Friday, 8 September 2017

Bongkar Potensi Diri, Berani Bertindak & Berubah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ramai diluar sana yang ingin berjaya. Nak berjaya, kita perlukan tindakan yang luar biasa dari kebiasaannya jika benar-benar inginkan kejayaan cemerlang. Usaha dengan tindakan yang luar biasa mampu menghasilkan kejayaan. Inspirasi dari mentor dan sifu yang telah berjaya membuatkan diri LeYa ini terpanggil untuk mendalami diri sendiri dalam membongkar potensi diri dengan 'kuasa aura' yang ada.

Anda memiliki aura…  LeYa memiliki aura… Semua orang, binatang dan segala sesuatu memiliki aura.
Namun apakah sebenarnya aura itu?

Aura adalah sebuah medan energi elektromagnetik yang menyelubungi tubuh badan kita. Medan tenaga ini terbentuk dari pantulan cahaya atau tenaga kehidupan yang telahpun kita miliki. Energi inilah yang membolehkan kita merasa kehidupan kita berjaya, bahagia, sihat, aman damai atau sebaliknya seperti sedih, kecewa, sakit dan menderita. Jadi, mengapa ia boleh berlaku?

Dalam merasai kehidupan keserderhanaan, anda boleh menggaggap aura ini sebagai medan energi peribadi yang melindungi fizikal tubuh badan kita. Aura tidak akan ada tanpa fizikal tubuh badan dan sebaliknya tubuh badan tidak ada tanpa aura. Aura mempunyai pelbagai warna dari seluruh organ dalam badan kita meliputi jantung, hati, otot, tulang dan juga pembuluh darah. Kesemua bahagian penting ini akan bergerak lancar sekiranya aura kita mengalir dengan lancar. Selain itu, aura juga mampu melindungi kita dari pengaruh luar yang bahaya dan energi negatif yang berada di sekeliling kita.


Konsep 'Hijrah Diri' Berteraskan Kisah Hijrah Rasulullah S.A.W.

Pengalaman LeYa buat pertama kalinya membongkar pontensi diri di Pusat Hijrah Diri i-Quest Traning & Consultation, Shah Alam pada 26 Ogos lalu memberikan LeYa tentang kefahaman diri sendiri dan juga perubahan yang hendak dilakukan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.. 

Dalam Program Hijrah Diri LeYa bersama Dr. Mir Hazil Azran Ramli telah membantu LeYa mengenal:
  • Apa WARNA PERSONALITI 
  • Apa BIDANG KERJAYA & BISNES yang patut diceburi
  • KELEBIHAN DIRI yang boleh LeYa kuasai
  • KELEMAHAN DIRI yang harus diatasi
  • HUBUNGAN SOSIAL LeYa untuk tingkatkan BISNES LeYa
  • TIPS AURA SIHAT untuk menjana AURA KEJAYAAN
Perkongsian dari Dr. Mir Hazil Azran Ramli ini benar-benar memberikan inspirasi untuk LeYa hijrah diri membongkar potensi diri demi menghasilkan satu kejayaan yang luar biasa. Di kesempatan masuknya tahun baru kalendar Islam yang tinggal beberapa minggu lagi, LeYa rasa dah tiba masanya untuk mengorak langkah bertindak dan berubah dan mendalami apa yang ada di sebalik Kalendar Hijrah atau Taqwim Islam berbanding Kalendar Masihi. 

Selain Hijrah Diri berteraskan Islam, Dr. Mir tidak ketinggalan juga untuk menghiburkan kami dengan Hibur Didik yang membawakan kepada kami bersama Daqmie dan membuatkan 'kuasa aura' positif dalam diri LeYa bertambah-tambah untuk merasai kehidupan yang berjaya, bahagia, sihat bersama suami, Otomen Taro dan keluarga. 


Namun, bagi apa yang berlaku pada LeYa tempoh hari tidak akan berlaku dengan keizinan Ilahi, doa restu ibu bapa dan juga persekitaran positif untuk LeYa sama-sama bertindak dan berubah mendengar sedikit perkongsian Dr. Mir. Semua ini juga menjadikan aura tenaga yang mengukuhkan lagi tindakan untuk kejayaan. 

Tahun 2017... Tiba Masanya Kita Perlu Bertindak Luar Biasa

Allah tidak akan menghampakan hambaNya jika benar-benar yakin dan berusaha. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang istiqamah, doa serta tindakan. Demi fitrah manusia yang sentiasa mahukan yang terbaik, tidak salah kiranya membongkar potensi diri mengikut hijrah Rasulullah dan faham di sebalik taqwim Islam.


Jika anda benar-benar serius ingin menjadi usahawan berjaya dengan bimbingan konsultansi untuk membongkar potensi diri, di sinilah tempatnya untuk merealisasikan impian anda demi kejayaan bersama dalam membongkar potensi diri melalui 'kuasa aura' positif yang ada pada tubuh badan anda.


PROMOSI KONSULTASI PERSONAL (1 to 1) bersama DMHAR

DIAGNOSIS AURA (SESI ASAS)

30 minit = RM150
5 minit Diagnosis + 25 Penerangan

DIAGNOSIS AURA + KONSULTANSI (SESI PENUH)

Sekeping Foto Aura
Ringkasan Report Aura Diri
Konsultansi Penuh Meliputi:
Kesihatan, Personaliti Aura Diri (Bakat & Potensi), Bidang Kerjaya/Bisnes, Perhubungan dan lain-lain.
2 jam = RM350
Maksima 2 jam per sesi
Boleh pilih mana-mana pakej / sesi mengikut bajet

TERAPI
1 sesi terapi
30 minit = RM150

Pakej 4x Terapi = RM500


Tempah Temujanji anda

SABTU - KHAMIS :
(10.00pg - 6.00ptg)
Hubungi 017-3002349

Alamat:

Pusat Hijrah Diri
24C, Jalan Tengku Ampuan Zabedah,
K 9/K, Seksyen 9,
40100 Shah Alam, Selangor.
(Belakang Hotel Concorde Shah Alam)

Waktu Temujanji
10.00 pagi - 1.00 petang
2.30 petang - 6.00 petang
8.00 malam - 10.00 malam

**Bayaran secara TUNAI @ Online Transfer pada hari temujanji
Reaksi kOrang:

6 comments:

  1. Yang ni best tertarik dan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kak... Teruja dan semangat untuk menulis dan berbisnes

      Delete
  2. Wah mesti naik semangat utk lebih ke depan lepas attend seminar ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang naik mendadak.. Blog pun sedang dikemaskini semula susunan label bagi nampak lebih tersusun..hehe..

      Delete
  3. Seronoknya Leya attend seminar..bagus untuk bina platform ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best... dapat tahu aura dalam diri ni color ape

      Delete