Isnin, 20 Mac 2017

Program Amal Hari Pengasas Dr Ko bersama Idris Khan dan Dynaz Mokhtar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini bersamaan 20 Mac 2017 merupakan Majlis Pelancaran Hari Pengasas Pakar Kulit Dr Ko 2017 di sebuah Restoran Makanan Perancis dan Italia di Bangsar Shopping Centre. Ini merupakan tahun kedua untuk sambutan Hari Pengasas KO. Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr Ko akan menyambut Hari Pengasas KO bersama golongan kurang bernasib baik dengan menjalankan program amal untuk memberikan kebajikan kepada mereka.


Bersempena sambutan Hari Pengasas Ko dijalankan, dua artis tempatan terkenal iaitu Idris Khas dan Dynaz Mokhtar akan turut serta menjayakan kerja kebajikan sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. 


Dengan penglibatan artis tempatan terkenal, ia dapat memupuk minat orang ramai untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. 

Bersempena dengan sambutan itu, setiap transaksi di Klinik Pakar Dr Ko akan menyumbang RM1 kepada badan kebajikan Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia. Turut diadakan juga promosi khas kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato Dr Ko Chung Beng selama ini. 

Aktor Idris Khan (dari kiri) bersama Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia, Amin Mohd Ali Sidik, Pengasas  Klinik Pakar Kulit Dr. Ko, Dato Dr. Ko Chung Beng dan Dynas Mokhtar.
Menurut pengasas Dato Dr. Ko Chung Beng, hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai seorang doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan kepada diri mereka. Beliau juga percaya bahawa, setiap orang mampu mengubah hidupnya namun masih juga terdapat golongan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Beliau menyeru lagi untuk bersama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia.

Pengasas Dato Dr Ko Chung Beng
Sepanjang 19 tahun sumbangan beliau dalam industri kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang telah dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau amat bermurah hati dan mengetepikan segala bayaran bil dan turut menampung kos pengangkutan mereka.

Oleh itu, bersempena Sambutan Hari Pengasas Ko diperkenalkan pada hari ini adalah sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni dan bantuan disalurkan kepada badan kebajikan yang berbeza pada setiap tahun.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia, En Amin Mohd Ali Sidek
Kemudian, pada tahun lepas, Dato Dr. Ko telah menyumbang dana sebanyak RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Beliau juga turut menyasar untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia pada tahun ini.

Beliau juga ingin memupuk semangat tanggungjawab sosial dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarakat tempatan.


Anda semua dijemput untuk meraikan hari yang bermakna ini bersama kami di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko untuk memiliki wajah yang cantik dan berseri dengan tujuan yang murni sekarang. 

Setiap transaksi anda akan disalurkan sebanyak RM1 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia sepanjang majlis sambutan Hari Pengasas Ko dijalankan. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pengasas KO, boleh layari laman web di www.foundersday.koskinspecialist.com. 

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com