Jumaat, 17 Mac 2017

Langkawi - Lokasi Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 yang pertama di ASEAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pemilihan lokasi Pulau Langkawi, Malaysia sebagai tuan rumah pertama ASEAN untuk Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 membuktikan keupayaan pihak penganjur; E-Plus Global Sdn Bhd dalam penghasilan acara berperingkat antarabangsa.

Pada 15 Mac 2017 lalu, satu persidangan telah diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah mengesahkan Malaysia sebagai negara pertama ASEAN untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Tampar Siri Dunia FIVB 2017. Kejohanan Terbuka Malaysia ini akan berlangsung di Pantai Cenang, Langkawi pada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 April 2017. Sebanyak 32 pasukan antarabangsa dari Austria, Kanada, Cuba, Republic Czech, England, Jerman, Indonesia, Italy, Malaysia, Scotland, Afrika Selatan, Sepanyol dan Switzerland akan bersaing untuk gelaran sulung kejohanan dan hadiah wang tunai berjumlah USD20,000 (MYR89,000).
"E-Plus amat berbesar hati untuk menjadi pengnajur pertama kejohanan bola tampar pantai di Malaysia. Setakat ini, kami telah menganjurkan pelbagai acara bertaraf antarabangsa dan penambahan acara bola tampar pantai ini diharapkan agar dapat menonjolkan lagi keupayaan kami sebagai syarikat persendirian yang mampu melaksanakan program-program bertaraf global," kata Andrew Ching, Ketua PEgawai Eksekutif E-Plus Global Sdn Bhd.

"Acara sukan merupakan salah satu penyumbang tetap kepada ekonomi pelancongan negara. Ia boleh meningkatkan pelancongan domestik dan antarabangsa. Penganjuran acara yang baik beserta dengan penyertaan secar besar-besaran seperti FIVB akan menarik perhatian dan penyertaan pelancong asing ke Malaysia. Kebanyakan lokasi untuk acara sukan terletak di kawasan perkhidmatan utama yang menawarkan pelbagai kemudahan dan pengalaman indah kepada pelancong. Ini termasuk hotel bertaraf dunia, kawasan yang unik, warisan kebudayaan dan pelbagai tempat membeli-belah. Selain daripada itu, Langkawi juga dilengkapi dengan landskap pantai yang indah dan bersih, hutan paya bakau, makanan tempatan yang lazat serta kehidupan malam yang menyeronokkan untuk pelawat antarabangsa,"tambah Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Major Events Malaysia.  

"Terdapat banyak prosedur yang telah ditetapkan oleh FIVB untuk penganjuran acara bola tampar pantai ini termasuklah kualiti pasir iaitu satu faktor utama yang sangat dititkberatkan. Kami amat gembira dan berbesar hati apabila FIVB telah meluluskan kegunaan Pantai Cenang sebagai salah satu lokasi untuk acara bola tampar pantai antarabangsa. Ini telah membuktikan bahawa Langkawi bukan sahaja destinasi pelancongan yang menarik malah Langkawi juga mempunyai pantai yang berkualiti tinggi," kata Nor Aznan B. Sulaiman, Pengurus Bahagian Promosi Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan. Tambahan beliau lagi "Ini akan memberikan kesan yang positif dan meningkatkan ekonomi pelancongan Langkawi secar langsung.


"Semenjak penubuhan FIVB pada tahun 1987, Langkawi merupakan lokasi yang ke 365 untuk kejohanan bola tampar pantai lelaki manakala ini merupakan lokasi yang ke 317 untuk kejohanan bola tampar pantai wanita, yang ditubuhkan 3 tahun selepas penubuhan FIVB iaitu pada tahun 1992.  

Hanif Basree Abdul Rahman, Timbalan Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) menunjukkan keterujaan beliau apabila Malaysia diamanahkan oleh FIVB untuk menjadi tuan rumah pertama di ASEAN. “MAVA akan menurunkan semua pegawai utama demi memastikan pelancaran kejohanan ini. Kami berharap agar kejohanan ini akan terus memberikan inspirasi kepada peminat acara bola tampar serta dapat mengetengahkan lagi bakat mereka.” 

Pas masuk untuk sehari atau pakej masuk untuk dua hari boleh didapati melalui website www.airasiaredtix.com mulai 15 Mac 2017. 

Kejohanan Bola Tampar Pantai Siri Dunia FIVB 2017 Terbuka Malaysia dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn Bhd; diiktirafkan oleh Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA); dan disokong oleh Malaysia Major Events, satu bahagian dalam Malaysia Convention & Exhibition Bureau (agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Bandaraya Pelancongan Langkawi, Majlis Daerah Langkawi, Meritius Pelangi Beach Resort & Spa dan Aseania Langkawi Resort & Spa. 

 Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web di bawah:-

PERSEKUTUAN BOLA TAMPAR ANTARABANGSA (FIVB) www.fivb.com
MALAYSIA MAJOR EVENTS www.malaysiamajorevents.com.my
LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA) www.lada.gov.my
E-PLUS GLOBAL SDN BHD www.eplusglobal.com 


0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com