Rabu, 22 Mac 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tinggal sehari je lagi untuk join Lazada Birthday Blogger Contest ni. Alhamdulillah nasib baik LeYa masih berkesempatan untuk turut serta. Laju terus membuka lembaran blog post untuk buat entry.. Hehehehe....


Okay... Lazada Birthday Blogger Contest akan tamat pada 23 Mac 2017. Betul-betul penghujung hari join ni. Harap ada lah tuah di sebalik peserta terakhir mungkin. Ekekeke.. Yang belum join, korang jangan risau.. Masih boleh try lagi hari ni.. Kalau nak join, senang je... 
Jom Klik Di Sini >> Lazada Birthday Blogger Contest.

Lazada Birthday Blogger Contest

Nak sertai Lazada Birthday Blogger Contest ni LeYa diwajibkan menjawab 4 soalan yang diberikan oleh pihak Lazada. Jom tengok apa jawapan LeYa di bawah ini.

What do you love about Lazada Malaysia? 
Apa yang menarik tentang Lazada Malaysia yang membuatkan LeYa tergila-gila nak bershopping dengannya. Semestinya, Lazada Malaysia sering membuat tawaran harga yang menarik dan murah untuk LeYa miliki barangannya. Barang-barang yang kita order pun sampai seperti tarikh yang dijangkakan. Cepat, Mudah dan bagi LeYa memang menjimatkan masa kerana tidak perlu keluar bershopping lagi. Nak-nak pulak LeYa sekarang ni sentiasa sibuk. Memang tak ada masa nak keluar membeli belah. Laman web Lazada lah yang akan menjadi tumpuan LeYa untuk SHOPPING!!!

Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 

Wah... Ni yang best ni... Boleh pilih 3 barang favourite yang kita suka nak. Okay... jom tengok apa yang LeYa impikan.

1. Set Katil dan Tilam CASA

Memandangkan LeYa dan keluarga ni memang sering berkumpul. Jadi LeYa memang lah nak beri keselesaan pada mereka. Satu ruang bilik di rumah LeYa masih tidak punya katil dan tilam yang selesa untuk tetamu yang hadir. Ni memang dah lama jadi list untuk memilikinya tapi belum cukup kewangan untuk membelinya lagi. Tunggu lah.. Mungkin ada rezeki bulan ni.

2. Samsung Washine Machine


Ini lagi satu yang tersenarai untuk LeYa beli. Mesin basuh rumah LeYa dah rosak beberapa bulan yang lalu. So, tak berkesempatan lagi nak membelinya. Rasa penat juga hujung minggu nak cuci baju di dobi. Kalau ade di rumah kan senang. Tak payah dah nak keluar rumah. Semua kelengkapan sudah pun tersedia. Yeah! In-shaa Allah... ade rezeki LeYa nak beli sebelum Ramadhan tahun ni.

3. Set Meja Makan 6 Kerusi
Ini lagi satu keinginan LeYa nak memilikinya. Ye lah kan. Tadi kan LeYa bagitahu yang LeYa dan keluarga memang suka berkumpul beramai-ramai. Set meja makan yang ada di rumah LeYa hanya ada 4 kerusi. Kesian lah kan pada ahli keluarga LeYa yang masalah sakit lutut tuh nak duduk bawah. Jadi, LeYa memang bercadang nak beli set meja makan ni sebelum Raya 2017.

How do you think Lazada Malaysia can improve? 

Emmmm.... apa ye yang boleh Lazada Malaysia improve lagi. LeYa rasa kalau dari segi barangan yang ada macam dah cukup je. Tu pun LeYa tak habis jelajah lagi setiap barangan yang ada di situ. Hehehe... Tapi... rasanya pihak Lazada Malaysia boleh cuba mempertingkatkan promosi ke Luar Bandar sebab masih ada je lagi orang-orang kampung yang tak tahu nak memebeli belah secara online. Apa kata pihak Lazada Malaysia buat kelas online untuk mereka. Pasti mereka seronok dan teruja nak join. 

What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

Happy Birthday Lazada yang ke-5 tahun!!! LeYa berharap agar Lazada Malaysia sentiasa terus maju dan berjaya mendapat lebih banyak keuntungan dan membuat lebih banyak contest untuk blogger turut serta. Dan LeYa juga berharap untuk Birthday Lazada ke-5 ni, LeYa dapat merasai hadiah Box of Joy dari Lazada. Teringin juga nak merasainya kan. Hehehe... Terima kasih Lazada kerana memberi peluang blogger berkarya dan LeYa tunggu tau Box of Joy yang pertama untuk LeYa. 

Ok cukuplah sharing info dari LeYa setakat ini.

4 ulasan:

  1. Gudluck leya...
    Seronok shopping di lazada bila ada great discount kan..

    BalasPadam
  2. good luck �� smartlah set katil & tilam CASA tu

    BalasPadam
  3. Nak mesin basuh! 10KG kot! heheheh syok tu dapat. boleh letak baju banyak2. Good luck btw! haraplah ada rezeki untuk kita.

    BalasPadam
  4. kalau ada rejeki nak gak cuba...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com