Thursday, 17 May 2018

Hargailah Kesihatan Kaki Anda Di Sunfeet International Rehabilitation Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kaki merupakan anggota badan yang terpenting dalam kehidupan kita. Namun, masih ramai lagi yang kurang sedar akan penjagaan kesihatan kaki. Fungsi kaki ini menjadi asas utama dalam menggerakkan tubuh badan seseorang sama ada berjalan mahupun berlari kerana ia adalah pelengkap diri untuk menampung dan melancarkan pergerakan kita seharian. Hujung minggu yang lalu, LeYa diberi peluang menghadiri satu sesi Talk Show tentang penjagaan “Kesihatan Kaki Anda” oleh pakar Orthotics & Prosthetic terkenal di Asia iaitu Datuk Dr Edmund Lee bersama pakar perubatan, Dr. Liyana Dhamirah Aminuddin di Sunfeet International Rehabilitation Centre, Petaling Jaya.

Sunfeet International Rehabilitation Centre, Petaling Jaya

Pastinya dalam setiap penjagaan anggota yang mungkin tidak boleh ditukar ganti itu memerlukan lebih keprihatinan dan memastikan kaki sentiasa dalam keadaan baik. Walaupun punya wajah dan bentuk badan yang cantik, tetapi ia tidak memberikan apa-apa makna jika kaki tidak dijaga rapi dan meninggalkan kemudaratan pada kesihatan diri. 

Dalam penjagaan kesihatan kaki yang betul, perlu kita tahu pemakaian kasut dengan saiz yang tepat dan selesa serta bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilakukan. Menurut Datuk Dr Edmund Lee, kira-kira hampir 75 – 80 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami masalah berkaitan kaki dan tidak mahu mendapatkan khidmat nasihat pakar bagi mengatasi masalah ini sehinggalah ia menjadi berlarutan dan memudaratkan pada diri.

Dalam sesi penerangan bersama Datuk Edmund Lee itu juga, sebenarnya kaki yang sihat dan baik ada pada tapak kaki berbentuk melengkung. Dan, bukannya pada tapak kaki yang rata (Flat feet). Difahamkan lagi, individu yang memiliki tapak kaki yang rata sebenarnya mempunyai masalah kesihatan kaki berbanding tapak kaki melengkung yang dikatakan normal dan sihat. 

Datuk Dr Edmund Lee bersama pakar perubatan, Dr. Liyana Dhamirah Aminuddin

Datuk Dr Edmund Lee bersama pakar perubatan, Dr. Liyana Dhamirah Aminuddin

Apa yang dikatakan Tapak Kaki Melengkung?

Kebanyakan orang memiliki lekukan pada bahagian tengah tapak kaki yang tidak menyentuh permukaan lantai sehingga ia mampu berdiri seimbang dengan setiap bahagian sisi luar kaki menampung berat badan. 

Namun, saat seseorang itu berjalan atau berdiri dan tapak  kakinya menyentuh lantai, ia dikategorikan sebagai flat feet. Walaupun ia tidak bahaya, namun kondisi kaki rata ini dapat meningkatkan risiko cedera kaki setiap kali bersukan atau melakukan aktiviti harian.

Apa itu Tapak Kaki Rata atau Flat Feet?

Flat feet atau tapak kaki rata adalah seseorang individu itu mempunyai bentuk kaki di bahagian tengah tapak kaki yang sangat rendah atau kadang-kadang ada juga sehingga menyentuh permukaan lantai saat berdiri mahupun berjalan. Ia terjadi oleh pembentukan tulang dan penyusunan otot pada tapak kaki kita.



Apa kesannya jika memiliki tapak kaki rata?

Punca bagi masalah badan kita adalah bermula dari kaki kita. Jadinya, sebahagian besar seseorang individu yang mengalami flat feet tidak merasakan satu gangguan dalam mereka menjalankan aktiviti harian, malah berkemungkinan individu itu lebih aktif dalam bersukan dan banyak menggunakan kaki sehingga telah menyebabkan kecederaan pada kaki. Individu yang memiliki tapak kaki rata inimengalami satu putaran kaki ke hadapan secara abnormal (over-pronation) sehingga kaki tidak menyentuh lantai pada tempat yang seharusnya dan tidak dapat menyerap getaran. Akibatnya, pesakit kaki rata akan lebih berisiko mengalami cedera pada tapak kaki, inflamasi sakit lutut dan sakit belakang.



Bagaimana tapak kaki rata ini boleh terjadi?

Seperti kita maklum, setiap penjagaan kesihatan perlulah dimulai sedari usia kanak-kanak. Ketidaknormalan pada tapak kaki rata ini terjadi ketika kita di usia kecil yang mana kita tidak dipakaikan dengan kasut yang mempunyai sokongan “insole”. “Insole” ini berperanan sebagai sokongan tapak kaki. Selain itu, terjadinya lagi akibat kaki rata ini adalah faktor keturunan dan juga sering berkaki ayam. 

Seawal usia 1 tahun hingga 14 tahun, ia masih boleh diselamatkan dengan memberikan anak-anak kita memakai kasut yang mempunyai sokongan “insole” ini. Hal ini kerana, di usia ini, tulang kaki mereka masih lembut dan boleh dibentuk. Jadi, setiap ibu bapa perlu mengambil perhatian dan tindakan awal jika menginginkan anak-anak membesar dengan kaki yang normal dan sihat.

Salah seorang peserta memenangi cabutan bertuah di Talk Show bersama Dr Edmund Lee & Dr Liyana

LeYa dan Otomen Taro di Talk Show bersama Dr Edmund Lee & Dr Liyana

Cara Mengatasi Masalah Tapak Kaki Rata?

Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya. Sunfeet International Rehabilitation Centre merupakan sebuah pusat pemulihan legasi penubuhan dari datuk dan ayah Dr Edmund Lee. Penubuhan pusat pemulihan ini adalah atas dasar kurangnya pakar mengenai Orthotic & Prosthetic di Malaysia. Dr. Edmund sendiri telah mendapat pendidikan tertinggi di United Kingdom dalam bidang ini dan turut membantu ramai rakyat Malaysia menyelesaikan masalah kesihatan yang bermula dari kaki. 

Sunfeet International Rehabilitation Centre telah ditubuhkan sejak tahun 1978 dan sehingga kini menjadi tumpuan dan penyelesaian kepada permasalahan kesihatan kaki. Setiap individu yang mempunyai masalah kesihatan kaki, perlu mendapatkan rawatan di pusat pemulihan ini bagi mendapatkan nasihat dan pandangan pakar dalam penyelesaian kepada permasalahan kesihatan itu. Untuk permulaan, pesakit perlu melakukan pemeriksaan “scan” pada kedua-dua belah kaki. Setelah imbasan dilakukan, barulah pesakit akan diberi penerangan tentang kaki anda. Bagi mengatasi masalah tapak kaki rata, seseorang individu perlu memakai sokongan “insole”. 


Untuk maklumat lanjut berkenaan kesihatan kaki anda, bolehlah rujuk seperti tertera di bawah:

SUNFEET INTERNATIONAL SDN BHD
Blk C, 18 JALAN 19/1, Seyksen 19, 
Petaling Jaya, 
46300 Petaling Jaya, Selangor
013-528 3939
Reaksi kOrang:

3 comments:

  1. Tak pernah tahu pun ada pusat rehab utk kaki..dlu main beli je kasut..silap hari bulan mmg x selesa pakai & pakai sekali je..Pernah beli sport shoes, husband suggest 1 jenis kasut yg x pernah suka patern tu..at last yg tu la sy pakai smpi skg sbb selesa..kaki pun x sakit..

    Rahsia Rawatan Masalah Gastrik Teruk

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com