Isnin, 28 Ogos 2017

Shinju Pearl's Bloggers Day

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Shinju Pearl's, jenama produk perhiasan wanita yang telah mendapat tempat di hati jutaan pengguna sejak ia mula diperkenalkan lagi pada tahun 2004 oleh Pengasas, Christina Toh. Shinju Pearl's juga sememangnya jenama yang telah dipercayai dan digemari terutamanya di kalangan artis tempatan dan selebriti dalam menghiaskan diri mereka ketika ingin membuat persembahan di atas pentas. 

Shinju Pearls | Jewels of the sea sangat kan...

Pada Sabtu (26/08/2017), LeYa berpeluang menghadiri satu acara "Shinju Pearl's Bloggers Day" di Ground Floor Paradigm Mall, Petaling Jaya. Ia merupakan satu inisiatif syarikat demi memantapkan lagi penjenamaan Shinju Pearl's dengan mengundang para blogger untuk sesi perkenalan produk di samping beramah mesra bersama duta dan artis jemputan Zainal Abidin, Salma Mentor, Reyhanna Yunus, Thalia Mentor, Tati TOPS dan Ayu Damit (One In A Million).

Butik Shinju Pearls, Paradigm Mall

Bermula sejak tahun 2006, Christina memberanikan diri untuk mengambil risiko dalam meneruskan legasinya dan telah mencapai kejayaan pertama Shinju Pearl's dengan menubuhkan sebuah butik pertama di Kuala Lumpur Golden's Triangle di pusat membeli belah Lot 10. Pada tahun itu juga, Christina dan adiknya, Diana bekerjasama untuk memulakan pelan dalam pembaharuan organik untuk perniagaan dan jenamanya.

Shinju Pearls mula memperluaskan wilayahnya sekitar tahun 2009 dengan pembukaan butik keduanya di Great Eastern Mall, Jalan Ampang. Setakat hari ini, butik Shinju Pearls terletak di Lot 10, Great Eastern Mall, Pavillion Shopping Centre, Bangsar Village, Bangsar Shopping Centre, Paradigm Mall, Sunway Pyramid dan Mid Valley. Shinju Pearls juga mempunyai Standalone Counters yang terletak di ISetan, KLCC dan ISetan, Mid Valley City. Setiap butik mempunyai konsep yang unik dan dipenuhi dengan produk-produk yang pelbagai yang disesuaikan mengikut kesesuaian pelanggan dan mempunyai sijil keaslian yang sah. Shinju Pearls merupakan trend semasa dalam rekaan bentuk serta memenuhi citarasa pelanggan pelbagai peringkat. 

Memang rambang mata betul nak pilih ni...

Shinju Pearls lebih dikenali dengan rekaan bentuknya yang berkualiti, versatile dan kontemporari serta harganya yang sangat berpatutan telah berjaya memberikan satu impak yang besar kepada peminatnya sejak satu dekad yang lalu. Usaha Shinju Pearls dalam menganjurkan Hari Blogger adalah untuk memperkenalkan dan memaklumkan kepada peminat perhiasan diri bahawa Shinju Pearls bukan sahaja sebuah syarikat yang menjual mutiara semata-mata.

Artis tidak asing lagi, Zainal Abidin dalam persembahan beliau menyanyikan lagu "Hijau"

Zainal Abidin, artis terkenal di dunia dengan lagu-lagunya mengenai isu-isu kemanusian, persekitaran dan sosial merupakan peminat Shinju Pearls. Pada hari itu, dendangan nyanyian lagu "Hijau" telah berkumadang dan mendapat tepukan hangat dari semua yang hadir.

Turut memeriahkan majlis, artis-artis muda seperti Salma Mentor, Reyhanna Yunus, Ayu Damit, Thalia Mentor dan Sara Mentor dalam menghiburkan kami para blogger dan hadirin yang hadir. 

Reyhanna Yunus bersama rakan blogger, Rawlins yang memang vogue

LeYa bersama Thalia Mentor

Jenama Shinju Pearls semakin berkembang pesat dalam mengubah sesuatu perhiasan lama milik anda kepada yang baharu. Ia juga mempamerkan penemuan perhiasan baru yang menawarkan perkhidmatan peribadi kepada pelanggan yang memerlukan serta mampu memberikan perkhidmatan perhiasan profesional dengan lukisan 3D dengan menawarkan perhiasan halus customade dengan 925 perak, 9k atau 18k emas juga berlian GIA. Menurut Christina lagi, beliau berharap agar Shinju Pearls menjadi salah satu organisasi utama dalam sektor permata dan perhiasan yang membawa idea dan reka bentuk baru kepada pelanggan. 

Nama Shinju berasal dari terjemahan langsung perkataan "pearl" dalam bahasa Jepun, Korea dan Mandarin, dan dipilih untuk mencerminkan perdagangan profesional syarikat.

Shinju Pearls | Jewels of the sea

WoW!!! Lihat harga sebuah gelang mutiara ni...

Sesi Hari Blogger bersama Shinju Pearls yang sangat meriah dengan dihadiri seramai 30 orang blogger dari pelbagai niche untuk mendekatkan lagi permata mutiara Shinju Pearls kepada orang ramai. Rata-rata yang LeYa jumpa pada hari itu adalah rakan-rakan blogger yang acap kali bertemu di acara-acara yang dianjurkan pihak syarikat buat para blogger. 

Antara menu pencuci mulut yang menjadi favourite LeYa

Hiyyaaarrrggghhhh.... cantik tak kak ton??

With staff Shinju Pearls, Paradigm Mall

Dapatkan Produk Shinju Pearls Sekarang

Rangkaian produk perhiasan Shinju Pearls sesuai digunakan oleh semua golongan tidak kira wanita mahupun lelaki. Tambahan, harganya yang amat berpatutan dan sesuai dengan kualiti yang diberikan. 

Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Shinju Pearls di laman web official beliau di http://www.shinjupearls.com/ dan http://www.shinjupearls.net/ atau Facebook http://www.facebook.com/ShinjuPearlsMalaysia.

Gotchaaa!!! Speechless and thankfull for the great prize of lucky draw

Antara VIP yang hadir ke Acara Shinju Pearl's Bloggers Day

Terima kasih LeYa ucapkan kepada pihak Shinju Pearls dan penganjur, Cyrill Hassan kerana sudi memberikan undangan tidak terhingga ini kepada LeYa. Lebih menyeronokkan lagi, LeYa telah memenangi cabutan bertuah berupa seutas rantai mutiara berharga dalam lingkungan RM600+. Alhamdulillah... Syukur atas kurniaan rezeki yang Allah limpahkan hari tu. 

3 ulasan:

  1. Waahh meriahnya =) alhamdulillah rezeki dpt rantai tu =D

    BalasPadam
  2. Bestnya dapat promot produk mcm nii. Bagi tips pliss

    BalasPadam
  3. bestnyer dapat rantai dia.. prize worth rm700 tue..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com