Monday, 30 March 2020

Minum Air Suam Boleh Bunuh Virus COVID-19? Ini Jawapan Pakar!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita sedar dan tahu hari ini di Malaysia, lebih daripada 2,000 kes dan 35 kematian telah dicatatkan sehingga tarikh 29 Mac 2020 akibat wabak COVID-19. Angka ini mungkin akan meningkat sekiranya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berdegil dan tidak mahu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, penularan virus korona ini juga boleh menjadi berleluasa sekiranya orang ramai masih percaya akan pelbagai mitos mengarut mengenai wabak COVID-19 yang tersebar di Internet kini! Terbaharu, tular satu mitos di media sosial dan media massa yang mengatakan minum air suam boleh bunuh virus COVID-19 dalam tubuh badan kita. Adakah ia berkesan atau mengarut?


Minum air panas boleh bunuh virus COVID-19?

Baru-baru ini telah timbul satu isu di mana pengambilan air suam sangat penting membunuh virus korona baharu di dalam tubuh badan kita. Kepercayaan ini mungkin timbul daripada satu pesanan bergambar yang viral di Twitter. 

Dalam pesanan itu dikatakan bahawa kita boleh melakukan diagnosis sendiri di rumah dengan cara menahan nafas selama 10 saat, Jika berjaya melakukannya tanpa kesukaran, itu bermakna kita tidak dijangkiti wabak COVID-19 ini.

Selain itu, ia turut mengatakan kita perlu memastikan mulut dan tekak kita sentiasa berada dalam keadaan basah. Oleh itu, disarankan untuk minum air suam sekali setiap 15 minit. Alasannya mudah, virus ini dapat "dicuci" dan akan jatuh ke dalam perut. Seterusnya, virus dipercayai boleh "dibunuh" dengan kehadiran asid hiklorik yang terhasil secara semula jadi di dalam perut.

Korang boleh cuba hayati perkongsian mesej bergambar di bawah ini:


Ia adalah satu mitos yang sangat mengarut!

Mitos ini telah mendapat perhatian dari pakar perubatan tanah air kita, Dr Amalina Bakri yang berpangkalan di UK yang telah merungkai setiap mitos perubatan yang timbul. 

Menurut beliau, ia bukanlah satu rekomendasi pakar perubatan dan tidak ada bukti di sebalik kenyataan ini. Selain itu, beliau turut berpesan agar kita semua hanya mengikuti pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahaja.

Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di kaca televisyen nasional, tips ini adalah mitos semata-mata. Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan etika batuk dan bersin, duduk rumah serta amalkan jarak sosial 1 meter,” jelas beliau lagi.


Kemudian, Dr Imelda Balchin yang merupakan seorang pakar puan turut menafikan dengan sekeras-kerasnya akan keberkesanan mitos minum air suam ini mampu membunuh virus COVID-19.

Menurut beliau, tiada bukti yang mengatakan jika menelan virus ini dari kerongkong ke dalam perut boleh membunuhnya. Ini kerana ia berada di dalam sel kerongkong dan hidup di dalam sel. Jadi, bagaimana pula ia boleh bergerak ke tempat lain melalui air suam?

Sebaliknya, beliau menyarankan agar mereka yang mengesyaki dirinya terjangkiti virus ini untuk segera mendapatkan rawatan doktor serta mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan ia menjangkiti individu lain.

Jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19!


Selain dari minum air suam, kita juga turut dihebahkan dengan mitos di mana air beralkohol yjuga boleh membunuh virus korona baharu sperti dilaporkan di Iran.

Menurut pakar perubatan tempatan, Dr Lee Boon Chye, tiada pengambilan cecair sama ada air suam, alkohol atau lain-lain yang boleh dijadikan cara berkesan untuk merawat atau mencegah virus COVID-19.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya basuh tangan, elakkan daripada menyentuh muka, duduk di rumah dan guna topeng muka jika berada di tempat awam selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah sepanjang tempoh ini.

Dalam erti kata yang lebih mudah, orang awam diminta untuk jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19 dan membuat usul periksa dengan pakar terlebih dahulu.

Apa yang lebih penting adalah kita perlu sama-sama melawan pandemik yang melanda dunia ketika ini dengan kekal berada di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

Akhir kata, bersamalah kita menjayakan aspirasi kerajaan untuk membendung penularan virus korona baharu ini dengan #stayathome.

Sumber | HelloDoktor
Reaksi kOrang:

20 comments:

  1. Aishhh banyak dah kita baca pasal ni, sampai berdebat-debat kat twitter tu, kalaulah benar, senanglah penawarnya kann, minum je air suam bergelen-gelen hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tiadalah peningkatan kes lagi kan kalau macam tu...

      Delete
  2. yang penting, sentiasa basuh tangan kan...dan jaga jarak dengan orang lain..
    mitos-mitos dan tips 'homemade' gini memang kita tak amek port sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul... #StayAtHome dan Jangan keluar sesuka hati..

      Delete
  3. Thanks for your informative article 😊#stayathome #stayhealty

    ReplyDelete
  4. paling senang, ikutlah nasihat dari sumber yang boleh dipercayai kan.. KKM dan WHO ...

    ReplyDelete
  5. thanks kak leya for this sharing. sekarang memang mudah orang nak percaya mitos ni. stay safe kak ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2020/03/5-tips-kukuhkan-kewangan-buat-fresh-graduate.html

    ReplyDelete
  6. Semoga kita sentiasa dilindungi dari wabak ini dan mudah2an keadaan dpt segera pulih spt biasa... aamiin. Thanks sharing info ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu abg khir. Semoga segalanya seerti sedia kala kan

      Delete
  7. ermm ada juga dgr org share psl ni, tp bykkan minum air suam supaya xcpt lapar boleh jadi kan..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Air suam memang baik untuk kesihatan

      Delete
  8. artikel yang bagus.. tq untuk perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama..ilmu yg dapat dikongsi bersama

      Delete
  9. Mmg kita digalakkan minum air suam.. tp bila covid ni, mcm2 pulak fakta yang auta keluar.. apa2 pun baca dr sumber yg sah especially dr KKM..

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com