Isnin, 13 Mac 2017

Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavinge International - Peranan dan Pengorbanan Wanita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavinge International
Alhamdulillah... Pada 08 Mac 2017 yang lalu, satu hari telah diadakan bagi meraikan kaum wanita sebagai mengenang jasa pengorbanan dan peranan kami sebagai wanita selama ini. Lahirnya LeYa sebagai seorang wanita dirasakan sangat bertuah kerana dapat merasakan diri ini dihargai dan diingati atas usaha dan jasa yang dilakukan selama ini. Sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut seluruh dunia setiap tahun pada 08 Mac begitu meriah dan terharu atas jasa dan pengorbanan wanita selama ini. 

Pada kali ini LeYa telah diundang untuk turut serta dalam satu majlis sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavinge International di Menara Melilea, Bangsar South bersama tokoh-tokoh wanita berjaya dan juga Puteri UMNO Lembah Pantai. 


Stellavinge International adalah sebuah organisasi yang membantu kaum wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan. Stellavinge International ini diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang merupakan seorang usahawan wanita tempatan merangkumi seorang ibu, isteri dan anak yang penyayang.  Menyedari hakikat ini, wanita menjadi sumber inspirasi kepada semua dalam mengorak langkah membangunkan sesebuah negara bagi mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan bersama.

Wanita-wanita hebat yang telah dijemput ialah Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA), Datin Azizan Binti Haji Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang, dan Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International.

Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
Bersemangat waja LeYa perhatikan Tan Sri Datin Paduka ini berucap. Wanita berusia lingkungan 80-an ini mampu memberikan idea-idea kepada generasi muda seperi LeYa ketika forum dijalankan. Menerusi beliau, wanita adalah sangat unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Beliau mengulas lagi bagaimana seorang wanita mampu membentuk anak kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokongnya sehingga mencapai cita-cita tersebut. Hanya wanita sahaja yang mampu melakukan tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan memberi sokongan. 

Tambahan beliau lagi, wanita dilahirkan dengan pemikiran yang unik yang mampu melakukan beberapa tugasan dalam satu masa. Pentingnya seorang wanita masa kini untuk mempunyai prinsip dan integriti serta bijak membahagikan masa dalam kepimpinan keluarga mahupun sesebuah organisasi. 

Mengakhiri ucapan beliau dengan pesanan kepada seluruh kaum wanita agar menjaga kesihatan dan menimba ilmu serta imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itu semua adalah aset wanita yang sangat berharga.

Datin Azizan Binti Haji Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
Wanita Puteri UMNO dari Lembah Pantai ini pula menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab serta mengutamakan keluarga. Seorang wanita yang meninggalkan kerjayanya demi menjadi suri rumah sepenuh masa haruslah mempunyai kemahiran dan bijak dalam perniagaan bagi menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang bekerjaya pula, dinasihatkan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan seperti melakukan sebuah majlis atau jamuan ringan untuk kelihatan lebih mesra di kalangan keluarga atau rakan-rakan. 
Beliau mengakhiri ucapan dengan berpesan kepada wanita diluar sana untuk sentiasa lebih bersabar, mempunyai iman yang teguh dan juga menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
Datin Noor Faezah memulakan bicara forumnya dengan berpendapat bahawa wanita menjadi luar biasa hebat kerana tugas dan tanggungjawab seseorang wanita begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Wanita juga mampu berdiri teguh, menyokong padu insan lain, memberi didikan serta mampu memberi motivasi kepada insan-insan yang tidak bernasib baik.

Beliau juga berpendapat bahawa wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang dengan hanya memimpin penuh kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka. Mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru tugas kita sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah. Diakhiri dengan ucapan beliau ialah wanita adalah lumrah mempunyai sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi apa jua rintangan dan cabaran. 


Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International






Wanita hebat melahirkan modal insan yang juga luar biasa hebat. Pengarah Urusan Stellavinge International, Ms Wee Siew Ling ini pula berpendapat bahawa seorang wanita yang bergelar ibu yang juga bekerjaya seperti beliau seringkali menghadapi kekangan masa. Namun, sebagai wanita perlu bijak untuk membahagikan masa bersama keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri. Kata beliau lagi, kebiasaannya beliau lah yang sering mengorbankan diri sendiri demi menjaga kebahagiaan bersama keluarga.

Ms Wee berkata lagi tidak mustahil segala tanggunjawab dapat dilaksanakan jika pandai membahagikan masa. Beliau memetik formula Datuk Stella Chin, Pengasas Stellavinge International iaitu:

TAMBAH (+) KASIH SAYANG / CINTA
TOLAK (-) KEBENCIAN / KEMARAHAN
DARAB (x) RASA KESYUKURAN PADA SEGALANYA
BAHAGI (÷) ATAU BUANG UMPATAN / GOSIP

Selama 13 tahun beliau mengamalkan formula tersebut dan mendapati diri beliau lebih rasa bahagia bernanding sebelumnya. Di kesempatan ini juga, beliau menyeru agar semua golongan wanita untuk menyertai Stellavinge International supaya menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Beliau mengakhiri ucapan dengan kata-kata yang paling menyentuh hati sekali. Wanita ibarat air yang mana mampu membiasakan diri dalam apa jua keadaan, namun jangan sekali kewibawaan wanita dicabar kerana lautan yang tenang, bakal juga mengundang tsunami. 


Tujuan utama Sambutan Hari Wanita yang dianjurkan oleh Stellavinge International ingin membawa semua kaum wanita untuk membuka minda agar menemukan potensi diri unuk memajukan kehidupan diri dan negara. 

Di sini, LeYa kongsikan sedikit kepada yang berminat untuk menyertai Stellavinge Smart Star untuk meningkatkan nilai kewanitaan anda semua.

Stellavinge Smart Star bertujuan membantu wanita dalam mengurus diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga, anak-anak dan mempunyai kehidupan yang seimbang serta indah. Jadinya, kursus selama 90 hari di Stellavinge Smart Star merangkumi:
  • Kelas Imej
  • Kesihatan dan Kecantikan
  • Pembentukan Minda dan Rohani
  • Pengurusan Rumah Tangga
  • Interaksi Bersama Anak
  • Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah 

Setelah tamat Kursus 90 hari Stellavinge Smart Star, akan lahir lah seorang wanita yang lebih bahagia dari sebelum ini. Syarat kelayakan untuk menyertai hanyalah anda perlu bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai seorang wanita dan perlu menjadi ahli Stellavinge International. Kelayakan lain yang diperlukan adalah:
  • Pendidikan: Diploma/Ijazah
  • Pengalaman: 2 tahun ke atas
  • Status Perkahwinan: Berkahwin/Bujang  



Bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang berkredibiliti dan berkualiti, satu program Stellavinge Guiding Star diadakan. Objektif utaman penubuhan program ini adalah memberi peluang kepada wanita untuk mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan, membina asas yang kukuh dan menuju ke arah kehidupan yang lebih berjaya. Selain itu, ia bertujuan mentransformasikan bakat kepimpinan yang ada pada seseorang wanita dan membantu orang lain untuk berjaya.

Dalam program Stellavinge Guiding Star, Stellavinge menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh. Stellavinge juga menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pelanggan dan menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja. 

Seperti di atas, Stellavinge Guiding Star juga memiliki syarat kelayakan untuk menyertainya. Antaranya berpendidikan Ijazah, memiliki pengalaman dalam bidang korporat selamat setahun atau lebih dan berumur dalam lingkungan 25 - 60 tahun. Penyediaan kursus dan latihan di Stellavinge juga merangkumi:


  • Kelas Imej Perniagaan
  • Latihan Skill Perniagaan
  • Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
  • Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
  • Kelas Pengurusan Perniagaan
  • Kelas Kualiti Kepimpinan







2 ulasan:

  1. best majlis majlis macam ni.. dapat boost energy yang selalu turun naik.. hee~ tercabar pun ade untuk jadi wanita yang lebih baik.. jom !! transform diri..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com