Saturday, 9 September 2017

Nak Rasa Menu Burger Viral Terbaik? Try Makan Kat Cabin Steak House!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ini adalah berita baik bagi anda yang gemarkan makanan western! Tak perlu pun sekarang ni nak ke restoran mewah untuk nikmati citarasa burger yang sedap ala makan di Texas, sebab sekarang dah ada Cabin Steak House yang korang boleh pergi lepak atau tapau makanan kesukaan korang!

Cabin Steak House ni adalah hasil inspirasi dari pemiliknya sendiri, En Quzaireel atau lebih dikenali En. Que yang inginkan kelainan dan mengikut trend masa kini. Jom, LeYa bawa korang ushar menu-menu menarik yang disediakan di sini!


Dahulu dan Sekarang...

Untuk pengetahuan korang, dahulunya ia dikenali dengan Restoran Selera Sri Delima yang terkenal dengan Nasi Ayam Kukus dan telah pun beroperasi selama 4 tahun. Kemudiannya, pemilik meinginkan satu kelainan dan memenuhi citarasa masa kini, beliau telah bertukar ke Cabin Steak House yang menyajikan menu makanan barat dan tempatan.

Dahulu | Restoran Selera Sri Delima

Sekarang | Cabin Steak House

Pemilik, En Quzaireel juga ada mengetengahkan burger viral dan burger buat julung kalinya muncul 2 bulan sekali setiap tahun. Antara burger viral yang korang boleh cuba nikmati di sini adalah Mushroom Burger, Cabin Burger, King Cheese Burger dan Burger Negaraku, burger yang menjadi sebut-sebutan setiap pelanggan kerana saban kali muncul hanya di bulan kemerdekaan sahaja!

Variasi Burger Viral Meleleh...

Burger Negaraku

Istimewa bulan Kemerdekaan ini korang akan dihidangkan dengan Burger Negaraku yang memang unik dan sangat sedap. Rotinya yang berwarna-warni, inspirasi warna bendera Malaysia iaitu Biru, Merah, Putih dan Kuning menambah lagi selera LeYa untuk menikmatinya. Isi dagingnya yang padat dan kental, cukup penggunaan sayur, mayonis dan sosnya ditambah pula rotinya yang lembut memang menjadi citarasa semua yang dah pun mencubanya. Berjiwa merdeka, Burger Negaraku ini diilhamkan sendiri En. Quzaireel yang sememangnya beliau semangat dan cintakan tanah air kita, Malaysia. 

Burger Negaraku ini juga menjadi simbolik dan sangat unik kepada Cabin Steak House yang mana ia menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk memperingati dan meluahkan rasa cinta mereka terhadap kemerdekaan. Dengan harganya hanya RM6.50, LeYa pasti korang akan teruja dan puas hati. Memang sangat unik dan sedap!

King Cheese Burger

Mushroom Burger

Cabin Burger

En. Que pandai meneka citarasa pelanggan masa kini yang menginginkan satu kelainan dan unik untuk menjadi sebut-sebutan kepada rakan-rakan yang lain. Sekali cuba, pasti datang lagi! 

Menu Popular...

Bukan sahaja korang dihidangkan dengan burger viral, malah korang juga akan dapat nikmati menu-menu sedap yang lain. Antaranya Nasi Ayam Black Pepper, Nasi Ayam Sambal Berlada, Nasi Ayam Hainan, Laksa Asam dan lain-lain yang korang boleh nikmati seawal makan tengah hari. Rasanya yang ummpphhh.... memang sungguh menyelerakan!


Nasi Ayam Black Pepper


Tidak dilupakan juga side dish atau menu ala-carte yang mungkin menjadi citara pelanggan pada hari itu. Korang boleh rasai pelbagai menu Nasi Goreng yang terdapat di Cabin Steak House ni. Menariknya, bagi korang yang mungkin diet ataupun vegetarians, korang juga tidak akan hampa bila datang nikmati makanan di sini. Cabin Steak House ada menyediakan Ceasar Salad kepada peminat-peminat sayur atau yang sedang mengamalkan diet.



Chicken Chop Grill

Minuman Yang Menyelerakan...

Superb! Rasanya tak lengkap lah kan kalau tak perkenalkan minuman yang ada di setiap restoran. Cabin Steak House sekali lagi pandai menambat hati pelanggan dengan pelbagai pilihan menarik untuk diminum. Laicikang gelas besar yang menjadi minuman LeYa pada hari itu memang sangat sedap dengan isinya yang banyak dan pelbagai.

Antara Minuman Sejuk dan Panas

Ice Blended Oreo

Tak perlu order Ice Blended diluar. Korang boleh terus dapatkan di sini. Dan, ini mungkin akan menjadi kegilaan anak-anak yang sukakan warna-warni. Ice Blended Sneakers dan Ice Blended Oreo yang sememangnya diminati kanak-kanak sungguh menggiurkan! 

Ice Blended Sneakers

Ada pelbagai lagi hidangan yang korang boleh cuba di Cabin Steak House. LeYa sendiri kenyang dan gembira dapat menikmati hidangan makan di sini. Memang betul-betul puas hati! Mungkin suatu hari nanti LeYa akan ajak Otomen untuk repeat sekali lagi bagi rasa masakan lain pula. 


Pemilik, En. Quzaireel yang simple dan steady

Rakan-rakan Blogger dari Propa Rangers

Cabin Steak House beroperasi di Jalan Kuching, Kuala Lumpur dan dibuka pada waktu 12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam setiap hari kecuali Hari Ahad

Maklumat lanjut mengenai Cabin Steak House:

CABIN STEAK HOUSE,
Lot 426,  No. 01-A Jalan Jambu, Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
(belakang Crystal Crown Hotel)  

Contact : 019 – 3202039 (WhatsApp)
Facebook:  Cabin SteakHouse KL
Intagram:   @cabinsteakhouse

Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. wow, sungguh beraneka burger nyaaaa, first time tengok. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade mase lagi ni kalau nak cuba.. bulan 10 nanti dah xde

      Delete
  2. Alaaaa...semuanya menggoda ni...acaner ni....sedapnyaaa

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Come and Join cepat3x... Dah nak masuk Bulan 10 dah xde dah nanti

      Delete