Tuesday, 15 May 2018

Kelazatan Ais Krim Fruiti King Berperisa Buah-Buahan Sebenar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kalau sebelum-sebelum ni, LeYa kerap sangat bercerita tentang Buffet Ramadhan kan. Jadinya, kali ini, LeYa nak bawa pula korang menikmati perisa asli buah-buahan sebenar yang ada pada ais krim. Tiga minggu yang lalu, LeYa berkesempatan menghadiri satu tasting event di Sunway Pyramid. LeYa diberi pelbagai jenis perisa ais krim dari Fruiti King untuk dinikmati. Menariknya tentang ais krim ini adalah ia punya rasa asli buah-buahan tempatan yang original. Jadi, jom ikuti kisah bersama LeYa!

Fruiti King | Rasai keenakan ais krim berperisa buah-buahan sebenar

Kelazatan Ais Krim Fruiti King Berperisa Buah-Buahan Sebenar

Kalau korang nak tahu lagi Fruiti King ni adalah sebuah jenama baru dalam industri makanan. Kiosk pertamanya adalah di Sunway Pyramid. Dengan kemunculan ais krim Fruiti King ini, LeYa pasti peminat buah-buahan tempatan akan lebih teruja untuk menikmati ais krim ini kerana diibaratkan seperti makan buah-buahan sebenar.

Terdapat pelbagai perisa yang telah dikeluarkan oleh Fruiti King. Antaranya adalah perisa Cempedak, Mango, Soursop, Jagung, Durian D24 dan Durian Musang King. Kesemua perisa ais krim ini adalah 100% asli dari buah-buahan sebenar, tiada pewarna tambahan, tiada perasa tambahan dan juga tiada bahan pengawet

Fruiti King | Rasai keenakan ais krim berperisa buah-buahan sebenar

Yang menariknya lagi, korang boleh dapatkan pelbagai jenis ais krim dalam bentuk ais krim potong, ais krim dalam bentuk scoop ataupun ais krim bar. Ketiga-tiga jenis ais krim ni memang sangat sedap dan LeYa berpuas hati ketika menikmatinya. 

Lebih sedap lagi jika korang add-on bersama waffle ais krim yang ada di situ. Pada pemilihan ais krim di atas waffle LeYa hari tu merupakan ais krim perisa Durian Musang King. Memang terbaik rasanya. Nak-nak pula LeYa ni memang sejenis peminat durian. Memang tak tengok orang sekeliling dah kalau dapat menikmati buah kegemaran ni. Terasa puas sangat-sangat bila dapat menikmati Durian Musang King versi ais krim ni. Memang Terbaik!

Ais krim potong berperisa Soursop

Ais krim waffle

Ais krim bar

Ais krim bar perisa Durian Musang King

Ais krim bar perisa Cempedak

Kemudian, LeYa dihidangkan pula dengan minuman Milkshake. Kali ni, LeYa memilih milkshake perisa cempedak. Ya Allah… Sumpah sedap gileerrr! Memang rugi sangat kalau korang tak mencubanya.

Variasi ais krim yang ada di Fruiti King

Banyak dah LeYa makan ais krim kan. LeYa sekali lagi diberi pula pilihan untuk Ais Krim Bar. Selepas minum Milkshake Cempedak tuh, terus LeYa membuat pilihan ais krim bar cempedak juga. Rasa dia memang sangat sedap juga. Memang ada rasa unik dan sukar sekali nak dapat di tempat lain. 

Pilihan Cempedak dan Musang King

 
Keenakan yang tiada bandingnya

Bila dah seronok makan tuh, mesti nak tahu pulak harga bagi setiap jenis ais krim ni kan. So, LeYa kongsikan sekali harga ais krim Fruiti King ni kepada korang semua. Bagi LeYa, ia sangatlah berpatutan. Cuba korang bayangkan kalau korang beli durian sebiji harganya dah berapa puluh kan. Jadi, berbaloi kan kiranya korang dapat luahkan perasaan nak makan Musang King tu dengan sebatang ais krim di sini. Tak perlu risau dah. Datang sahaja ke Sunway Pyramid dan nikmatilah seberapa banyak ais krim yang korang nak. 

BARS
CUPS
Musang King : RM 18.90
Musang King : RM 16.90
Durian : RM 11.90
Durian D24 : RM 10.90
Cempedak : RM 9.90
Cempedak / Mango / Sweet Corn : RM 8.90
POTONG PREMIUM
SCOOPS
Single
Double
Musang King : RM 9.90
Musang King
RM 13.90
RM 24.80
Durian D24 : RM 6.90
Durian D24
RM 9.90
RM 17.80
Cempedak / Mango /
Sweet Corn / Soursop
RM 5.90
Cempedak / Mango / Sweet Corn
RM 7.90
RM 13.80

Idea Penghasilan Ais Krim Berperisa Buah-Buahan Sebenar

Pengasas kepada Fruiti King iaitu Mr. Max mendapat idea dalam penghasilan ais krim berperisa buah-buahan tempatan secara asli 100% ini adalah bilamana beliau sendiri pernah mencuba sepotong ais krim di sebuah kedai kecil di Ipoh, Perak. Ais krim tersebut merupakan ais krim yang dibuat sendiri oleh pemilik kedai dan Mr. Max terus jatuh cinta terhadap rasa asli ais krim itu. Dari situlah tercetusnya bagaimana beliau menghasilkan beberapa perisa buah-buahan tempatan dalam bentuk ais krim.

Selain itu, beliau juga beranggapan yang negara kita Malaysia ini kaya dengan buah-buahan tempatan. Jadi, sangat sesuai kiranya, beliau memperkenalkan 3 perisa yang unik ini iaitu Musang King, D24 dan Cempedak agar tampak satu kelainan pada Fruiti King dan sekaligus berjaya mempromosikan Malaysia ke serata dunia dengan produk tempatan yang mempunyai rasa yang hebat dan unik.


Max juga berharap yang beliau dapat memperkembangkan lagi jenama ais krim Fruiti King ini ke 30 cawangan seluruh Malaysia sebelum penghujung 2018. Dan, beliau juga menanam harapan untuk membuka cawangan ke negara jiran seperti Singapore, Hong Kong dan China. Yang pasti, ia memang satu jenama ais krim tempatan yang perlu dibanggakan. LeYa sangat suka dan terbayang-bayang kelazatan rasa ais krim yang sebenar. 


Maklumat lanjut, boleh layari seperti di bawah:

Website

Facebook / Instagram
fruitiking
Reaksi kOrang:

4 comments:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com