Wednesday, 30 August 2017

Movie Review | Filem Malay Regiment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada malam Khamis, 24 Ogos 2017, LeYa berkesempatan menyaksikan tayangan perdana Malay Regiment di eCurve Damansara. Sebuah filem yang mengisahkan patriotik yang bakal ditayangkan pada 31 Ogos 2017, sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60.


Sinopsis Filem Malay Regiment

Filem arahan Dato Jurey Latiff Rosli ini diangkat dari kisah benar pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I dan II, di mana pasukan keselamatan dari unit 17 RAMD telah menggempur beberapa kem pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai berhampiran Gubir di Kedah. Dalam operasi kedua itu, menyaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur di medan perang selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh enam daripada 15 pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.

Spesifikasi Filem:-

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2017
Genre: Aksi / Sejarah
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: NA
Pelakon: Yus Waisar, Nad Zainal, Z.Zamri, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar
Pengarah: Jurey Latiff Rosli
Format: 2D



Review Filem Malay Regiment

Di pengawalan cerita, LeYa terkesan dengan satu tragedi yang menimpa di mana sebuah helikopter meletup yang dipercayai telah diserang pengganas komunis dan telah mengorbankan kesemua perajurit yang berada di dalam helikopter tersebut. Malangnya, dari satu babak ke babak seterusnya, kombinasi peperangan di antara wira-wira negara dan pengganas komunis terlalu pantas untuk LeYa layan. Sejujurnya, di babak medan peperangan itu perlu diberi penekanan sedikit agar masyarakat luar terutamanya generasi muda lebih terkesan dan memahami situasi sebenar bagaimana nenek moyang dahulu bergadai nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Namun, LeYa tak nafikan impak grafik dan latar belakang di zaman era 1970-an menjadikan ia menarik kerana bukan mudah untuk mendalami lokasi ketika berada di zaman dahulu. Ketika menonton, LeYa sendiri seperti berada di zaman 1976 menyaksikan bagaimana kehidupan masyarakat ketika itu.









Kesimpulannya...

Filem wajib tonton buat generasi muda yang semakin lama lupa asal usul kemerdekaan negara. Bagaimana nenek moyang zaman dahulu mengerah keringat, mengorbankan harta dan nyawa serta sanggup berlaku pertumpahan darah demi memartabatkan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Kita yang lahir di era selepas kemerdekaan ini sepatutnya cuba mendalami dan memperingati mereka sebagai satu inspirasi untuk mencapai kejayaan.



Tonton Malay Regiment Di Pawagam 31 Ogos 2017

Filem Malay Regiment ini bakal ditayangkan pada 31 Ogos 2017 sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60. Jom ramai-ramai untuk saksikan filem ini di pawagam yang berdekatan anda dan kibarkanlah jalur gemilang tanda semangat pada diri dan sayang negara. Dah tengok nanti, korang nilaikanlah sendiri penceritaannya.


Reaksi kOrang:

1 comment: