Selasa, 7 Disember 2021

Nak Bercuti? Ibu Bapa Perlu Dapatkan Diffenz Junior Untuk Memberi Perlindungan Kepada Anak-Anak Musim Pandemik Ini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Cuti sekolah hampir bermula. Pasti Ibu Bapa sudah mula teruja mengatur jadual percutian dan sibuk memilih lokasi percutian untuk bawa anak-anak bagi memberi kepuasan kepada mereka sepanjang cuti persekolahan. Namun, dalam wabak pandemik Covid-19 yang masih ada ni, kita seharusnya peka dan berwaspada dalam menentukan setiap aktiviti yang dilakukan.

Apabila bercuti, tentunya anak-anak lebih memikirkan keseronokan. Jadi, selaku Ibu Bapa, kitalah yang kena ambil tahu dan kisah terhadap persekitaran dan kesihatan anak-anak. Fasa kanak-kanak sangat penting dan perlu diberi khusus oleh Ibu Bapa. Ini kerana apa sahaja yang diserap dan berlaku di sekeliling akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. 

Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka. Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka mengalami sistem imun yang lemah.

Doktor perubatan dan pakar formulasi, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri yakin tentang peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. 

Diffenz Junior merupakan inovasi terbaharu dalam membantu Ibu Bapa untuk memberi perlindungan terbaik kepada anak-anak musim pandemik ini.

Diffenz Junior dirumus secara saintifik yang menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Vitamin C dan Vitamin D. Gabungan bahan ini kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi yang mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

HARGA : RM60 SEBOTOL 

HARGA COMBO : RM100 2 BOTOL


Antara 5 Ramuan Yang Terdapat Dalam Diffenz Junior


1) Cendawan Susu Harimau

Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau ini kian mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema.
Cendawan ini didapati tumbuh di hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri yang menyukarkan pencariannya.
Diiktiraf sebagai Harta Karun Negara
Tempoh masa cendawan ini membesar memakan masa bertahun lamanya dan sangat ‘rare’ untuk diperolehi. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit!

Kebaikan:
- Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
- Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
- Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
- Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
- Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.

2) Multivitamin dan Mineral

Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,

- melengkapkan keperluan nutrisi
- menyokong penglihatan 
- merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 
- melindungi diri daripada jangkitan 
- membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
- membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf


3) Kolostrum

Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu

- meningkatkan sistem imun badan 
- melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 
- kesan anti-mikrob dan anti-virus
- melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 
- menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

4) Buah Camu-Camu (Myrciaria Dubia)

Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu,
Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan: 

- Menguatkan sistem imun
- Antioksidan dan anti-radang
- Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
- Menstabilkan tekanan darah tinggi
- Merangsang penghasilan kolagen
- Mengawal gula darah


5) Vitamin C dan Vitamin D

Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang terdedah kepada risiko tidak cukup Vitamin C disebabkan keperluan yang semakin meningkat dan pengambilan yang sangat kurang daripada sepatutnya. Kajian di Perancis pula mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan keperluan. 

Vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat anti-viral. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin C, ini boleh memberi manfaat kepada golongan yang berisiko terdedah kepada jangkitan. Walaupun vitamin C mudah didapati kerana terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi, khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.

Vitamin D juga penting untuk tumbesaran anak-anak terutamanya untuk fungsi tulang, kalsium dan metabolisma badan. Jika mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat vitamin D yang cukup. Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang. Bagaimanapun, untuk mendapatkan vitamin D tidaklah semudah yang disangkakan kerana kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar.

Maklumat lanjut boleh layari seperti yang tertera di bawah

Website

FB PAGE: Eskayvie Malaysia

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com