Monday, 29 April 2019

Travelogue Batam Day 2 : Jelajah dan Rasai Keindahan 4 Lokasi Di Pulau Bintan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Tepat jam 6.00 pagi waktu tempatan kami dah bergerak menuju ke Pelabuhan Telaga Punggor untuk menaiki Kapal Roro yang terawal kira-kira jam 9.00 pagi menuju ke Pelabuhan Tanjung Uban. Perjalanan nak ke Pelabuhan Tanjung Uban ni ada dua kaedah. Satu, korang boleh menaiki Kapal Roro yang boleh memuatkan kenderaan dan penumpang dan akan sampai kira-kira 1 jam di pelabuhan. Cara kedua, kalau korang nak cepat dan mudah, boleh menaiki Speed Boat yang hanya mengambil masa 15 minit sahaja sampai di pelabuhan. Harga tiket pun taklah mahal. Kira-kira dalam 19,700 rupiah bersamaan RM5 - RM6. 


Sambil-sambil menunggu kapal berlabuh tuh, kami apa lagi. Bergambar santai di ruang kapal dan melayan pemandangan indah yang berada di sekeliling pulau itu.



Setibanya kami di Pelabuhan Tanjung Uban, kami sudah pun disediakan dengan sebuah bas untuk dibawa meneroka Pulau Bintan. Wahhh... Tak sabarnya nak eksplorasi tempat orang ni kan. So...apa tunggu lagi? Jom kita jalan-jalan dan lihat apa yang menarik kat sini.


Gurun Pasir Busung, Bintan dan Telaga Biru

Lokasi pertama yang LeYa dan rakan-rakan singgah ialah Gurun Pasir Bintan & Telaga Biru. Jarak nak ke lokasi ni dari pelabuhan agak jauh sedikit, tapi bila dah sampai korang akan hilang segala penat bila tengok keindahan yang ada di tempat ini. Lagi-lagi spot bergambar untuk disemadikan dalam media sosial sangat menarik dan memukau. Jom! Tengok LeYa dan Otomen berpost-wedding kat sini jap. Hehehe...


Telaga Biru yang cantik




Look! Best kan! Tak payah nak pergi jauh-jauh pun. Kat negara jiran kita pun ada. Memang cantik dan mempesonakan. Tapi awas! Korang kena lah tahan terik mentari sikit. Sebab? Lagi panas, lagi cantik gambar korang nanti. Hee...


Gurun Pasir Bintan
Jl. Raya Busung, Busung, Seri Kuala Lobam, 
Kabupaten Bintan, 
Kepulauan Riau 29152, Indonesia

Pusat Pemancingan Poyotomo, Kaki Gunung Bintan

Selesai 1 jam kami di Gurun Pasir Bintan, kami terus bergerak pula ke lokasi kedua iaitu Pusat Pemancingan Poyotomo, yang berada di Kaki Gunung Bintan. Guys.... Kat sini pun cantik sangat. LeYa betul-betul dah jatuh hati dengan keindahan yang ada di Pulau Bintan ni. Semua gambar-gambar yang diambil semuanya sangat cantik. 

Pusat Pemancingan Poyotomo ini merupakan pusat rekreasi dan aktiviti memancing dan berkhemah kepada pengunjung yang ingin beristirehat di sini. Actually, Mr. Otomen Taro yang kaki pancing dah geram tengok pemancing-pemancing membaling joran mereka ke dalam tasik. Nak lepas gian tapi tiada kelengkapan pula. Jadi, tengok sahajalah pemancing-pemancing membaling joran dengan penuh bergaya. Hehehe.... 

Tempat ni memang luas, bersih dan cantik. Suka sangat. Ruang solat juga ada disediakan. Cumanya kena bergilir-gilir dengan lelaki disebabkan tempat solatnya adalah sama.





Pusat Rekreasi Pemancingan Poyotomo
Desa Bintan Buyu, Teluk Bintan, Bintan Buyu, 
Tlk. Bintan, Kabupaten Bintan, 
Kepulauan Riau 29133, Indonesia

Madu Tiga Beach & Resort

Selesai makan tengah hari dan solat di Pusat Rekreasi Pemancingan Poyotomo, kami bergerak lagi menuju ke satu lagi destinasi yang akan lebih memukau pandangan. Benar! Apa yang dikatakan pemandu pelancongan kami, Ibu Windy, lokasinya cukup indah. Alahai... Cantik-cantik sekali tempat yang dibawa. Memang kalau memori kamera penuh ni, sangatlah rugi taw korang. 

Lokasi ketiga ini kami dibawa ke Pantai Madu Tiga Beach & Resort. Dari pemerhatian LeYa tentang resort ni, kebanyakan pondok-pondok dan tempat penginapannya diambil nama dari filem-filem Arwahyarham Tan Sri P. Ramlee. Rasanya pemilik sangat meminati filem penuh lagenda itu. Sebab itu beliau meletakkan nama dari filem-filem arwah. Yang menariknya, tempat ini sangatlah romantik kalau berbulau madu bagi pasangan pengantin baru tu ye. So... Apa lagi? Save the date untuk ke sini lah... Okay... Jom layan dulu momen-momen indah LeYa ketika berada di sini dulu.







Madu Tiga Beach & Resort
Pantai Trikora No.Desa, Malang Rapat, 
Gn. Kijang, Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia

Desa Wisata Ekang

Perjalanan diteruskan lagi ke Desa Wisata Ekang. Satu lagi lokasi penginapan buat korang jika ingin bermalam di sekitar Pulau Bintan ini. Ia benar-benar berada di kawasan pedalaman tetapi bagi korang yang ingin rehat dari hiruk-pikuk kotaraya, lokasi ini sangatlah sesuai. Korang bolehlah bermalam di D' Bamboo Kamp yang ada di sini.

Ini merupakan persinggahan terakhir kami sebelum bergerak balik ke Pelabuhan Tanjung Uban. Kat sini, korang yang berminat dengan aktiviti seperti berkuda, berbasikal, swimming pool, memancing dan juga urutan spa juga ada disediakan. Pendek kata, dah jalan-jalan jauh dan masuk sehingga ke pedalaman ni, korang pasti puas hati dengan semua kemudahan yang disediakan. 







Desa Wisata Ekang
D' Bamboo Kamp
Ekang Anculai, Teluk Sebong,
Bintan Regency, Riau Islands, 29151

Okay... Korang puas tak cuci mata dengan koleksi-koleksi gambar yang LeYa kongsikan. Kalau nak lagi, tunggu next entry ye. Sebab LeYa nak bergerak balik ke Pulau Batam dulu. Kami dikehendaki sampai ke Pelabuhan Tanjung Uban kira-kira jam 4.30 petang sebab tepat pukul 5.00 petang feri akan bergerak menuju ke Pelabuhan Telaga Punggor. 

Dalam perjalanan balik tu sempat juga lah LeYa layan keindahan Sunset dari atas kapal.


Setibanya kami di Pelabuhan Telaga Punggor, kami dibawa ke Matahari MegaMall, Batam untuk menyaksikan persembahan tarian tradisional masyarakat Indonesia di situ.




So... Korang dah ada lokasi pilihan nak bercuti dengan orang tersayang tahun ni lepas dah tengok destinasi-destinasi menarik kat atas tuh. Kalau korang berminat nak datang ke sini, meh LeYa memudahkan lagi korang untuk terus menghubungi travel agency yang dipercayai yang dah bawa kami ni.

Facebook

Instagram

Thanks Mr. Alfie Damian atas picture cantik ni

Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. Rindu nak pegi batam lagi. Hehe..kelakar kat buaian tu. Otomen ringan sangat macam nak terbang 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kan... Yang sebelah tu overweight.. Tak bergerak... Kihkihkih.. Lawak

      Delete
  2. Lawanya view dekat Gurun Pasir tu dengan pantai pulau nya..😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat kak... Kitorang yang dah balik ni pun tak boleh move on lagi.. Hehe..

      Delete
  3. Replies
    1. Hehe... Memang sangat seronok bila dapat jalan-jalan ni. Lagi-lagi org tersayang ada sekali. Best

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com