Monday, 23 March 2020

Datuk Misbun Sidek Wujudkan Modul Kejurulatihan Badminton Untuk Membentuk Jaguh Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lagenda Badminton Negara, YBhg. Datuk Misbun Sidek ketika ditemui dalam Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung anjuran Bandar Baru Setia Awan Perdana, sebuah perbandaran mampu milik yang didirikan oleh Taraf Nusantara Sdn Bhd menyatakan hasrat untuk melahirkan lebih ramai lagi bintang sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei. Beliau juga mahu Malaysia mencari formula khusus supaya atlet badminton negara terus menempa nama di persada antarabangsa.

Datuk Misbun merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung

Melalui program pembangunan dan kejohanan badminton itu, Datuk Misbun yang juga baru dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah merangka satu siri modul latihan khas yang boleh digunapakai oleh semua jurulatih termasuk memberi latihan yang selaras kepada pasukan jurulatih negara.

Menurut beliau lagi, "Sudah tiba masanya untuk Malaysia mencari satu formula yang mana semua jurulatih badminton menggunakan modul latihan yang sama sehingga mampu melahirkan bintang dunia."

Ketika ditemui lagi, "Saya sudah menyediakan satu siri modul latihan yang telah diguna pakai selama ini hingga mampu melahirkan jaguh seperti Datuk Lee Chong Wei dan pemain lain yang mengharumkan nama negara di persada dunia," katanya.

Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung

Perasmian Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung

Antara lagak peserta ketika bermain di Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung

Datuk Misbun berkata lagi, "Saya tidak akan berada di sini selama-lamanya, tetapi modul yang saya sediakan ini boleh digunakan oleh jurulatih lain. Walaupun sampai masa saya tiada lagi, sekurang-kurangnya sumbangan saya ini boleh terus memastikan sukan badminton negara terus mendapat perhatian peminat sukan global."

Dalam pada itu, Dewan Badminton Misbun Sidek yang serba moden terletak di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sri Manjung diyakini dapat menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan individu berbakat selepas disiapkan sepenuhnya pada tahun depan.

Datuk Misbun bersama para peserta Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung

Sebagai individu yang mengawal badminton negara, Datuk Misbun amat menghargai inisiatif pemaju menggunakan namanya untuk dewan badminton dan berharap boleh memberikan sumbangan tenaga dan ilmu kepada anak-anak muda di bandar itu melalui latihan dan juga klinik badminton.

Pemain cilik yang dipilih untuk Latihan di bawah Nusa Mahsuri

Keputusan itu membolehkan Malaysia terus menghantar pemain negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa supaya kedudukan negara kekal di tangga tertinggi melalui Datuk Lee Chong Wei, Rashid Sidek dan Roslin Hashim.

Justeru, beliau percaya dengan penganjuran kejohanan badminton terutama Kejohanan Terbuka Manjung ini merupakan program pencarian bakat yang sedang digilap dan akan dilaksanakan khususnya di daerah itu bakal mewarnai industri sukan badminton negara.


Ini merupakan pasukan negara pada masa hadapan. Inisiatif murni BBSAP dalam membina Dewan Badminton Misbun Sidek yang mempunyai enam gelanggang itu berpotensi menggilap bakat pemain pelapis sekaligus boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Terima kasih diucapkan pada BBSAPMedia dan IntelectAsia yang telah membawa LeYa untuk bersama merebut peluang bertemu Lagenda Badminton Negara, YBhg. Datuk Misbun Sidek. Diharapkan agar Datuk Misbun terus mengorak langkah memajukan lagi industri badminton dengan lebih cemerlang.

Artikel Lain Mengenai BBSAPMedia:


12 comments:

  1. semoga usaha ni dapat lahirkan lebih ramai jaguh negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... Mudah-mudahan.. Sama-samalah juga kita membantu menaikkan lagi martabat sukan badminton Malaysia ke persada dunia dengan lebih cemerlang lagi

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah... Rezeki dapat bertemu lagenda badminton negara

      Delete
    2. Alhamdulillah. I'm so happy for you

      Delete
    3. Ya... Me so happy because you always visit my blog

      Delete
  3. Assalammualaikum

    salah satu usaha yang bagus. semoga dapat melahirkan lagi ramai pemain badminton Malaysia yang berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn.. Ye.. Kita doa je lah yang terbaik

      Delete
  4. Dekat Manjung. Harap ramai pemain professional lepas ni ye. Harumkan nama negara

    ReplyDelete
  5. dah semakin berusia hero2 negara kita satu masa dulu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. Sebab tu dalam proses mencari pelapis yang boleh mengharumkan kembali nama negara ke mata dunia

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com