Thursday, 17 August 2017

Movie Review | Annabelle Creation

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Selepas menonton filem Annabelle dan The Conjuring pada tahun lalu, rugi rasanya kalau tak teruskan filem ni kan? Filem "Annabelle Creation" yang merupakan filem seram dan sekuel kepada kedua filem di atas sudah mula ditayangkan mulai 10 Ogos 2017. 

Sinopsis Filem Annabelle Creation

Filem Annabelle Creation yang diarahkan oleh David F. Sandberg ini mengisahkan seorang pembuat patung, Mr. Mullins yang tinggal di kawasan pedalaman bersama isteri dan anak perempuannya, Annabelle atau lebih dikenali dengan Bee. Satu tragedi buruk telah menimpa keluarga Mr. Mullins di mana anak perempuan kesayangannya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan menyebabkan kematian. Kesedihan yang dialami beberapa tahun telah memberi sinar harapan baru tatkala sekumpulan anak gadis remaja dan seorang sister mencari tempat perlindungan anak-anak yatim itu. Rumah mereka kembali ceria dengan keseronokan anak-anak gadis ini bermain. Malangnya, roh jahat telah menguasai di rumah itu. Roh jahat menghantui dan mengganggu penghuni rumah dengan ngerinya. Apakah yang akan terjadi kepada penghuni rumah Mr. Mullins? Dapatkah mereka atasi patung puaka Annabelle yang dirasuk roh jahat itu?

Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017
Genre: Horror, Mystery, Thriller
Durasi: 1 Jam 49 Minit
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: 
Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia dan Talitha Bateman
Pengarah: David F. Sandberg
Format: 2D

 

Saksikan Trailer Annabelle Creation


Review Annabelle Creation

Sebagai peminat cerita seram, memang WAJIB untuk korang pergi tonton filem ni. Bagi LeYa, jalan ceritanya sudah dijangka dan kurang menakutkan.

Filem yang padat dengan aksi seram tetapi LeYa masih boleh menontonnya lagi tanpa menutup mata. Ini bererti filem ini masih kurang menyengat buat LeYa yang memang meminati filem bergenre seram. Apa-apa pun LeYa seronok dan terhibur dapat tonton filem Annabelle Creation ni di malam Tayangan Perdana.


Dengan ini, LeYa nak bagi
3 / 5 
BINTANG
Reaksi kOrang:

1 comment:

  1. Cerita lah ringkasan cerita ni. Saya asalkan cerita seram memang tak berani

    ReplyDelete