Thursday, 3 August 2017

Hotel Menarik Di Melaka - Garden City Service Apartment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melaka memang terdapat banyak lokasi menarik yang hendak dituju. Ini tempat yang biasa orang kunjungi seperti A-Famosa, Stadhuys, Jonker Walk, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium Samudera, Muzium Maritim dan Mini Malaysia dan banyak lagi. Dan, hotel-hotel yang sering menjadi tumpuan ialah Ramada Hotel, Novotel, The Straits Hotel, Bayou Lagoon Park, Swiss Garden Hotel dan bermacam lagi.

Jadi, di sebalik tempat-tempat terkenal dan hotel yang sering dikunjungi itu, ada kalanya tempat ini biasa kita lalu tetapi tidak pernah singgah. 

Jika anda mahu berehat seketika di hujung minggu dan memandangkan cuti sekolah yang bakal tiba, apa kata anda lapangkan dada dan merancang untuk bermalam di Apartment ini.Cuma 150KM sahaja dari Kuala Lumpur. 


Sebelum ini sudah acap kali LeYa ke Melaka, tetapi tidak pernah untuk terpandangkan Aparment ini. Apartment yang disenaraikan ini terdiri dari hotel bertaraf 4 bintang dan mempunyai review pelanggan yang positif. 

LeYa faham mungkin ada di kalangan kita mempunyai bajet yang berbeza, tetapi jangan risau kerana apartment yang LeYa inap ini tidaklah terlalu mahal berbanding hotel-hotel terkenal lain.



Garden City Service Apartment ini terletak di Jalan Merdeka berdekatan dengan pusat Bandar Melaka. Biliknya yang bersih dan luas serta layanan mesra membuatkan apartment ini popular bagi mereka yang mencari hotel bajet di Melaka. 


Apartment 4 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin serta ruang makan dan rehat yang juga selesa dan dilengkapi tempat menggosok baju, mesin basuh dan peralatan dapur. Ruang balkoni menghadap laut Selat Melaka atau kolam renang menambahkan lagi pemandangan yang indah ketika menginap di situ.


Sangat sesuai untuk reunion dan gathering dengan kawan-kawan lama dan juga keluarga. Kalau ingin makan malam, restoran makanan laut yang terkenal ada di Medan Ikan Bakar Muara Sunga Duyung, yang hanya terletak 3-4 minit dari sini.




Asyik kerja, kerja dan kerja sahaja. Kerja banyak mana pun pasti tidak pernah habis. Jadi, apa kata sesekali luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan untuk bermalam di sini. Bangun pagi, di kelilingi pemandangan laut yang terbentang luas, mandi-manda di kolam renang, menjalankan aktiviti santai bersama keluarga dan mencari tempat makan yang sedap di sini.

 


Jika ada anak kecil yang bosan dan tidak tahu nak buat apa, biarkan sahaja mereka berendam di kolam renang. Taman permainan pun disediakan juga sangat luas. Biarkan sahaja anak berlari-lari tanpa risau. Bagi peluang mereka merasai zaman kita dulu-dulu!


Tidak cukup di situ sahaja! Anda boleh meluangkan pula dengan melaksanakan aktiviti malam seperti BBQ dan makan-makan santai di tepian kolam sambil berbual mesra dengan ahli keluarga mahupun rakan-rakan. Dan, anak-anak yang ingin mandi-manda di kolam renang itu juga pasti seronok pabila dapat sertai sehingga jam 10.00 malam. 



Dari luar, apartment ini nampak biasa-biasa sahaja. Tidak ada pun dekorasi gah , tetapi sekali dah bermalam di sini, pasti puas hati!

Yang paling istimewa di sini adalah lokasinya strategik berdekatan dengan Bandar Melaka dan tidak memerlukan masa yang lama untuk ke tempat menarik di bandar.

Maklumat lanjut:

Garden City Melaka Service Apartment
Suite 1, Penthouse
Bangunan Draland,No.9, Jalan Merdeka,75000 Melaka,Malaysia.
F: 606-2848 550

Untuk tempahan & pertanyaan:
T: 606-2836 576/7
Website
GPS Koordinat: N02.18575 E102.26333
Reaksi kOrang:

2 beri komen di sini:

ai said...

Melaka best wooo.. Banyak aktiviti..

Amanda Suria said...

Seronoknya kalau dapat bercuti satu family macam ni kan....