Monday, 21 August 2017

Tenang Menikmati Hidangan di BBQ Lamb KL Kemensah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dengan arus pemodenan yang serba canggih masa kini di Bandaraya Kuala Lumpur, memang agak sukar untuk mencari lokasi makan dalam suasana yang mendamaikan di tepi sungai dan bunyi-bunyian alam. Namun, di sebalik pembangunan era globalisasi ini, korang pasti teruja apabila ada satu lokasi makan yang tersangat best di tengah-tengah kotaraya ini. Sesiapa sahaja yang pergi menikmati makanan di sini pasti akan merasa ketenangan dan mendamaikan seperti berada di kampung halaman yang jauh dari hiruk pikuk bandar. Lebih istimewa, di tempat ini ada BBQ Lamb yang akan korang rasa satu kelainan terhadap masakannya.

Lokasi menarik yang LeYa maksudkan adalah BBQ Lamb KL Kemensah yang terletak di Ulu Klang. Lokasi yang sangat mudah untuk korang kunjungi kerana terletak di belakang Zoo Negara. Sepanjang perjalanan untuk ke BBQ Lamb KL Kemensah, korang akan dihidangkan dengan  suasana kampung yang mendamaikan di sana. Bukan itu sahaja, di sana lah korang akan dapat lihat sungai di Kuala Lumpur. Memang best dan awesome sangat bila makan-makan di tempat ni. Sampai ke hari ini, LeYa masih duk terbayang daging itik yang dipanggang dan meresap cair masuk ke anak tekak ni. Hehehe… Memang marvellous sangat!

BBQ Lamb KL Kemensah, Ulu Klang
Pada 12 Ogos lalu, LeYa dan Mr. Otomen Taro dijemput untuk Food Review di BBQ Lamb KL Kemensah. Cari punya cari pada mulanya, kami sesat. Nasib baiklah tak sampai naik ke Genting lagi. Hehehe… Rupanya betul-betul berada di belakang Zoo Negara. First impression bila LeYa dan Otomen lalu di sepanjang jalan di kampung tersebut terus teringat kampung halaman. Memang rasanya sangatlah susah kan nak jumpa kawasan kampung di tengah-tengah bandar lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur ni. 

Suasana pemandangan menghijau yang mendamaikan

Deruan air sungai yang pasti membuatkan korang tenang dan relaks
Suasana yang cukup mendamaikan dengan deruan air sungai yang mengalir ketika sedang menikmati makanan di BBQ Lamb KL Kemensah. Serius weyyy!! LeYa terpegun dan terpesona dengan keindahan alam di sebalik kesibukan kota ni. Memang sangat best. Pemandangan mata yang mendamaikan dan menyejukkan ini pasti korang akan lupa seketika kesibukan yang berada di Bandaraya Kuala Lumpur yang saban hari bunyi bising hon kereta, bas dan lori sana sini. LeYa memang syorkan lah sangat-sangat pada korang yang ingin menenangkan fikiran sambil menikmati hidangan makan malam di BBQ Lamb KL Kemensah ni.

Kolam Renang yang pasti menyeronokkan kanak-kanak ketika berada di sini
Bukan setakat itu sahaja. Bagi korang yang ada anak-anak kecil pasti lebih seronok kerana mereka boleh mandi-manda di kolam renang yang disediakan. Air direct dari bukit. Memang terasa sejuk dan mendamaikan. Memang awesome sangatlah bila korang semua berada di sini.

Rumah Api yang menjadi tempat bakar hidangan makanan yang sangat sedap
The best part yang LeYa katakan masakan di sini sangat sedap dan berbeza di luar sana adalah kerana rumah api ni. Dekat BBQ Lamb KL Kemensah ni korang akan nikmati hidangan makanan ala Western dari pelbagai jenis seperti daging lembu, kambing, ayam, itik dan juga ikan. Apa yang membuatkan rasanya lain daripada yang lain? Kesemua jenis hidangan dipanggang cukup dengan rempah ratusnya di dalam rumah api yang direka khas sendiri oleh pemilik, En. Zainuddin Yatim bersama abangnya. Kelainan yang dicipta inilah yang membuatkan rasa masakannya sangat sedap. Korang mesti cuba tau!

Konsep dan Ruang Dapur Terbuka. Memang Best!

Staff di ruang dapur yang malu-malu kucing untuk bergambar
Konsep dan ruang dapur terbuka membuatkan anda lebih rasa dengan tukang masak. Tapi, masa nak ambil gambar mereka ni, mereka pemalu lah pulak. Hehehe... Alaa...korang taknak famous ker dik. 

Ni memang rare! Tempat cuci tangan yang airnya direct dari bukit
Aha! Ini lagi best dan unik. Tempat cuci tangan yang segar airnya direct dari bukit. Gggrrrrrr..... sejuk weyyyy masa LeYa basuh tangan di sini. 

Okay... Dah tiba masanya pula untuk LeYa berikan menu special yang ada di BBQ Lamb KL Kemensah ni. Sebelum terlupa, untuk pengetahuan semua, BBQ Lamb KL Kemensah ni baru sahaja beroperasi dalam sebulan yang lalu. Jadi, tidak hairanlah lokasi ni memang benar-benar masih baru dan masih belum dikenali ramai kan. Sebab itu LeYa menyarankan untuk anda semua datang beramai-ramai dan nikmati hidangan masakan Western yang sangat sedap di sini. Okay, walaupun masih baru di KL, tetapi BBQ Lamb ni sudah ada di 2 cawangan iaitu di Pulau Pinang dan Ipoh.

Jom Nikmati BBQ Lamb KL Kemensah

Yummy! Baru je tengok menu, LeYa dah terliur. Belum lagi makanan dihidangkan. Tapi, sebelum tu rasanya eloklah kita order minuman dahulu. Macam biasalah kan kalau makan di luar, minuman dulu yang akan sampai. 

Buku Menu untuk buat pilihan makanan
Jadi, meh LeYa nak sarankan korang untuk order Naga Shake dan Chocolate Shake yang sangat sedap ni. Harganya pun taklah mahal. satu gelas besar berharga RM10. Murah dan berbaloi kan. Jus minuman dia pun memang betul-betul pure dan kaw. Memang terbaik dari ladang lah... Lepas tu Mr. Otomen Taro order Kopi Abah Kaw yang berharga RM5.00. Nama dia pun dah menarik dan kaw. Rasanya memang betul-betul kaw. Terasa pekat dan likatnya air kopi Abah Kaw ni sampai Otomen cakap belum pernah minum lagi di mana-mana tempat.

Chocolate Shake + Naga Shake | RM10.00

Kopi Abah Kaw | RM5.00
Hidangan makanan pun sudah sampai ke meja makan kami. WoW!!! Ini yang membuatkan selera kami bertambah-tambah untuk laju menikmati hidangan di atas meja. Dengan dekorasinya yang menarik, memang sengaja menguji kesabaran kami untuk terus menghabiskannya sesekadar segera. Hehehe...

Hidangan utama kami pada malam itu adalah Turkey. Hidangan Turkey ni adalah menu terbaru BBQ Lamb KL Kemensah dan dimasak dalam rumah api yang LeYa bagitahu tadi. Rasa Turkey yang manis, ditambah rasa rempah sehingga ke isi dalam, perrgghhhh.... memang marvellous! 

Turkey | RM20.00

Smokey Duck | RM30.00
Hidangan yang paling LeYa suka malam itu adalah Smokey Duck. Isi daging itik dimasak dengan sempurna, lembut dan juicy sahaja bila menikmatinya. Otomen yang pertama kali makan itik kat situ pun kata sangat sedap. Jadi berebutlah kami nak menghabiskannya. Hidangan pertama yang selesai licin dahulu. Harganya pun sangat berbaloi. Korang mesti cepat datang dan rasa keenakan dan kelembutan daging itik ni.

BBQ Lamb Cut | RM30.00 

Lamb Soup + Bread | RM18.00

Hidangan seterusnya, kami dihidangkan dengan BBQ Lamb Cut beserta Lamb Soup + Bread. Walllahhh!!! Kepada peminat dan kaki makan kambing, korang mesti rasa dan cuba hidangan ni. Korang siap boleh sedut isi lemak dalam tulang kaki kambing tuh sehingga menjilat jari. Rempah terasa sehingga ke dalam tuh. Ehhh!!! Memang terbaik lah. Harganya pun berbaloi-baloi. 

Smokey Chicken Breast | RM25.00

Menu terakhir kami malam itu adalah Smokey Chicken Breast. Ini pun adalah hidangan baru dan kami dikira orang terawal merasai keenakan daging ayamnya yang dibakar lembut dalam rumah api tersebut. Hidangan ni sesuai kepada yang tidak makan daging kambing. 
Hidangan kami malam itu
Terliur tak korang tengok!

Terima kasih tidak terhingga LeYa ucapkan kepada pemilik lokasi makan yang sangat menarik ini iaitu En. Zainuddin Yatim dan isteri, Puan Mimie yang sudi menjemput kami untuk merasai dan mencuba makanan-makanan yang sangat sedap di BBQ Lamb KL Kemensah. 9.5 daripada 10 LeYa katakan memang sangat sedap dan berbaloi kepada sesiapa sahaja yang ingin menikmati makanan di sini. 

Bersama pemilik, En. Zainuddin dan Pn. Mimie

Tetamu VIP yang hadir malam itu

Bersama En Zainuddin. Memang best dan syok makan di sini!

Bergambar di depan Rumah Api yang Hot Items! bersama Pn Mimie dan anak bongsunya
Bagi yang ingin nak mencuba atau merasai keenakan makanan dan kedamaian tempat ini, boleh terus datang ke sini dan rasai satu kelainan yang pasti buat korang tidak akan lupa lokasi BBQ Lamb KL Kemensah ni. Sambil-sambil makan, dapat menikmati juga alam semulajadi yang nyaman dan segar dengan deruan bunyi air sungai di situ.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi dan layari:-

BBQ LAMB KL KEMENSAH
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

Telefon: 
012-211 4100

Google Map: 

Facebook: 

Waktu Operasi: 
Selasa - Ahad (6.00 petang - 11.00 malam)
[Setiap Hari Isnin Tutup]
Reaksi kOrang:

6 comments:

  1. Menarik..rasa nak cuba la..waktu perniagaan pukul berapa Leya?

    ReplyDelete
  2. Amanda Suria

    Waktu Operasi:
    Selasa - Ahad (6.00 petang - 11.00 malam)
    [Setiap Hari Isnin Tutup]

    ReplyDelete
  3. Menarik.. Suasana semulajadi, makan pun menyelerakan. Mmg puashati tempat ni. Boleh juga plan makan di sana satu masa nanti ni. Thanks sharing :)

    ReplyDelete

  4. Khir Khalid | Ye Abam Khir.. Memang sangat sedap dan berbaloi. Jom lah singgah... Hehehe...

    ReplyDelete
  5. Menarik sangat ni. Bukan senang nak cari tempat yang tenang dekat bandar zaman sekarang. Lagi ada deruan air sungai. Subhanallah. Mesti cuba.

    ReplyDelete