontonnya. Nanti di tahun akan datang mungkin dah tak buat di sini lagi. Pasti dah susah untuk anda lihat dengan lebih dekat.



Dapatkan Tiket Tonton Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017

Jom semua. Jadi yang pertama untuk dapatkan tiket tempat duduk menyaksikan Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 pertama di ASEAN di Pantai Cenang, Langkawi. 


Klik pada pautan di bawah ini untuk anda dapatkan tiket menyaksikan Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017:-


Untuk mengetahui update terkini mengenai kejohanan ini, boleh juga lari laman facebook seperti tertera di bawah:-

 

Isnin, 20 Mac 2017

Program Amal Hari Pengasas Dr Ko bersama Idris Khan dan Dynaz Mokhtar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini bersamaan 20 Mac 2017 merupakan Majlis Pelancaran Hari Pengasas Pakar Kulit Dr Ko 2017 di sebuah Restoran Makanan Perancis dan Italia di Bangsar Shopping Centre. Ini merupakan tahun kedua untuk sambutan Hari Pengasas KO. Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr Ko akan menyambut Hari Pengasas KO bersama golongan kurang bernasib baik dengan menjalankan program amal untuk memberikan kebajikan kepada mereka.


Bersempena sambutan Hari Pengasas Ko dijalankan, dua artis tempatan terkenal iaitu Idris Khas dan Dynaz Mokhtar akan turut serta menjayakan kerja kebajikan sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. 


Dengan penglibatan artis tempatan terkenal, ia dapat memupuk minat orang ramai untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. 

Bersempena dengan sambutan itu, setiap transaksi di Klinik Pakar Dr Ko akan menyumbang RM1 kepada badan kebajikan Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia. Turut diadakan juga promosi khas kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato Dr Ko Chung Beng selama ini. 

Aktor Idris Khan (dari kiri) bersama Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia, Amin Mohd Ali Sidik, Pengasas  Klinik Pakar Kulit Dr. Ko, Dato Dr. Ko Chung Beng dan Dynas Mokhtar.
Menurut pengasas Dato Dr. Ko Chung Beng, hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai seorang doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan kepada diri mereka. Beliau juga percaya bahawa, setiap orang mampu mengubah hidupnya namun masih juga terdapat golongan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Beliau menyeru lagi untuk bersama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia.

Pengasas Dato Dr Ko Chung Beng
Sepanjang 19 tahun sumbangan beliau dalam industri kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang telah dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau amat bermurah hati dan mengetepikan segala bayaran bil dan turut menampung kos pengangkutan mereka.

Oleh itu, bersempena Sambutan Hari Pengasas Ko diperkenalkan pada hari ini adalah sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni dan bantuan disalurkan kepada badan kebajikan yang berbeza pada setiap tahun.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia, En Amin Mohd Ali Sidek
Kemudian, pada tahun lepas, Dato Dr. Ko telah menyumbang dana sebanyak RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Beliau juga turut menyasar untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia pada tahun ini.

Beliau juga ingin memupuk semangat tanggungjawab sosial dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarakat tempatan.


Anda semua dijemput untuk meraikan hari yang bermakna ini bersama kami di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko untuk memiliki wajah yang cantik dan berseri dengan tujuan yang murni sekarang. 

Setiap transaksi anda akan disalurkan sebanyak RM1 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia sepanjang majlis sambutan Hari Pengasas Ko dijalankan. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pengasas KO, boleh layari laman web di www.foundersday.koskinspecialist.com. 

Jumaat, 17 Mac 2017

Langkawi - Lokasi Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 yang pertama di ASEAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pemilihan lokasi Pulau Langkawi, Malaysia sebagai tuan rumah pertama ASEAN untuk Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 membuktikan keupayaan pihak penganjur; E-Plus Global Sdn Bhd dalam penghasilan acara berperingkat antarabangsa.

Pada 15 Mac 2017 lalu, satu persidangan telah diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah mengesahkan Malaysia sebagai negara pertama ASEAN untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Tampar Siri Dunia FIVB 2017. Kejohanan Terbuka Malaysia ini akan berlangsung di Pantai Cenang, Langkawi pada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 April 2017. Sebanyak 32 pasukan antarabangsa dari Austria, Kanada, Cuba, Republic Czech, England, Jerman, Indonesia, Italy, Malaysia, Scotland, Afrika Selatan, Sepanyol dan Switzerland akan bersaing untuk gelaran sulung kejohanan dan hadiah wang tunai berjumlah USD20,000 (MYR89,000).
"E-Plus amat berbesar hati untuk menjadi pengnajur pertama kejohanan bola tampar pantai di Malaysia. Setakat ini, kami telah menganjurkan pelbagai acara bertaraf antarabangsa dan penambahan acara bola tampar pantai ini diharapkan agar dapat menonjolkan lagi keupayaan kami sebagai syarikat persendirian yang mampu melaksanakan program-program bertaraf global," kata Andrew Ching, Ketua PEgawai Eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd.

"Acara sukan merupakan salah satu penyumbang tetap kepada ekonomi pelancongan negara. Ia boleh meningkatkan pelancongan domestik dan antarabangsa. Penganjuran acara yang baik beserta dengan penyertaan secar besar-besaran seperti FIVB akan menarik perhatian dan penyertaan pelancong asing ke Malaysia. Kebanyakan lokasi untuk acara sukan terletak di kawasan perkhidmatan utama yang menawarkan pelbagai kemudahan dan pengalaman indah kepada pelancong. Ini termasuk hotel bertaraf dunia, kawasan yang unik, warisan kebudayaan dan pelbagai tempat membeli-belah. Selain daripada itu, Langkawi juga dilengkapi dengan landskap pantai yang indah dan bersih, hutan paya bakau, makanan tempatan yang lazat serta kehidupan malam yang menyeronokkan untuk pelawat antarabangsa,"tambah Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Major Events Malaysia.  

"Terdapat banyak prosedur yang telah ditetapkan oleh FIVB untuk penganjuran acara bola tampar pantai ini termasuklah kualiti pasir iaitu satu faktor utama yang sangat dititkberatkan. Kami amat gembira dan berbesar hati apabila FIVB telah meluluskan kegunaan Pantai Cenang sebagai salah satu lokasi untuk acara bola tampar pantai antarabangsa. Ini telah membuktikan bahawa Langkawi bukan sahaja destinasi pelancongan yang menarik malah Langkawi juga mempunyai pantai yang berkualiti tinggi," kata Nor Aznan B. Sulaiman, Pengurus Bahagian Promosi Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan. Tambahan beliau lagi "Ini akan memberikan kesan yang positif dan meningkatkan ekonomi pelancongan Langkawi secar langsung.


"Semenjak penubuhan FIVB pada tahun 1987, Langkawi merupakan lokasi yang ke 365 untuk kejohanan bola tampar pantai lelaki manakala ini merupakan lokasi yang ke 317 untuk kejohanan bola tampar pantai wanita, yang ditubuhkan 3 tahun selepas penubuhan FIVB iaitu pada tahun 1992.  

Hanif Basree Abdul Rahman, Timbalan Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) menunjukkan keterujaan beliau apabila Malaysia diamanahkan oleh FIVB untuk menjadi tuan rumah pertama di ASEAN. “MAVA akan menurunkan semua pegawai utama demi memastikan pelancaran kejohanan ini. Kami berharap agar kejohanan ini akan terus memberikan inspirasi kepada peminat acara bola tampar serta dapat mengetengahkan lagi bakat mereka.” 

Pas masuk untuk sehari atau pakej masuk untuk dua hari boleh didapati melalui website www.airasiaredtix.com mulai 15 Mac 2017. 

Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 Terbuka Malaysia dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn Bhd; diiktirafkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA); dan disokong oleh Malaysia Major Events, satu bahagian dalam Malaysia Convention & Exhibition Bureau (agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Bandaraya Pelancongan Langkawi, Majlis Daerah Langkawi, Meritius Pelangi Beach Resort & Spa dan Aseania Langkawi Resort & Spa. 

 Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web di bawah:-

PERSEKUTUAN BOLA TAMPAR ANTARABANGSA (FIVB) www.fivb.com
MALAYSIA MAJOR EVENTS www.malaysiamajorevents.com.my
LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA) www.lada.gov.my
E-PLUS GLOBAL SDN BHD www.eplusglobal.com 


Sabtu, 11 Mac 2017

Coway Run 2017 Bakal Diadakan di Starling Mall, Damansara Uptown

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


Buat julung kalinya, Coway (M) Sdn Bhd akan menganjurkan Coway Run pada 07 Mei 2017 yang bertempat di Starling Mall, Damansara Uptown

Coway Run ini diadakan bertujuan mengajak orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjalankan aktiviti sukan seperti berlari. 

Menurut Pengarah Urusan Coway, Mr Kyle Choi Ki Ryong, Coway Run ini diadakan bertujuan sebagai medium buat rakyat Malaysia untuk keluar dari zon selesa dan mulakan jalani kehidupan yang lebih sihat.


Lebih seronok lagi, para peserta yang akan turut serta dalam larian Coway 2017 ini akan ditemani oleh Model Fitness Malaysia Terkenal - Jordan Yeoh dan bekas Miss Universe Malaysia - Carey Ng


Bagi yang berminat, jarak larian yang akan anda sertai berupa 5KM dan 10KM di kawasan Starling Mall. Ia juga dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

  • Terbuka Lelaki (18 – 39 Tahun)
  • Wanita Open (18 – 34 Tahun)
  • Lelaki Veteren (40 Tahun ke atas)
  • Wanita Veteren (35 Tahun ke atas )
  • Fun Run (18 Tahun ke atas)
Penyertaan hanya dibuka kepada warga Malaysia SAHAJA.

Sebagai "Pakar Air Ultimate", Coway juga berharap agar semua peserta menjaga kesihatan serta berlatih sebelum acara bermula. Selain itu, para peserta tidak perlu gusar apabila mengalami dehidrasi ketika larian. Ini kerana pihak Coway ada menyediakan 3 penulenan Air Gergasi di setiap 3 stesen air bagi memastikan peserta hidrasi dan juga dapat nikmati air terbaik dari Pakar Air (Water Specialist).

Ini yang paling menarik. Setiap pertandingan pasti akan ada habuannya. Pihak Coway juga menyediakan hadiah lumayan buat pemenang yang berjaya meraih kejayaan. Setiap pemenang bagi kategori yang dipertandingkan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000(Tempat Pertama), RM800 (Tempat Kedua) dan RM500 (Tempat Ketiga). 
Selain itu, Coway Run 2017 yang pertama ini telah ditaja khas oleh Starling Mall dan 100 Plus. Memang LeYa dapat katakan tak rugi anda turut serta dalam acara larian Coway Run ni. Badan pun sihat dan cergas. Ditambah lagi hadiah-hadiah menarik yang bakal menanti anda.

Jadi, LeYa ingin menjemput anda semua untuk sama-sama turut serta dalam larian Coway Run 2017 kali ini. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini dijalankan dan berminat untuk pendaftaran, boleh ke laman web www.myraceonline.com atau boleh terus layari laman www.facebook.com/CowayMalaysia

Selasa, 7 Mac 2017

Thomas Bruins Mengekalkan Kejuaraan di Powerman Asia Duathlon Malaysia 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Putrajaya (05 Mac 2017) - Siri Kejohanan Powerman Asia Duathlon terbesar dunia kembali lagi pada hujung minggu dengan penyertaan seramai 3,500 orang yang telah mendaftar diri untuk menyertainya.

Powerman adalah satu platform di mana para peserta diuji untuk meningkatkan pencapaian dan penguasaan dalam dua bidang sukan iaitu berlari dan menunggang basikal (Run-Bike-Run) secara serentak. 


Malaysia telah diwakili oleh jaguh, Jason Loh bagi kategori elit manakala atlet kebangsaan, Mohd Sabki Ariffin akan bertanding di kategori individual short. Menyedari jumlah peserta yang sangat luar biasa hebat pada kali ini, pihak penganjur terpaksa menutup awal sesi pendaftaran. Ini bertujuan menjamin keselamatan dan keselesaan para peserta semasa berlumba merebut gelaran juara Asia pada tahun ini. 


Para peserta bersemangat ingin memulakan langkah pertama mereka untuk merebut gelaran juara Asia kali ini. 


Thomas Bruins dari Belanda telah menjuarai Powerman Asia Duathlon Malaysia 2017 dengan catatan masa 02:33:57 dalam menamatkan perlumbaan beliau bagi kategori elit lelaki pada hari itu. Diikuti pula, Annamaria Eberhardt-Halas dari Hungary dengan catatan masa 02:52:05 menjadi juara bagi kategori elit perempuan. Ini merupakan kemenangan ketiga Bruins dalam siri Powerman tahun ini setelah mendapat gelaran di Powerman Thailand (sulung) dan Powerman Indonesia.

 
Bagi kategori podium lelaki, juara telah diraih oleh Matt Smith dari Australia dan Emmanuel Commendador dari Filipina. Manakala bagi kategori perempuan pula dimenangi oleh Monica Torres dari Filipina dan Alexandra McDougall dari Australia. 

 

  
Jason Loh telah membuat pendaratan kelima dalam kategori elit secara keseluruhan, namun beliau memperoleh naib juara dalam Kejohanan ASTC Powerman Middle Distance Duathlon Asia kategori lelaki dengan masa keseluruhan 02:52:19. 




Perlumbaan yang membabitkan disiplin larian 10km, berbasikal (60km) dan larian sekali lagi 10km ini memberikan ruang kepada atlet Asia untuk mempamerkan kemahiran mereka di peringkat antarabangsa. 


Dengan tambahan untuk kategori Powerkids yang berlangsung pada semalamnya iaitu pada 04 Mac 2017 telah menyaksikan juga kehebatan anak-anak kecil beraksi untuk merebut kejuaraan. "Ini membuktikan bahawa minat terhadap sukan ini akan terus melonjak dari semasa ke semasa", kata John Raadschelders, Presiden Persatuan Powerman Antarabangsa.
Seramai lebih 200 kanak-kanak berusia dari 5 hingga 12 tahun telah mengambil bahagian di Powerkids sulung mereka. Program ini yang dimulakan oleh pihak penganjur, E-Plus Global Sdn Bhd adalah bertujuan memupuk dan membangunkan lebih ramai atlet dalam pelbagai bidang sukan di negara ini.
 
Kategori Lelaki 11 - 14 tahun

 
Kategori Perempuan 11 - 14 tahun

 
Kategori Perempuan 8 - 10 tahun

 
Kategori Lelaki 5 - 7 tahun

Powerman Asia Duathlon Championship ini akan terus melonjak naik dari semasa ke semasa dengan pertumbuhan pesat bangsa yang kompetitif untuk lebih bersedia dan bersaing dalam arena sukan negara dan antarabangsa. Budaya gaya hidup sihat juga akan berterusan seiring dengan para peserta membuat persediaan untuk menyertai kejohanan akan datang. 



Powerman Asia Kejohanan Duathlon - Malaysia 2017 dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn Bhd dan dibenarkan oleh Triathlon Gabungan Asia (ASTC), International Powerman Association.