Thursday, 31 August 2017

Teruja Dengan Norah Organic Hair Removal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay guys! Korang rasa part mana yang korang rasa agak sukar untuk bersihkan diri? Semestinya bahagian hair management kan! Pada anggota badan kita, bukan sahaja rambut di kepala yang kita perlu jaga, tetapi ada lagi bahagian rambut yang juga dikenali bulu-bulu di tubuh badan kita perlu dijaga rapi especially kaum wanita. Bulu-bulu ini mungkin lebih dikenali juga bulu roma. Mesti rasa rimas kan bila kelihatan bulu-bulu roma yang banyak dan lebat. Rasa kurang keyakinan pun ada bila berhadapan dengan orang ramai. So, hari ni LeYa nak bagi satu cara untuk korang tampil kemas dengan satu produk tempatan di mana ia mampu membuang segala bulu-bulu di tubuh badan kita ni. Senang kata ia adalah hair removal.

Norah Organic Hair Removal
Norah Organic Hair Removal

Mungkin di kalangan kita ada yang tak kisah tentang lebihan bulu roma yang tumbuh panjang di lengan, betis dan lain-lain tempat. Namun, bagi LeYa, ia sesuatu yang perlu dikemaskan lebih-lebih lagi bila dah berkahwin ni. Malu bila suami nampak some part of my body ada bulu-bulu roma. Jadinya, LeYa pun mulalah gigih shave bulu-bulu tersebut untuk cantik di hadapan suami. Tapi, bila dah shave selang dua tiga hari lepas tuh nanti dia akan tumbuh semula. Dah tuh. tajam-tajam pulak. Haish! Memang tak best kan! So... LeYa decided to try another product of shaving the hair removal yang ada dijual di pasaran. Tapi bila diperhatikan sangatlah tak best kan sebab produk-produk di luar tu mostly dicampur dengan bahan kimia. Jadi, LeYa pun mengembalikan rutin harian dengan hanya shave sahaja. Nak pergi ke Spa selalu tak berapa banyak pulak wang kan. So, baiklah rajin-rajin kan diri buat di rumah je.

Norah Organic Hair Removal
Cold Wax

Sesuatu di luar jangkaan LeYa bila terjumpa satu produk organic hair removal yang sungguh mengujakan LeYa untuk mencubanya. So, gigih lah LeYa Google atau buat carian di Facebook. WoW! Memang rata-rata netizen banyak yang suggest kan Norah Organic Hair Removal ni. Jenama Norah Organic Hair Removal ini merupakan produk tempatan Malaysia yang sudah pun 5 tahun beroperasi. Bukan sahaja di pasaran tempatan je, malah Norah Organic Hair Removal ni sudah pun dipasarkan ke negara-negara Asia yang lain termasuk middle east. Bila bercakap tentang Hair Waxing ni, LeYa mulanya sangsi juga sebab ada banyak je produk di luar sana yang claim as organic product juga tapi still ada bahan kimia. So, apa lagi. LeYa pun buat sedikit kajian mengenai produk ni. Memang agak ramai juga yang berpuas hati dengan hasil selepas menggunakannya. 

Norah Organic Hair Removal
Sesi bersama Norah Owner

Minggu lepas, LeYa pun diberi kesempatan untuk Meet Up Session bersama Founder Norah Product ni untuk ketahui lebih lanjut mengenai produk ini. Dari penjelesan Founder Norah, Pn. Noor Ain ini, bahan-bahan yang digunakan kesemuanya adalah bahan organik seperti madu, ekstrak lemon dan tea tree oil. Anda one more thing yang paling best Norah Waxing ni tak menyakitkan pun! Bila dah benar-benar yakin LeYa pun excited nak gunakannya.

Norah Organic Hair Removal
Antara produk Norah yang disediakan

Jadinya, bila dah jumpa Founder Norah ni depan-depan, banyak jugalah pertanyaan yang diajukan. LeYa dan rakan-rakan pun mintak tunjuk demo sebelum kami sendiri lakukan di rumah. Maklumlah tak tahu lagi penggunaannya. Okay! Part ni nampaknya LeYa yang berani untuk mencuba try demo ni. Pn. Ain menyapukan sedikit sapuan madu di lengan LeYa. Kemudian, beliau tampal dengan kertas yang disediakan. Dan, zaaappp... terus tarik. OMG! Korang tahu apa yang LeYa nampak and rasa? Bulu LeYa di bahagian tu tertanggal habis. Licin. Yang penting, memang tak sakit sangat pun. Excited rasa nak menanggalkan bulu-bulu lain yang ada di bahagian tubuh badan bila balik rumah. 

Norah Organic Hair Removal
Testimoni Pengguna 1

Norah Organic Hair Removal
Testimoni Pengguna 2

Kononnya sampai rumah nak try la buat kan tapi bila tengok jam dah lewat malam terpaksalah LeYa batalkan hasrat sebab esok kerja wey. Nanti lewat pulak bangun kan! So, selang beberapa hari lepas tu LeYa pun memulakan operasi berwaxing dengan produk Norah ni. Untuk permulaan LeYa minta En. Suami a.k.a. Otomen Taro yang buatkan. Sebabnya LeYa masih ragu-ragu dan takut-takut nak buat sendiri. First impression bila tengok kulit di lengan licin sangat lah teruja kan. Dah lah licin, tak ada pun rasas berduri-duri macam dahulu lepas shave tu. Hehehe... Memang excited terus LeYa keesokan harinya bila LeYa sendiri buat untuk bahagian kaki.

Tips dari Norah Founder, sebelum waxing sebaiknya kita mandi dahulu. Sebab ia lebih efektif kalau guna lepas mandi. So far memang LeYa suka sangat dan teruja untuk teruskan berwaxing di part of others body Tapi macam takut je ni part yang lebih sensitif tuh. Risau sakit sebab kulit lebih lembut and sensitif kan.

Norah Organic Hair Removal
Cold Wax & Hot Wax

Kalau korang nak tahu lagi produk Norah ni ada dua jenis. Satu Cold Wax dan satu lagi Hot Wax. Kedua-duanya sama sahaja fungsinya. Cuma kalau nak rasa kesan yang lebih optimal, Hot Wax lah lebih tahan lama. Kalau nak cepat dan mudah, guna Cold Wax je sebab boleh terus guna. Yang Hot Wax tuh korang kena panaskan dulu sehingga cair sebelum guna. Ia boleh dipanaskan dalam Microwave atau juga boleh gunakan teknik double boil. Memang mudah. Semuanya dah disediakan. Cotton strip untuk kita gunakan masa nak tarik wax dari kulit kita pun ada. Arahan pun ada disediakan kalau tak tahu nak guna. Cotton strip tuh korang boleh basuh dan guna semula. 

Norah Organic Hair Removal
Norah Organic Hair Removal

Satu bekas ni boleh bertahan sehingga satu tahun kalau sudah dibuka. Tapi, kalau simpan elok-elok, boleh guna lebih lama lagi. Tips penyimpanan produk Norah dari Pn Ain katanya, kalau nak lebih tahan lama eloklah kiranya disimpan dalam peti ais. Tapi harus diingat! Jangan pula lupa atau tertukar dengan madu pulak ye. Hehehe.... 

Harga Norah Organic Hair Removal ni pun LeYa rasa sangatlah berpatutan kan. Satu bekas RM35 je. Kenapa LeYa kata murah? Sebab satu bekas ni boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama. Kalau pergi buat hair removal dekat spa pun dah berapa kosnya kan. Walhal di spa pun guna wax jugak. Untuk lebih jimat, korang boleh beli Combo Hot Wax & Cold Wax dengan harga RM60 sahaja. Packaging dia pun sangat menarik. Norah mengekalkan balang kaca kerana ia memerlukan proses pemanasan yang ia lebih baik berbanding balang plastik. Produk Norah ni sebenarnya bukan sahaja untuk wanita sahaja, malah lelaki pun boleh guna tau!

Norah Organic Hair Removal
LeYa bersama Norah Founder, Pn. Noor Ain dan CEO, suaminya, En. Noor Hisyam Sofian

Norah Organic Hair Removal
LeYa dan Otomen bersama Norah Founder

Norah Organic Hair Removal
Founder & CEO Norah Produk

Norah Organic Hair Removal
Rakan-rakan blogger yang turut diundang

Produk Norah ni tak ada dijual di pasaran mahupun farmasi. Kalau nak beli, boleh melalui agent di Facebook atau Instagram. Tapi tak perlu risau sebab dah ramai je agent yang jual produk Norah ni. Memang rasanya sangat mudah nak buat pembelian. 

Maklumat lanjut mengenai Produk Norah ni boleh layari ke:


Wisma Norah

Alamat | No 19, Jalan Perindustrian Suntrack Hub,
               Off Jalan P1A, Seksyen 13,
               Bandar Baru Bangi
               43650 Selangor, Malaysia.
Telefon | +603 8922 0440
Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. bestnyaaa nk jugak hihi tapi macam sakit ja hahah
    salam kenal mellyacrayola.blogspot.com
    done follow sini

    ReplyDelete
  2. Menarik Norah ni terutama bila ia menggunakan bahan2 organik. Tak merbahaya utk digunakan. Mesti ramai org perempuan suka produk ni, lelaki pun antaranya tak terkecuali :)

    ReplyDelete