Isnin, 4 September 2017

Movie Review | The Tag Along 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


The Tag Along 2 | Sebuah filem seram Taiwan arahan Cheng Wei-Hao yang mengisahkan Shu Fen (Rainie Yang) telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun, Ya Ting. Selepas mengetahui Ya Ting hamil, Shu Fen meminta Ya Ting untuk menggugurkan kandungan dan bermula saat itu mereka telah mengalami kejadian pelik dalam hidup mereka. 

Pada suatu hari, Ya Ting telah hilang. Ada sekumpulan penganut Buddha, Mei Hua LIN bersama Lee Jun Kai yang juga dikenali sebagai medium Tiger God mempercayai bahawa Ya Ting telah dilarikan oleh roh jahat ke kawasan pergunungan. Shu Fen menganjurkan pesta pencarian untuk mencari anaknya bersama Jun Kai. Jun Kai kemudiannya menjumpai seorang perempuan, Yi Jun (Wei Ning HSU) yang tidak sedarkan diri di sebuah hospital terbiar di pergunungan tersebut. Bagi membolehkan pencarian Ya Ting, Shu Fen membenarkan Yi Jun menetap bersamanya kerana dia tahun Yi Jun ada kaitan dengan misteri kehilangan Ya Ting dan gadis berpakaian merah itu. Ketiga-tiga mereka kemudiannya memutuskan untuk pergi ke gunung bersama-sama tetapi menghadapi ancaman kuasa ghaib yang sangat luar biasa. Bolehkah Shu Fen mencari anak perempuannya? Dan bolehkah semuanya kembali bersama?


Genre : Horror

Language : Mandarin

Director : Cheng Wei-Hao

Casts : River Huang, Ann Hsu Wei-Ning, Rainie Yang

Release Date : 31 August 2017

Trailer


Review Filem The Tag Along 2

Pada Isnin malam (28/08/2017), LeYa dijemput untuk hadir dalam Tayangan Perdana Filem Seram The Tag Along 2 di GSC MyTown, Cheras, Kuala Lumpur. Filem ini merupakan kisah benar paranormal yang terjadi sekeliling kita. Bagi LeYa ia adalah sebuah filem untuk menyedarkan masyarakat kita terutama golongan muda yang semakin hanyut dengan dunia dan golongan ibu bapa yang hari semakin hari semakin sibuk melayani kerja yang entah bila akan surut tanpa mempedulikan keadaan anak-anak di rumah. Sebuah filem seram berunsurkan nasihat kepada semua untuk menitikberatkan sesama ahli keluarga dan masyarakat agar peka dengan keadaan sekeliling.

Perasaan mendebarkan ketika menonton filem seram memang tidak dinafikan. LeYa sendiri ada beberapa babak yang membuatkan diri ini terkejut dan lantas berpusing ke arah Otomen untuk bersembunyi. Hehehe... kelakar pulak bila ingat. Agak penakut di situ ye Cik LeYa...

Overall, filem seram The Tag Along 2 ini memang best untuk ditonton kerana bukan sahaja seram malah ada unsur-unsur nilai murni seperti nasihat, pengajaran dan kekeluargaan.







Filem seram ini sudah pun ditayangkan bermula pada 31 Ogos 2017. Jadi, bagi yang belum berkesempatan menontonnya, LeYa syorkan cepat-cepat untuk dapatkan tiket wayang Filem Seram The Tag Along 2 di pawagam berdekatan korang sekarang!

Maklumat lanjut boleh layari laman Facebook https://www.facebook.com/RamEntertainmentMovie/.

Berapa Bintang LeYa nak bagi?

Atas sebab filem seram ini ada unsur nilai murni, LeYa nak bagi

4/5 

Bintang 

2 ulasan:

  1. Okay serius seram.

    Nanti nak tengok ..

    BalasPadam
  2. oh best rupanya. aritu nak tengok. tapi baca review dari negara luar macam xbest. uhuh.. xpe nnti kita pi tgk

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com