Tuesday, 5 September 2017

Romantik Candle Light Dinner di Cafe Ala 5 Bintang Termurah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Aha!!! Sebelum ni LeYa ada ceritakan kan tentang sebuah restoran mewah berkonsepkan romantik dan kontemporari dengan harga yang berpatutan untuk korang semua nikmati. Kalau rasa dah lupa tu, jom LeYa bawakan sekali lagi khas untuk korang lebih-lebih lagi yang sedang tercari-cari restoran romantik untuk buat suprise event kepada insan tersayang.

Bayangkan korang bawa isteri atau suami atau ibu bapa pergi makan di satu lokasi yang ekslusif. Makanannya yang berkualiti tinggi, layanan mesra penuh senyuman dari pelayan dan ditambah pula dengan pemandangan cafe yang romantik, kontemporari, cantik dan selesa. Terasa di awang-awangan seketika dan memukau 5 deria - rasa, bau, lihat, dengar dan sentuhan dirangsang oleh suasana romantik itu. Sememangnya ia akan menjadikan kenangan dan pengalaman terindah sewaktu menikmati hidangan makan malam bersama insan-insan tersayang.

Jadi, pastinya korang ingin tahu di mana korang bakal tempuh pengalaman sebegini hebat? Jom... Ikuti setiap penulisan LeYa kali ini di bawah.


Ada sebuah cafe sekitar Putra Walk, Seri Kembangan, Selangor menyediakan korang satu acara yang penuh romantis iaitu Candle Light Dinner bagi korang yang ingin meraikan pasangan  dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik.

Dengan hanya harga RM199, korang boleh nikmati makan malam Candle Light Dinner bertaraf hotel 5 bintang di D AURA CAFE. Penyediaan menu juga korang akan nikmati dari seorang Chef yang berpengalaman. 

Antara menu yang dihidangkan untuk Candle Light Dinner di D Aura Cafe ini adalah:
  • Lamb Shank
  • Sirloin Steak
  • Rolled Beef Cheese
  • dan banyak lagi menu lain yang bertepatan dengan citarasa korang.



Bukan setakat itu sahaja. Korang boleh nikmati pelbagai menu yang disediakan D Aura Cafe ini di waktu tengah hari juga. Bayangkan sekali lagi. Di kekalutan dan kepanasan terik matahari di luar, korang disaji dengan hidangan makanan yang enak sebelum bergerak keluar ke tempat kerja semula atau ke mana sahaja. 

Masih mengekalkan tradisi restoran 5 bintang dan termurah, D Aura Cafe menyediakan set hidangan makanan tengah hari berharga RM10 untuk set menu Masak Lemak Cili Padi dan set Rendang Daging setiap satu. 

D Aura Rendang Daging

D Aura Masak Lemak Cili Padi

Mahu nikmati pula makan malam secara buffet? D Aura Cafe juga ada menawarkan Pakej Bufet makan makan di hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk korang santai dan rehat-rehat bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 

Bagi pakej bufet, korang boleh nikmati dengan harga RM38 seorang. Korang boleh nikmati pelbagai hidangan yang disediakan untuk 3 hari itu seperti Kambing Black Pepper, Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Mushroom Soup, Bubur Kacang Hijau, Spaghetti, Aneka Kuih-Muih, Salad dan Buah-buahan.










Selain dari korang boleh nikmati hidangan makanan bersama pasangan dengan acara Candle Light Dinner, korang juga boleh adakan beberapa lagi aktiviti lain seperti birthday party, anniversary, reunion, graduation, farewell party, baby shower dan lain-lain. 

Menarik kan! Macam-macam korang boleh dapat dalam satu restoran. 



VIDEO BIRTHDAY PARTY D AURA CAFE



Bekerja di kotaraya, pasti membuatkan korang ingin lari jauh dari hiruk pikuk hutan konkrit? Larilah ke D Aura Cafe bagi nikmati suasana tenang dan mendamaikan serta romantik dengan lampunya yang malap. D Aura Cafe menawarkan pelbagai servis dan menu yang unik dan enak. 

D Aura Cafe beroperasi pada setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam. 

Alamat | C-6-G, Putra Walk, Jln PP25, Taman Pinggiran Putra Sek2, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook D Aura Cafe
Reaksi kOrang:

7 comments:

  1. Restoran yang menarik untuk disinggah...

    ReplyDelete
  2. Wow menarik.. klu bandingkan harga dan hidangan2 tu mmg berbaloi sgt.

    ReplyDelete
  3. Menarik...bila la DÁura Cafe nak jemput akak ni...bestnya kalau dapat candle light dinner kat sini, environment pun cantik dan tenang je..setenang hati pemiliknya kot ni...

    ReplyDelete
  4. amboi.. meriahnya makanan dia.. hee~ tak jadi nak diet kalau gini haa..

    ReplyDelete