Selasa, 23 April 2019

Program Ummah Cinta Quran Menyemarakkan Lagi Bulan Mulia, Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menjelang Ramadhan al-Mubarak yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, LeYa berkesempatan menghadiri satu program Pelancaran Ummah Cinta Quran yang bertempat di Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur. Program "Ummah Cinta Quran" bertepatan dengan kedatangan bulan yang mulia ini dan menggalakkan lebih ramai untuk mengimarahkan lagi program ini agar sama-sama menghayati al-Quran.


Tujuan utama program "Ummah Cinta Quran" ini diterajui oleh dua individu iaitu Puan Sofia Aliza Mohd Isa (pengasas Daily Quran), Saudara Razalif Mohamad Zain (Metamorphosis Skills Sdn Bhd) dan Azmi Jaffri dari SWA TV sebagai rakan media mereka. Program ini tidak meminta sumbangan orang ramai atau korporat kerana kos penganjuran program ditanggung oleh Metamorphosis Skills Sdn Bhd sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya kepada masyarakat.


Program ini turut bekerjasama dengan Fahd Agensi, penerbit dan pencetak Quran Waqaf. Agensi ini menyumbang Quran Waqaf beserta terjemahan sebanyak 1,500 buah naskhah dan 530 buah lagi dinaskhahkan oleh agensi-agensi seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, Istana Budaya, Jabatan Muzium Negara, Kelab-Kelab dari agensi kerajaan/swasta, selebriti dan ramai lagi.




Pengisian Program Ummah Cinta Quran sepanjang Ramadhan
  1. Pengedaran dan Penyampaian Quran Waqaf sebanyak 2,000 naskhah kepada lebih kurang 100 buah masjid/surau/madrasah di seluruh negara yang akan bermula pada 23 April 2019 dan berakhir pada 3 Mei 2019.
  2. Pengedaran dan Penyampaian Quran Waqaf sebanyak 30 naskhah kepada 1 buah masjid dan 2 buah surau di Seoul, Korea pada 7 hingga 10 Mei 2019.
  3. Penyampaian Sumbangan Bantuan Makanan kepada golongan fakir miskin dan asnaf yang ditaja sepenuhnya oleh Metamorphosis Skills Sdn Bhd sepanjang jelajah penyerahan Quran Waqaf ini.
  4. Saudara Razalif Zain juga menganjurkan Tadarus bersama sahabat / Ummah Cinta Quran di masjid-masjid yang dinyatakan di atas sepanjang bulan Ramadhan. Beliau juga akan menyumbang makanan untuk bersahur kepada golongan asnaf dan fakir miskin sepanjang Ramadhan nanti.
  5. Program Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di sebuah hotel terkemuka yang akan dihadiri oleh salah seorang Imam Besar Masjidil Haram, Mekah pada 25 Mei 2019.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

Sofia
011 - 3254 6474

Razimi
017 - 434 4197

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com