Sunday, 12 March 2017

Pelancaran Sweet Aiman Produk Terbaru dari Aiman Tino

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ini yang korang nanti-nantikan... kan23x... Siapa tak kenal selebriti muda yang sedang meningkat naik ni. Aiman Tino atau nama sebenar Mohd Aiman bin Yusri berusia 18 tahun yang terkenal dengan lagu pertamanya "Ku Rela Dibenci" dan lagu kedua beliau "Permata Cinta", kini menapak selangkah lagi dalam dunia perniagaan. 

Aiman telah melancarkan produk kesihatan dan kecantikan Sweet Aiman yang berkolaborasi dengan syarikat kosmetik tempatan, Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd telah berjaya menghasilkan 3 produk kecantikan dan kesihatan iaitu DD Cushion, multivitamin, kolagen dan stemcell.


Pelancaran Produk Sweet Aiman yang telah berlangsung di Restoran Rebung Dato Chef Ismail, Kuala Lumpur pada 8 Mac 2017 lalu membuatkan LeYa memang sangat-sangat terpesona melihat dekorasinya yang sweet sama lah macam Aiman kan. Dah tu pulak, produk pun digelarkan dengan nama Sweet Aiman. Antara 3 produk Aiman yang akan dipasarkan adalah 3D Cream DD Mineral Cushion, Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD yang akan mendapat tempat di hati peminat-peminat Aiman. 


Pihak Wonder Glow juga yakin 3 produk Sweet Aiman ini akan mendapat tempat di kalangan peminat Aiman dan begitu puas hati apabila dapat bekerjasama dengan artis muda yang rajin dan berbakat ini. Dari itu, mereka memang yakin produk Sweet Aiman boleh mendapat jutaan peminat dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.


Jelajah Sweet Aiman juga akan diadakan dalam masa terdekat ini seperti lokasi yang akan dikongsikan di bawah. Peminat-peminat akan berpeluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan Aiman serta boleh mendapatkan produk-produknya dengan lebih mudah. Dan yang paling penting buat peminat Aiman, anda boleh dapatkan autograf dari Aiman sendiri dengan setiap pembelian produk-produknya.

1. Mydin Senawang, Negeri Sembilan – 23 Mac 2017 (5 petang)

2. Mydin City One, Sarawak – 7 April 2017 (3:30 petang)

3. Mydin Samariang, Sarawak – 29 April 2017 (3:30 petang)


Jika anda semua kehabisan stok, anda juga boleh dapatkan produk-produk Sweet Aiman di kesemua kaunter-kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia. 


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Sweet Aiman, boleh hubungi:

Tel: +6016 709 4042
Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. Semoga terus sukses ya aiman tino 😊

    ReplyDelete
  2. Owhhh, dia pon dah ade produk sendiri erk? #barutau

    ReplyDelete