Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Jun 2025

12 Gelanggang Pickleball Yang Menarik Di Selangor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sukan Pickleball kini semakin mendapat tempat di Malaysia dan negeri Selangor tidak terkecuali! Tapi, apa sebenarnya sukan Pickleball ini? Ia merupakan sukan dengan pergerakan yang pantas dan menyeronokkan yang menggabungkan elemen tenis, badminton dan ping pong. Dimainkan di gelanggang yang lebih kecil menggunakan paddle dan bola plastik berlubang, pickleball sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kemahiran. Popularitinya yang semakin meningkat kerana ia mudah dipelajari dan cukup mencabar untuk membuat korang terus ketagih. Sama ada korang pemain baharu atau berpengalaman, Selangor menawarkan pelbagai lokasi menarik untuk korang bermain, berlatih dan bersosial. Ikuti 12 gelanggang pickleball yang menarik di Selangor yang wajib korang kunjungi.

1. Grand Rally Pickleball, Shah Alam  

Grand Rally Pickleball yang terletak di aras bumbung tingkat 5, Pusat Komersial A, Jalan Plumbum, Seksyen 7 Shah Alam, menawarkan 17 gelanggang bersaiz kejohanan termasuk pilihan VIP dan Grand VIP yang eksklusif. Dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga jam 1:00 pagi, terdapat tiga pilihan gelanggang mengikut bajet korang iaitu Lounge Courts hanya RM45 sejam sebelum 5 petang pada hari biasa, RM65 selepas 5 petang dan hujung minggu, VIP Courts hanya RM50 sejam sebelum 5 petang, RM80 selepas 5 petang dan Grand VIP Court hanya RM110 sejam, memberikan korang pengalaman bermain pickleball yang tiada tandingan, pada bila-bila masa! Terdapat juga kedai makanan tersedia seperti BoiBoi Deli, kedai Pickle Parlour dan ruang lounge mezzanine, semuanya dalam satu tempat yang sama.

Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut 

https://www.facebook.com/grandrallypickleball/
https://www.instagram.com/grandrallypickleball/
https://www.courtsite.my/centre/grandrallypickleball 

2. DINKiT Pickleball, Kota Kemuning Shah Alam


Terletak di Kota Kemuning, Shah Alam, DINKiT Pickleball kini muncul sebagai salah satu destinasi pickleball paling meriah di Selangor! Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 1 pagi, pusat ini menampilkan dua jenis gelanggang, VIP Fenced Courts dan BC Open Courts, gelanggang yang direka khas untuk memenuhi keperluan semua pemain, tidak kira tahap kemahiran korang. Kadar sewaan gelanggang bermula serendah RM29 sejam pada hari bekerja dan hanya mencecah RM55 sejam pada waktu puncak termasuk hujung minggu dan cuti umum. Lebih daripada sekadar gelanggang, DINKiT menawarkan pengalaman sukan yang lengkap dengan kemudahan seperti ruang istirahat yang bersih, kedai lengkap dengan peralatan pickleball, parkir percuma, serta makanan dan minuman untuk korang nikmati selepas bersukan. Selesai berpeluh, singgah minum kopi dan kudapan lazat di Kafe Brew N Bread, atau luangkan masa petang korang dengan berjalan santai, berkelah atau bergambar bersama keluarga di Taman Tasik Kota Kemuning yang hanya 6 minit dari pusat ini. 

Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut


3. The Pickle Vibe, Seri Kembangan


Terletak di The Atmosphere Commercial Park, Blok C, Tingkat 2, pusat ini menampilkan 14 gelanggang indoor yang luas dan selesa. Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 1 pagi, The Pickle Vibe menawarkan dua jenis gelanggang – Standard Court dengan kadar RM55 sejam pada hari bekerja sebelum 5 petang dan RM69 sejam selepas 5 petang serta sepanjang hujung minggu, manakala gelanggang International Tournament bermula serendah RM45 sejam sebelum 5 petang dan RM59 sejam selepas 5 petang dan juga pada hujung minggu. Sesuai untuk yang mahu mula bermain Pickeball dan juga pemain berpengalaman, The Pickle Vibe turut menganjurkan permainan sosial, sesi latihan dan kejohanan secara berkala untuk membantu korang kekal aktif dan terus mengasah bakat.


Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut


4. Pickleball Factory, Subang Jaya

 

Pickleball Factory terkenal dengan lima gelanggang tertutup dan satu gelanggang terbuka yang sesuai untuk semua peringkat pemain. Suasananya cukup meriah, terutamanya selepas waktu kerja atau hujung minggu. Gelanggang ini menawarkan harga sewa peralatan yang sangat berpatutan dengan raket berharga hanya RM4 sahaja, waktu operasi yang fleksibel termasuk sesi lewat malam dan bola yang berkualiti tinggi untuk permainan santai mahupun tahap profesional. Pada luar waktu puncak, korang boleh bermain di gelanggang tertutup dengan hanya RM45 sejam dan RM40 sejam untuk gelanggang terbuka. Manakala waktu puncak selepas 5 petang pada hari bekerja dan sepanjang hujung minggu pulak berharga RM65 bagi gelanggang tertutup dan RM60 bagi gelanggang terbuka. Apa yang menjadikan tempat ini lebih menarik? Pickleball Factory bukan sekadar tempat bermain sukan. Korang juga boleh mengikuti kelas yoga, pilates atau barre untuk keseimbangan badan dan mengisi semula tenaga dengan sajian lazat di Kaiizo Café & Restaurant yang turut berada di sini. Semuanya tersedia dalam satu lokasi! 

Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut


5. Pickle Park, Petaling Jaya 


Pickle Park yang terletak di Seksyen 13 menjadi destinasi wajib dikunjungi! Dengan tujuh gelanggang terbuka, ia sesuai untuk pemain dari semua peringkat. Dibuka setiap hari dari jam 7:00 pagi hingga 1:00 pagi, memudahkan korang untuk menikmati permainan ini bila-bila masa. Korang juga boleh sertai sesi latihan, permainan sosial dan acara bulanan untuk mempertingkatkan kemahiran serta berkenalan dengan komuniti pemain lain. Kadar sewa gelanggang ialah RM80 sejam pada hari bekerja, manakala pada hujung minggu dan cuti umum, kadar adalah RM70 sejam. Apa yang membezakan Pickle Park ialah suasananya yang meriah dan fasiliti yang baik, termasuk ruang istirahat serta ruang acara terbuka. Tambahan pula, terdapat kafe Flour, Fire & Stone yang selesa, menawarkan segala-galanya daripada kopi di waktu pagi sehinggalah pelbagai juadah istimewa di waktu malam. Semuanya tersedia di sini! Tempahan gelanggang juga mudah melalui aplikasi mudah alih. Korang boleh kumpul jam bermain melalui aplikasi untuk menebus ganjaran seperti diskaun serta masa bermain percuma. Hanya muat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store. Atau korang boleh terus lawati media sosial rasmi atau laman sesawang rasmi mereka. 

Klik link dibawah untuk maklumat lanjut


6. Hyprground Pickleball Cyberjaya

 

Tunjukkan aksi hebat korang di Hyprground Pickleball Court. Terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, gelanggang tertutup trendy ini menawarkan dua jenis gelanggang yang sesuai untuk semua. Gelanggang Komuniti bermula serendah RM30 sejam dari jam 1:00 pagi hingga 7:00 pagi, RM35 sejam pada waktu pagi di hari bekerja dan RM50 sejam pada waktu petang serta pada hujung minggu dan cuti umum. Mahukan pengalaman yang lebih eksklusif? Pilih Gelanggang Lounge yang hanya RM30 sejam pada waktu lewat malam. Apa yang paling menarik, Hyprground turut menawarkan perkhidmatan katering lengkap untuk acara, dengan pilihan makanan yang lazat dan sihat untuk melengkapkan pengalaman pickleball korang disini. Mereka juga menganjurkan permainan sosial, acara komuniti dan kejohanan yang menjadikan suasana di sini sentiasa meriah! Tiada peralatan yang cukup? Jangan risau, penyewaan paddle hanya RM5 dan bola turut dijual di sini.

Klik pautan dibawah untuk informasi  lebih lanjut


7. ATP Pickleball Centre, Klang 


Terletak di Klang, ATP Pickleball Centre sentiasa meriah dengan semangat permainan dan dibina khas untuk pemain santai mahupun kompetitif. Dibuka setiap hari dari 7:00 malam hingga 1:00 pagi, pusat ini menjadi pilihan utama buat yang ingin beraksi selepas waktu bekerja. Lebih menarik, kadar sewaan hanya RM10 sejam dari jam 7:00 pagi hingga 11:00 pagi dan korang akan menerima 4 paddle secara percuma setiap sesi, sesuai untuk ajak kawan-kawan datang bersama! Sama ada korang baru berjinak atau sudah mahir, ATP Pickleball Centre menawarkan suasana yang mesra dengan adanya  tempat bersantai. Lepas bersukan, teruskan hari korang dengan bersiar-siar di GM Klang atau Klang Parade, dua pusat beli-belah paling popular di Klang yang hanya beberapa minit dari gelanggang.

Klik pautan dibawah untuk informasi lanjut


8. Pickle Drive @ Talent Champs Sports Complex, Kajang


Berada di Kajang, Pickle Drive di Talent Champs Sports Complex adalah lokasi ideal untuk pemain di semua peringkat. Dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 pagi, pusat ini menampilkan enam gelanggang premium dan tiga gelanggang terbuka yang memenuhi keperluan semua tahap permainan. Kadar sewa gelanggang tertutup adalah RM29 sejam pada hari bekerja termasuk hujung minggu dan cuti umum. Untuk gelanggang terbuka, kadar sewa hanyalah RM24 sejam pada waktu siang hari bekerja, manakala kadar pada waktu malam dan hujung minggu adalah sama seperti gelanggang tertutup. Bukan itu sahaja, sewaan paddle juga disediakan pada harga hanya RM5 bagi setiap sewaan termasuk satu bola untuk sesi selama dua jam. Selain gelanggang, pemain turut boleh menikmati kemudahan yang lengkap yang disediakan seperti ruang rehat, bilik mandi, parkir percuma, minuman menyegarkan dan juga surau untuk menunaikan solat.

Kilik pautan dibawah untuk maklumat lanjut


9. High on Pickle, Puchong


High On Pickle adalah destinasi yang wajib korang kunjungi! Terletak di Bandar Puchong Jaya, fasiliti ini menawarkan gelanggang berkualiti tinggi serta komuniti yang mesra dan mengalu-alukan semua pemain. Beroperasi sepanjang hari dalam ruang tertutup, pusat ini menyediakan pelbagai pilihan gelanggang yang sesuai untuk setiap tahap dan gaya permainan. Gelanggang VIP disewakan pada kadar RM49 sejam, Gelanggang HOPE yang lebih mesra bajet pada RM39 sejam dan Gelanggang Latihan hanya RM29 sejam pada hari bekerja sebelum jam 5 petang. Tiada peralatan untuk bermain? Jangan risau. Sewaan paddle hanya RM5 satu sesi dan bola juga boleh dibeli di sini. Sama ada korang baru bermula atau sudah berpengalaman, korang boleh sertai sesi sosial, latihan dan kejohanan yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran dan mengenali rakan baharu. 

Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut


10. Pickle Crown @ Tropicana Sport Center, Sungai Buloh


Ayuh beraksi di Pickle Crown @ Tropicana Sports Centre, Sungai Buloh. Spot pickleball premium dengan 11 gelanggang bersaiz kejohanan yang penuh dengan aura semangat sukan! Dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam bermula 1 Jun, kadar sewaan gelanggang ialah RM45 sejam pada hari bekerja sebelum jam 5 petang, manakala pada hujung minggu dan cuti umum kadar tetap ialah RM65 sejam sepanjang hari. Berita gembira untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas, promosi Golden Years, Golden Deals menawarkan kadar diskaun dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Selain gelanggang berkualiti tinggi, kemudahan di sini turut merangkumi ruang istirahat yang bersih, tempat untuk bersantai yang selesa dan kedai untuk melengkapkan peralatan permainan korang. 

Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut


11. Seven Fit Sports Centre 


Bakar kalori, tingkatkan koordinasi dan kekal aktif di Seven Fit Sports Centre! Pusat sukan ini menawarkan kemudahan terbaik untuk korang mula bermain pickleball. Dibuka setiap hari dari jam 7:00 pagi hingga 2:00 pagi, ia sesuai untuk semua lapisan pemain! Dengan kadar serendah RM20 hingga RM50 sejam pada waktu puncak termasuk hujung minggu dan cuti umum, korang boleh bermain tanpa had. Sewaan paddle pula hanya RM5 untuk setiap sesi, sesuai untuk yang ingin mencuba buat pertama kali. Pusat ini juga lengkap dengan zon santai, tempat letak kereta percuma, surau untuk beribadah dan minuman untuk menyegarkan diri selepas permainan. Dengan kemudahan bertaraf tinggi dan komuniti yang mesra, Seven Fit sememangnya lokasi terbaik untuk menyemarakkan semangat pickleball korang!


Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut


12. 9pickle Setia Alam


9Pickle merupakan salah satu hab pickleball terbaik di Setia Alam dengan 10 gelanggang separa tertutup bertaraf kejohanan! Terletak bersebelahan Menara Top Glove, pemain boleh memilih daripada tiga kategori gelanggang iaitu Standard, VIP dan Grand. Gelanggang Grand bermula dari RM75.60 sejam, VIP dari RM54 sejam dan Standard dari RM45 sejam, bergantung kepada masa dan hari. Dibuka setiap hari dari jam 12:00 tengah malam hingga 12:00 tengah malam, pusat ini turut dilengkapi dengan kedai, kawasan makanan dan minuman, ruang santai yang selesa serta kemudahan lengkap untuk pengalaman premium yang sempurna. Tahun ini, 9Pickle bukan sekadar tempat bermain ia juga menjadi tuan rumah kepada acara utama seperti PPA Asia pada Julai 2025 dan PANAS CUP 2025! Daftar sekarang. Inilah vibe sebenar yang korangcari.

Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut


Sudahkah korang bersedia untuk menyertai dunia pickleball yang penuh dengan keseronokan? Dari aksi di bumbung hingga perlawanan tengah malam, demam pickleball kini melanda Selangor! Dengan gelanggang untuk setiap bajet dan gaya permainan, inilah masa terbaik untuk ambil paddle, ajak kawan-kawan dan beraksi dengan penuh gaya. Jom mulakan permainan korang sekarang!

Jumaat, 18 Ogos 2023

KONAMI Lancar eFootball 2024 - Permainan Bola Sepak Masa Depan!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

KONAMI telah menganjurkan majlis pelancaran untuk eFootball 2024 dan turut berbesar hati berkongsi kejayaan luar biasa di sesi pratonton media eksklusif.

Acara ini telah memberikan peluang kepada ahli-ahli media terkemuka untuk menyelami masa depan bola sepak maya, menonton Perlawanan Super Selebriti, mendapatkan cerapan daripada pasukan pembangunan dan peluang bermain permainan yang belum dilancarkan.

Perlawanan Super Selebriti: Aksi Selebriti Terunggul

Kemuncak acara ini adalah Perlawanan Super Selebriti yang mengangumkan, di mana wakil media dan selebriti terkenal bergabung dalam medan eFootball. Tenaga dan keghairahan dirasai ketika peserta terlibat dalam perlawanan sengit dan penuh persaingan, memaparkan realisme dan keterujaan luar biasa yang eFootball bawa ke dunia permainan bola sepak.

Cerapan daripada Pasukan Pembangunan KONAMI

Para hadirin yang berpeluang turut mendengar secara langsung daripada Pasukan Pembangunan KONAMI, yang merupakan minda cemerlang yang bertanggungjawab membawa eFootball 2024 menjadi kenyataan. Pasukan KONAMI berkongsi pandangan yang mendalam mengenai ciri-ciri inovatif, grafik yang menakjubkan dan mekanik permainan revolusioner yang membezakan eFootball 2024 daripada persaingan. Pembentangan tersebut menonjolkan dedikasi dan semangat disebalik penciptaan permainan ini, meninggalkan para hadirin dengan penghargaan yang mendalam terhadap perhatian terperinci yang mentakrif kerja.

Pengalaman Pertama dengan Permainan yang Belum Dilancarkan

Hadirin media diberikan peluang eksklusif untuk merasai permainan eFootball 2024 dalam bentuk konsol, memberikan pandangan awal kepada permainan yang belum dilancarkan. Maklum balas positif daripada para hadirin amat menggalakkan, dengan pujian terhadap visual yang realistik, perincian yang rumit, dan permainan strategik yang menjanjikan perubahan kepada permainan bola sepak.

Aktiviti Berimmersif

Sepanjang acara, para hadirin menikmati pelbagai aktiviti yang direka untuk menyelami mereka dalam dunia eFootball 2024. Dari demonstrasi interaktif hingga pandangan di sebalik tabir pembangunan permainan, setiap aspek acara telah disusun dengan teliti untuk memberikan pengalaman komprehensif dan menarik kepada semua peminat bola sepak.


Sertai Revolusi

Dengan pelancaran eFootball 2024 di acara media eksklusif ini, KONAMI menjemput peminat dan pemain dari Malaysia untuk menyertai revolusi ini. Nantikan butiran lanjut, termasuk tarikh pelancaran, ciri-ciri tambahan, dan banyak lagi. Ikuti eFootball di media sosial dan layari laman web rasmi untuk maklumat terkini dan kandungan eksklusif.

Rabu, 12 Januari 2022

Bola Rasmi Liga Malaysia 2022, MFL Acceleration 21.1 Pro Bercorak Jalur Gemilang Dijual Bermula Harga RM49

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Malaysian Football League (MFL) dengan kerjasama jenama sukan global PUMA serta rakan pengedarnya, ACTIVE SPORTS telah melancarkan bola rasmi bagi kegunaan perlawanan Liga Malaysia 2022 yang melibatkan saingan Liga Super, Liga Premier, TM Piala Malaysia, Piala FA dan Challenge Cup. 

Bola rasmi yang dilancarkan iaitu MFL Accelerate 21.1 Pro, merupakan bola berteknologi moden di mana ia direka  menerusi frekuensi tinggi untuk pengekalan bentuk yang sangat baik, ketahanan dan mengurangkan penyerapan air.

Konfigurasi 8 panel yang unik pula mengurangkan bilangan jahitan yang menghasilkan panel yang lebih besar untuk sambungan yang lebih baik dengan bola.

Manakala permukaan PU berstruktur 3D 1.2mm disepadukan untuk aerodinamik bagi meningkatkan ketahanan lebih baik manakala POE foam yang baru dibangunkan dapat menambah baik sentuhan dengan meningkatkan sensitiviti, memberikan sentuhan lebih teguh serta konsistensi lantunan yang lebih baik.

Selain direka dengan teknologi terkini untuk melengkapkan pelbagai gaya permainan bola sepak moden, bola MFL Acceleration 21.1 Pro yang diiktiraf oleh badan induk bola sepak dunia FIFA ini memiliki corak cukup menarik dengan warna putih sebagai warna utama disulam dengan rekaan grafik berwarna biru, merah dan kuning sebagai warna jalur gemilang.

Logo besar PUMA juga boleh dilihat di permukaan bola bersama dengan logo MFL. Bola MFL Acceleration 21.1 Pro ini boleh didapati secara eksklusif di ACTIVE SPORTS, kedai PUMA terpilih dan PUMA.com dengan harga bermula RM49 hingga RM559.

Maklumat lanjut boleh layari laman web tertera di bawah

https://www.malaysianfootballleague.com

Isnin, 5 Ogos 2019

NKF Glow Run 2019 Meriah Dengan Warna-Warni Lampu Neon & Berjaya Membantu Pesakit Buah Pinggang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Buat pertama kalinya tahun ini LeYa menyertai larian dalam acara NKF Glow Run 2019 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada Julai lalu. Bila dikatakan pertama kali tu, excited juga lah untuk merasai pengalaman berlari ni. Yang bestnya pula, larian ini diadakan pada waktu malam dengan diterangi warna-warni lampu neon yang bergemerlapan dan sangat menyeronokkan dengan suasana yang begitu meriah.


Sebelum melangkah lebih jauh, jom LeYa terangkan serba sedikit mengenai NKF Glow Run 2019 ni. NKF Glow Run diadakan bertujuan mempromosikan tentang kesihatan buah pinggang dalam kalangan dewasa sambil meningkatkan kesedaran kepada umum tentang penyakit buah pinggang kronik melalui aktiviti yang menyeronokkan dan menarik ini.


Setelah pendaftaran dan penukaran baju selesai, setiap peserta disusun mengikut kategori dengan neon-coloured liquid yang bertemakan warna-warni menerangi litar. Yang menarik pada malam itu adalah acara lantern light station yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni. Kesemua prop ini sebenarnya memberi maksud tentang fakta buah pinggang kita ketika berfungsi dalam sistem badan kita. Memang unik dan menarik kan!

Memang sangat rugi jika tidak berswafoto sebagai kenang-kenangan. Turut menceriakan majlis pada malam itu ialah festival muzik yang dikelolakan oleh DJ Alexis Grace, DJ terkemuka di Malaysia.


Dalam pada itu, LeYa nak katakan, NKF Glow Run ini turut mendapat sambutan hangat dari konvoi kereta mewah dan motorsikal berkuasa besar Harley Davidson. Sebelum konvoi tiba di acara kemuncak, mereka telah mempromosikan kesihatan buah pinggang dan memberi kesedaran tentang penyakit buah pinggang ini di 1 Utama, Sunway Pyramid dan IOI City Mall.
"A great amount of effort has been put by the NKF team and various partners to ensure that the NKF Glow Run is a unique, excitement-filled and exhilarating event. Though this event was a joyous celebration of life, it also carried with it a rather serious message of the importance of preventing kidney disease as well as raising funds and hope for 1,700 NKF dialysis patients," kata Chua Hong Wee, Chief Executive Officer of NKF.


Aktiviti NKF Glow Run ini telah berjaya meraih sejumlah tunai RM120,000 dengan 3 buah mesin dialisis yang bernilai RM121,900. Pihak NKF amat bertuah dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam membantu meringankan pesakit buah pinggang. Kesemua hasil dan sumbangan yang diperoleh ini akan disalurkan ke rawatan dialisis kepada lebih daripada 1,700 pesakit miskin yang sedang menjalani rawatan di 28 buah pusat dialisis NKF di seluruh Malaysia.



Selesai upacara pelancaran, tibalah masanya para peserta memulakan langkah 5KM bersama-sama mengharungi trek yang telah disediakan. LeYa begitu teruja untuk melihat dan merasai pengalaman berlari sejauh 5KM itu. Fuuuhhhh.... Memang penat juga dirasakan. Sampai sahaja ke garisan penamat, cepat-cepat menuju ke 100 Plus untuk meneguk air isotonik pemberi tenaga. Hahaha.... Mencungap jugak bila dah lama tak aktif bersukan ni.

 

Alhamdulillah... berjaya juga menyelesaikan larian 5KM dengan penuh bersemangat dan rasa sihat sangat pada malam itu dapat mengeluarkan peluh-peluh dan lelemak yang hinggap lama di tubuh badan ni. Hehehe...


Menurut fakta lagi, di Malaysia kini sudah terdapat lebih daripada 50,000 pesakit dialisis yang mana 7,000 daripadanya adalah pesakit baru didaftarkan setiap tahun. Dianggarkan lebih dua kali ganda daripada itu menjelang tahun 2040 dan mampu menempatkan Malaysia di tempat ketiga sebagai penyakit buah pinggang tertinggi di dunia. Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga kesihatan untuk mengelakkan penyakit yang tidak diingini ini.


Sebarang maklumat lanjut mengenai aktiviti NKF dan cara untuk menderma kepada organisasi tersebut, boleh layari laman web http://www.nkf.org.my/ atau hubungi 03 - 7954 9048

Khamis, 13 Disember 2018

Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 Bakal Berlangsung Di Lima Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Satu pertandingan Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 akan dilaksanakan di lima buah sekolah di Lembah Klang yang diumumkan dalam majlis pelancaran oleh Sambill Park (M) Sdn Bhd di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur. Siri Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, En. Zainal bin Abas mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching. Pertandingan ini sebenarnya diilhamkan oleh siri animasi terkenal yang boleh ditonton di saluran Disney XD Asia dan NETFLIX.


Siri Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 ini merangkumi siri halangan sejauh 300 meter yang direka khas untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun dan akan dibina di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall. Dengan matlamat utama untuk mendidik anak muda tentang kemahiran mental dan fizikal, para peserta dapat melatih kebolehan dan membangunkan keyakinan diri mereka. Pertandingan ini akan menentukan sehingga pusingan kelayakan diikuti dengan pusingan separuh akhir dan peringkat akhir yang akan diadakan di Sunway Velocity Mall.


Pengarah Urusan Sambill Park (M) Sdn Bhd dan Penganjur Utama Chuck Chicken Junior Warriors 2.0, Encik Daniel Wong berkata, “Pengikut setia Pertandingan Chuck Chicken perlu menyelesaikan beberapa cabaran mental sebelum melepasi ujian fizikal. Persaingan Chuck Chicken seperti yang dipertontonkan di saluran Disney XD Asia dan NETFLIX dapat menggalakkan kanak-kanak sama ada dari sekolah awam atau swasta untuk berfikir secara kritis dan mengembangkan lagi kemahiran mental mereka dalam masa yang singkat.”
"Kami amat berbangga kerana Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Teo Nie Ching telah memilih untuk menyokong dan merasmikan pertandingan ini. Kami yakin bahawa lebih ramai kanak-kanak akan dapat dididik melalui pengalaman istimewa ini berbanding edisi pertama. "Tambah beliau.


Edisi Kedua Chuck Chicken Junior Warriors juga mempunyai perancangan untuk membawa cabaran ke semua sekolah di Lembah Klang dan mencari Juara Kebangsaan seterusnya menembusi pasaran Asia Tenggara. Dalam tempoh dua tahun akan datang, sekurang-kurangnya 5 negara akan terlibat dalam siri pertandingan ini dan para peserta akan dibawa ke Malaysia untuk bersaing di Pusingan Akhir selaras dengan strategi untuk mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Siri animasi Chuck Chicken telah memberi impak yang luar biasa dalam industry dengan menjana jumlah penonton lebih daripada 11 juta, dicalonkan sebagai Animasi 2D Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-21 dengan liputan lebih dari 20,000 di media sosial, 180,000 pelanggan setia Youtube, 50 juta tinjauan keseluruhan di Youtube dan ditonton lebih 2 bilion kali di platfom digital China sahaja. Edisi ke-2 pertandigan ini pada 2019 telah menarik beberapa rakan kongsi utama termasuk Animasia Studio, Tenby International School Principle, Seri Bintang Utara Principle dan Sunway Velocity Mall. Ia juga disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Dengan rekod penyertaan lebih daripada 600 peserta kanak-kanak untuk siri sebelumnya, Chuck Chicken Junior Warrior 2.0 telah diumumkan secara rasmi dengan kehadiran rakan-rakan kongsi termasuk Encik Danny Lee, Pengurus Sunway Velocity Mall, En. Hazizul Hakim dari Singapore’s Brilliant Sports Solutions dan Encik Raye Lee, Pengarah Animasia Studio.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket, boleh dapatkan di www.ccjuniorwarriors.com.

Rabu, 16 Ogos 2017

IJM Land Half Marathon 2017 - Membina Masyarakat Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setelah hampir sebulan kita merayakan Aidilfitri, kini tiba masanya rakyat Malaysia bersiap sedia untuk memulakan rutin harian dalam acara larian IJM Land Half Marathon 2017 yang telah berlangsung pada pagi Ahad 13 Ogos 2017 di Dataran Centrio, Seremban 2. Ini merupakan acara marathon tahunan anjuran IJM Land Berhad yang telah diadakan buat kali ke-6 dan lebih menarik lagi penyertaan untuk kali ini sangat luar biasa ramai dari semua lapisan masyarakat untuk mencabar diri mereka serta menguji ketahanan fizikal dalam larian yang diadakan.

Lebih daripada 7,500 peserta dari seluruh Malaysia dan negara luar seperti Jepun, Korea, New Zealand, United Kingdom dan Filipina berada seawal pagi dan berkumpul di Dataran Centrio, Seremban 2 untuk larian IJM Land Half Marathon 2017. Dalam tempoh 6 tahun, acara tahunan ini terus menarik penyertaan dan semakin kukuh dalam kalangan masyarakat yang berada di komuniti penduduk Seremban 2 dan kawasan sekitarnya untuk mengatasi rekod sebelumnya seramai 6,000 penyertaan pada tahun 2016.

IJM Land Half Marathon 2017 di Dataran Centrio, Seremban 2
IJM Land Half Marathon 2017

LeYa dan beberapa rakan wakil blogger turut hadir dalam acara IJM Land Half Marathon 2017. Ini adalah satu aspirasi IJM Land untuk mengetengahkan gaya hidup sihat kepad semua lapisan masyarakat serta memberi kesedaran dan keprihatinan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan dan Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (MLDA).

Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan
Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (MLDA)

Run Together, Bond Stronger

Dengan tagline "Run Together, Bond Stronger", IJM Land Half Marathon mempunyai jarak larian sejauh 21KM, di samping 10KM bagi kategori junior lelaki dan perempuan berumur 12 hingga 17 tahun dan juga kategori 'fun run'. Ia kini semakin mendapat sambutan ramai peminat sebagai satu platform bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga, jiran tetangga, rakan-rakan dan komuniti masyarakat yang hadir untuk menyokong gaya hidup sihat dan sejahtera. 

Peserta larian yang masih bersemangat kental di upacara penutupan IJM Land Marathon 2017
Top 3 Acara Larian Kategori Lelaki Terbuka 21KM

Pemenang bersama Maskot
IJM Land Half Marathon 2017 dimeriahkan lagi dengan deretan booth yang menawarkan popcorn, cotton candy, ais krim, badut belon dan banyak lagi secara PERCUMA. Selain itu, terdapat juga perunding nasihat kesihatan yang anda boleh dapatkan secara percuma di situ. Lebih menarik lagi, peserta marathon dihangatkan lagi dengan cabutan bertuah yang bernilai lebih RM15,000 untuk dimenangi termasuk barangan elektrik dan hadiah utama Apple iPhone 7Plus dan Sharp LED Smart TV.

2nd place Veteran Category

Run Together, Bond Stronger
Dalam kesibukan para peserta di majlis penutupan IJM Land Marathon 2017, sempat LeYa bergambar dengan seorang peserta paling tua, Uncle On Kim Hwa, 83 tahun yang masih kekal bertenaga menghabiskan larian 21KM. WoW!!! Hebat kan! 

Bersama Uncle On Kim Hwa, peserta 83 tahun yang bersemangat waja
Semua pelari yang telah berjaya melengkapkan perlumbaan tanpa mengira kategori diberikan beg goodie dengan isian hadiah menarik di dalam yang telah ditaja oleh Penaja Platinum, Yakult dan penaja lain bersama dengan Medal dan Sijil. 

5 Pemenang Larian 10KM Kategori Junior Lelaki

5 Pemenang Larian 10KM Kategori Junior Perempuan

5 Pemenang Larian 21KM Kategori Lelaki Terbuka

5 Pemenang Larian 21KM Kategori Lelaki Veteran

5 Pemenang Larian 21KM Kategori Perempuan Terbuka

5 Pemenang Larian 21KM Kategori Perempuan Veteran

IJM Land Half Marathon Challenge Trophy
Bestnya bila LeYa tengok para pemenang menerima hadiah menarik. IJM Land Half Marathon Challenge Trophy juga memperkenalkan juara terpantas di antara semua kategori kepada pasangan Ow Yong Jin Kuang (1 Jam 18 Minit) dan Yee Pei Ni (1 Jam 39 Minit). Awesome and so sweet kan pasangan ni! Berlari bersama-sama, lepas tuh menang dan dapat Piala IJM Land Half Marathon Challenge lagi. Tahniah LeYa ucapkan kepada dua pasangan ini. Piala ini akan dianugerahkan kepada pelari terpantas lelaki dan perempuan yang berjaya mempertahankan kejuaraan buat 3 tahun berturut-turut.

Persembahan Pembukaan Majlis Penutupan IJM Land Half Marathon 2017 dari Sekolah Chin Hwa, Negeri Sembilan

Jom Sihat Bersama Minuman Milo
LeYa happy sangat sebab dapat turut serta dalam acara IJM Land Half Marathon ni. Banyak betul sponsor. Antaranya ia telah disokong oleh Yakult (Platinum Sponsor), TDK (Penaja Emas), BMW Millennium Welt Seremban (Kenderaan Rasmi), 100 Plus dan Ice Mountain (Minuman Rasmi), Ultron (Pakaian Rasmi), Sin Chew Daily dan The China Press (Media Partners), Hospital Asia Columbia Seremban (Rakan Perubatan), Alpro Pharmacy (Rakan Amal), Pekel EC (Rakan dan Rakan Teknikal) dan Rakan Kongsi termasuk McDonald's, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2. Makan pun tak henti. Macam-macam ada. Semuanya percuma pulak tuh. Memang best sangat!

LeYa dan Maskot IJM Land HAlf Marathon 2017
Nak lebih lanjut, boleh layari laman sesawang IJM Land Half Marathon 2017, www.ijmlandrun.com