Tuesday, 22 August 2017

Seminar OSH Untuk Pengamal Media 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seminar OSH untuk Pengamal Media 2017 anjuran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) merupakan satu peluang keemasan buat para pengamal media tidak kira media cetak, media digital mahupun media sosial yang menjadikan platform media sebagai medium kerjaya. Menyedari kepentingan untuk mengelak ancaman bahaya yang sering dialami oleh pengamal media, LeYa juga turut merebut peluang terbaik ini dengan segera menyertai OSH For Media 2017 secara percuma pada 10 Ogos yang lalu.


Seminar OSH for Media 2017

Keistimewaan pengamal media kepada masyarakat dan umum adalah dalam penyebaran maklumat yang telus dan jitu. Sememangnya, hari ini medium pemasaran bergantung kepada pemasaran media yang telah menjadi pilihan era digital kini. Namun, di sebalik kita sebagai pengamal media dalam mencari dan mengumpulkan maklumat itu, sedarkah kita sedang diancam keselamatan dan bahaya tidak kira dari segi wabak penyakit berjangkit, bahaya di sesuatu lokasi penggambaran dan banyak lagi. 

Pada 2 September 2011 lalu, gempar berita pemergian seorang pemberita BERNAMA, Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa sedang membuat liputan Misi Kemanusiaan di Somalia. Insiden itu kemudiannya dilupakan dari semasa ke semasa dan ramai petugas media hari ini kembali menjalankan tugas berisiko tinggi tanpa perlu mamakai alat keselamatan yang sesuai tentang bahaya yang bakal dihadapi.


Jadi, berikutan peristiwa itu, terpanggil Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye untuk memberikan kepada pihak majikan tentang kepekaan dan menyediakan alat keselamatan serta perlindungan perubatan dan kesihatan yang sesuai kepada pengamal media. Beliau yang telah menyatakan hasratnya di Majlis Perasmian Seminar Keselamatan dan Kesihatan Kepada Pengamal Media (OSH for Media 2017) beranggapan program ini mampu memberi kesedaran tentang kepentingan untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dalam kalangan para pengamal media. 




Penyertaan OSH for Media 2017

Program OSH for Media 2017 ini juga memperkenalkan "Safety Passport" atau passport keselamatan kepada pengamal media yang telah disarankan oleh Tan Sri Lee Lam Thye dalam mempelajari aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan agar lebih terjamin keselamatan dan kesihatan semasa menjalankan tugas di lokasi-lokasi penggambaran.

Menurut Tan Sri lagi "Tugas utama pengamal media adalah untuk mendapatkan berita dan bukannya menjadi bahan berita". Sekitar Majlis Perasmian Seminar OSH for Media berlangsung, LeYa juga diberi kesempatan untuk menyaksikan demonstrasi bagaimana sesuatu bahaya itu terjadi dan langkah-langkah untuk mengatasinya.






Sertai Bengkel Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) Segera!

Sejujurnya peluang sebegini tidak selalu muncul, apatah lagi dengan kursus dan bengkel yang mantap dan terbukti berkesan yang diberikan secara percuma. LeYa menyeru untuk seluruh pengamal media tidak kira media cetak mahupun media elektronik untuk sama-sama perolehi manfaat yang disediakan ini demi memajukan kerjaya sebagai pengamal media yang mengamalkan sikap keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan diri masing-masing. 





Maklumat lanjut mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) untuk Pengamal Media 2017 boleh layari laman web dan Facebook yang tertera di bawah:

Reaksi kOrang:

1 comment: