Wednesday, 23 August 2017

New Curry Restaurant Taman Maluri | Makanan Cina Muslim Yang Lazat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa telah diundang ke Restoran Cina Muslim, Restoran New Curry yang terletak di Taman Maluri, Cheras. Restoran ini baru sahaja satu bulan beroperasi dan dimiliki oleh Khatijah Abrar dan dibantu oleh Ustaz Ikmal Vijay Abdullah selaku Pengurus Pemasaran dan Pengurusan Sijil Halal Restoran New Curry ini.

Kari Kepala Ikan Ling 

Berkonsepkan Cina Muslim klasik, restoran ini menggunakan perabot dan dekorasi berasaskan kayu. Walaupun ringkas, ruangnya nampak begitu mewah tatariasnya.

Pemilik pertama makan-makan bersama keluarga

Ruang makan yang luas memberi keselesaan kepada pelanggan dengan penuh kegembiraan apabila menikmati hidangan makanan yang dipesan. 

Menu Masakan Cina Asli Boleh Didapati Di Restoran New Curry

Bercerita pula tentang makanan tradisi Cina, LeYa dihidangkan dengan pelbagai makanan seperti Kari Kepala Ikan Ling, Dry Butter Prawn, Chicken Style dan Toufu Salted yang memang sangat menarik dan sedap mata memandang, apatah lagi rasanya yang juga sedap tak terkata. Yang lebih menarik, Toufu ini diadun sendiri oleh restoran ini untuk menampakkan keaslian dan kebersihan makanan toufu berbanding beli di luar. Pemilik sangat menitikberatkan soal halal dalam pemakanan yang dihidangkan. 

Chinese Chicken Style

Toufu Salted

Dry Butter Prawn

Hidangan LeYa dan Otomen malam tu..

Kemudian, LeYa dihidangkan pula dengan air teh herba Cina. Ini bukan teh herba biasa-biasa tau. Ia merupakan campuran buah goji, kurma merah, bunga chrysanthemum, buah mata kucing, teh hijau dan kacang walnut. Memang terasa segar selepas minum air teh herba Cina ni. Rasanya pun sedap.

Air Teh Herba Cina

Tidak ketinggalan juga LeYa dihidangkan dengan ABC Special dan Cendol Special yang direka khas kepada LeYa untuk menikmatinya sebagai pencuci mulut. Ia sangat memberikan ketenangan kepada LeYa yang sudah teramat kenyang dengan hidangan lauk yang dihidangkan. Alhamdulillah.

ABC Special

Cendol Special

Kesemua hidangannya sangat lazat. Masakannya berbeza dengan restoran-restoran Cina Muslim yang sedia ada yang pernah LeYa makan sebelum ini. 

Oh Ya! Korang juga tidak perlu lagi risau jika masakan yang dihidangkan ini benar-benar bersih atau halal. Tengok siapa yang sudi hadir ke sini. Seorang mufti dari Selangor sendiri sudah pun turun padang dan menikmati keenakan hidangan makanan di Restoran New Curry Taman Maluri ini.

Mufti Selangor yang datang masuk sehingga ke ruang dapur restoran.

Penuh kekusyukan Mufti membaca doa sebelum menikmati hidangan makanan yang disediakan

Jadi, Berpatutankah? Bagi LeYa ia sangat berpatutan dan sesuai untuk datang beramai-ramai. Ditambah lagi dengan suasana eksklusif menjadikan restoran ini terbaik dan sangat berbaloi untuk dikunjungi.

Apa kata LeYa? Memang sedap

Nampak tak ketidaksabaran LeYa untuk menikmati hidangan makanan di sini. Hehehe...

Pemilik lama dan pemilik baru, Puan Khatijah Abrar

Bersama pemilik restoran dan krew-krew nya

Inilah Master Chef bagi keseluruhan masakan Cina

Krew-krew dapur yang hebat


Apa korang tunggu lagi???

Daripada duk asyik makan maggi je kat rumah tu... Jom cuba ubah selera dengan merasa masakan Cina pula!

Nama Restoran | New Curry Restaurant Taman Maluri
Lokasi | 21, Jalan Jejaka 3, Taman Maluri, 55100 Cheras, Kuala Lumpur
Laman Facebook | New Curry Taman Maluri
Waktu Operasi | 11.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
                          11.00 pagi - 12.45 tengah hari / 2.30 petang - 10.00 malam (Hari Jumaat)
Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. ya Rabbi, udang tu menggoda betul. macam nak pergi cari jap lagi. yummeh yummeh

    ReplyDelete
  2. Kita pun tergoda dengan dry butter prawn. Laparlah pulak. Hehe

    ReplyDelete
  3. Butter peawn tu memang nampak sedap. Baru tahu masakan cina ada kari. Ok mesti cuba ni.

    ReplyDelete
  4. Yeah!! Butter Prawn tu memang sedap... Jom3x... Cepat pegi cuba

    ReplyDelete
  5. Wah boleh cuba ni, keluarga kami memang suka masakan ala ala cina macam ni

    ReplyDelete
  6. Butter prawn..alaaaaa...nak jugak laaaaaa.....sedapnyaaaa

    ReplyDelete