Jumaat, 8 Januari 2021

Tourism Selangor Lancar Baucar Pelancongan Negeri Selangor "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!"

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Haisshhh... Best nya kan bila dapat tahu ada Baucar untuk dimiliki. Hahaha... Korang nak tahu tak? Jom baca selanjutnya lagi kat bawah ni.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri meneruskan langkah proaktif ke arah merancakkan lagi industri pelancongan Negeri Selangor dengan pelaksanaan Kempen "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!"

Kempen ini mula diwar-warkan melalui platform media digital bermula pada 10 Jun yang lalu, susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Dari awal kita sedar, industri pelancongan merupakan antara yang paling terjejas ekoran impak dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sebahagian operator pelancongan perlu menutup operasi atau beroperasi tanpa keuntungan dan golongan yang bergantung pada industri pelancongan pula terjejas pendapatan, malah ada yang hilang mata pencarian.

Jadi, memahami situasi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pendahulu dalam pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 yang telah diumumkan oleh YAB. Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor pada 13 Julai lalu. Antara yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 adalah Pakej Bantuan Sektor Pelancongan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 2,600,000.00.

Pakej Bantuan Sektor Pelancongan ini turut merangkumi penerbitan subside "Baucar Pelancongan Negeri Selangor" dengan nilai peruntukan sebanyak RM 2,000,000.00.

Penggunaan baucar ini adalah dalam bentuk pengembalian mata nilai dompet elektronik dan baucar elektronik sebanyak RM200.00 seorang untuk penerima yang layak. Baucar ini hendaklah digunakan bagi pakej-pakej pelancongan terpilih yang akan melalui penyenaraian di aplikasi dompet elektronik Touch 'n Go e-Wallet dan aplikasi 'marketplace' Lazada Malaysia melalui capaian khas pautan sesawang mikro "Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!". Penebusan subsidi baucar pelancongan ini akan menembusi promosi jualan di kedua-dua landasan e-dagang tersebut bermula pada 8 hingga 31 Januari 2021 dengan tempoh sah laku bagi pakej yang telah dibeli sehingga 30 Jun 2021.

Pihak Tourism Selangor juga mensarankan kepada para pelancong untuk mengamalkan norma baharu yang menekankan SOPs (Standard Operating Procedures) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa melancong ke Negeri Selangor. 

Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor agar Kempen "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!" dapat memberikan impak yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan domestik Negara, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Tourism Selangor di Selangor.Travel atau di pautan


Rugi ni kalau lepaskan peluang macam ni. Jom cepat! Dapatkan Baucar Pelancongan Selangor sekarang.

10 ulasan:

  1. Orang bukan duk Selangor pun belum tebus ke Voucher ni? menarik ni. huhu. Nak wallet free? Jemput join GA saya http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya semua pun boleh. Nanti bolehlah guna gi jalan-jalan kat sana

      Padam
  2. aduh, temptingnya nak holiday tapi dgn kes yang makin meningkat takut bila tebus vocher, then terus PKP :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah tu kan.. Apa-apa pun kalau boleh nanti, #KitaJagaKita. Lepas tu rasa-rasa dah balik dari bercuti, duduk lah diam-diam dulu kat rumah, dah cukup 10-14 hari, baru jumpa orang sekeliling.

      Padam
  3. Rugi kalau tak grab peluang ni kan. Nak suruh suami akak tgk lah baucar ni.

    BalasPadam
  4. Rasanya extend lg x sbb tengah pkp ni lg kes naik.

    BalasPadam
  5. Qiss pun tak habis pusing Selangor ni. Tunggu covid reda dulu la

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com