Friday, 26 April 2019

4 Sebab Anda Perlu Berbelanja Di Segi Fresh Market

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pernah tak korang terfikir bahawa masih wujud sebuah pasaraya yang menjual pelbagai keperluan seharian bagi melengkapi kehidupan kita dan yang paling penting halal. Tanpa ada rasa keraguan lagi, apa kata jom ikut LeYa. Sebab, LeYa nak memperkenalkan kat korang pasaraya Segi Fresh Market yang pasti buat korang tergila-gila membeli barangan basah kat sini. Sangat murah dan berbaloi!


Hujung minggu hari tuh, LeYa ada jugalah ajak Mr. Otomen Taro pergi beli barang dapur. Kan dah nak Ramadhan ni. Jadi, nak lah cari stok buat bekalan sahur dan berbuka puasa nanti. Sedang asyik ronda-ronda dalam kereta tu, kami terpandang satu papan tanda besar mengenai Segi Fresh Market ni. Actually, memang pertama kali lah sampai dan singgah bershopping kat sini. Memang jadi gila sekejap tengok harga-harga yang ditawarkan. 

Oh Ye! Lupa nak cakap dengan korang kan. Hari tuh LeYa ke cawangan Segi Fresh Market ni di  kawasan berhampiran rumah jer iaitu di Balakong, Seri Kembangan. Kalau tak silap LeYa, dah banyak juga cawangan Segi Fresh ni bertakhta di kawasan pelusuk Malaysia ni. Cuma LeYa je yang baru tahu. Hahaha... Jom kita usha sikit kat mana cawangan yang berdekatan dengan tempat korang boleh singgah nanti.
  • Selayang
  • Cheras
  • Subang
  • Telok Panglima Garang
  • Ampang
  • Kayu Ara, PJ
  • Pudu
  • Batu Caves
  • Bukit Beruntung
  • Saujana Utama
  • Jalan Kebun, Shah Alam
  • Kuala Selangor
  • Sungai Udang, Klang
  • Taman Bukit Coral (SIKAMAT)
  • Puchong Denai
  • Slim River
  • Meru
  • Bandar Tasik Puteri
  • Tanjung Malim
  • Nilai (Bandar Enstek), N.Sembilan
  • Semenyih
  • Batu Berendam, Melaka
  • Sungai Besar
  • Batang Kali
  • Banting
  • Kuala Kangsar, Perak
  • Tanjong Karang
  • Bestari Berjaya
  • Alor Gajah, Melaka
  • Gombak
  • Taman Mas Puchong
  • Teluk Intan (Coming Soon)
  • Pandamaran (Coming Soon)
Wah!! Banyak betul rupanya cawangan Segi Fresh Market dah ada kat Malaysia ni. Kenapalah selama ni tak tahu? Hehehe... Apa yang pasti, kewujudan pasaraya ini dah pun diketahui ramai. Ok... Jom tengok apa yang menarik di dalamnya yang dah buat LeYa jatuh hati untuk terus membeli-belah barangan keperluan kat sini.



4 Sebab Kenapa Anda Perlu Berbelanja Di Segi Fresh Market

1. Harga Murah dan Mampu Milik

Masuk sahaja ke gudang pasaraya ni dan terus ke bahagian barangan dapur, korang pasti teruja melihat bahan-bahannya yang segar dan murah. Mana tidaknya, sekilo untuk ikan Salmon korang boleh dapatkan dengan hanya RM39.90. Hari tuh LeYa belilah juga dalam dua kelar. Apa yang korang rasa? Harganya hanya RM17 je uolls. Wow!!! Murah kan. Dah lama juga LeYa teringin nak menikmati menu salmon sendiri.


2. 100% Barangan Halal

Bukan setakat murah. Malah sememangnya korang akan dapati kesemua barangan di sini 100% barangan Halal. Jadi, tak perlu lagi risau tentang bahagian makanan yang tidak halal.



3. Makanan Segar dan Kelihatan Baru

Ini part yang paling best bila nak memilih ikan, sotong, udang atau daging. Semestinyalah kita akan memilih yang segar dan sihat. Jadi, kat Segi Fresh Market ni, korang tak perlu risau sebab kesemua barangan basah yang ada memang segar dan bersih. 



4. Parking Percuma

Bila korang datang dan membeli-belah kat sini, bukan sahaja dapat tawaran harga murah, malah parking kenderaan pun percuma. Alahai... bestnya lah kan. Memang betul-betul dapat menjimatkan perbelanjaan harian. 


Manalah orang ramai tak jatuh hati. Terdapat pelbagai kelebihan yang menarik boleh dapat ketika membeli-belah barangan dapur. Paling penting sekali, sudah tentunya harga runtuh yang ditawarkan. Memang murah sangat-sangat dan rasanya LeYa dan Otomen borong makanan laut cukup banyak sehingga penuh stok dalam peti ais.Hehehe...




Daripada pengamatan LeYa, rasanya memang cukup berpuas hati dengan harga murah yang ditawarkan bersama kepelbagaian barangan keperluan harian yang kita gunakan. Dengan pelbagai promosi harian yang menarik ini, semestinya Segi Fresh Market menjadi pilihan membeli terutamanya barangan basah sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah LeYa dan Otomen Taro.


Bagi korang yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Segi Fresh Market, boleh layari sendiri laman sesawang yang disediakan. "Pilihan Tepat, Jimat Belanja Harian Anda!"

Website

Facebook

Instagram



Singgah Shopping Di Segi Fresh Market Sekarang!!! 
Memang Murah dan Berbaloi-baloi...

Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. Dekat area rumah ada Segi, memang murah & fresh barang dia.

    https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Seronok betul dapat bershopping kat Segi Fresh ni..

      Delete
  2. Bestnyaaa...fav akak ni pi Segi Fresh..sygnya takde kat Seremban..kalau ada kan best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan3x... Leya pun dah tersuka dengan sengajanya.. Sebab barang-barang dia murah dah fresh

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com