Tuesday, 30 April 2019

Raya Rasa Sayang Bersama Kismis California

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang kita tahu kismis merupakan makanan snek sihat yang sangat digemari oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Kismis yang dikeringkan di bawah sinaran matahari California mempunyai rasa manis semula jadi dan mengandungi banyak khasiat kebaikan. Sesungguhnya buah kering yang kecil ini kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat dan boleh digunakan untuk mencipta pelbagai sajian makanan yang lazat.


Ramadhan menjelang tiba. Pastinya Raya muncul jua. Satu pertubuhan Jawatankuasa Pentadbiran Kismis atau Raisin Administrative Committee (RAC) telah mempersembahkan keistimewaan Kismis California kepada 24 orang tokoh media sosial Malaysia di Berjaya University College of Hospitality dengan memperlihatkan peranan kismis yang lazat dan berkhasiat untuk Hari Raya.

Jadi, pada hari itu kami semua pengamal media sosial perlu melaksanakan cabaran satu jam mencipta resipi menggunakan Kismis California di Hari Lebaran yang mencerminkan semangat Kasih Sayang, Kemaafan, Penghormatan, Penghargaan, Keredaan, Kesyukuran, Kerahmatan, Keakraban, Kebaikan dan  Saling Menghormati. Kesemua dari kami dibahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang. Dengan bertemakan "Raya Rasa Sayang", ia bertujuan membangkitkan suasana manis mesra menerusi makanan yang dihidang sempena musim perayaan Aidilfitri.



Team Women Aspire dalam Masak-Masak Bersama "Raya Rasa Sayang" Kismis California

Sepakat membawa berkat. LeYa dan dua lagi rakan, Kak Halimah dan Kak Hanny berada dalam satu kumpulan yang digelar dengan nama "Women Aspire". Kami dah pun bersepakat untuk membuat menu Nasi Beriani Raisins Sweet Memory. Resepi ni adalah hasil tangan orang lama atau senang citer Otai Masih Berbisa dari Kak Halimah. Ramai memuji kesedapannya walaupun tak berpihak untuk menang pertandingan ni. Yang penting happy dan sedap dapat jamu hidangan kepada chef dan para tetamu yang lain. 


"Dup...Dap...Dup...Dap..." Berdegup juga jantung ni nak buat dekorasi yang paling terbaik untuk dihidangkan. Alahai... Selalu kat rumah, main masak-masak, simple jer. Dah masuk dalam perut Mr. Otomen, terus kekenyangan beliau. Hehehe.... Kali ini, kenalah buat presentation yang paling cun sikit kan.



"Tolong potong-potong, susun-susun sikit." Yang main chefnya ialah Kak Halimah. Nasi Beriani Raisins Sweet Memory ini dihidangkan bersama Raita iaitu sayuran yogurts yang selalunya ada dalam menu masakan Arab. Kombinasi yang cukup berkhasiat dengan nasi Berianinya diadun bersama ayam dan kismis California. (Resipi lanjut boleh tanya Kak Halimah ye..Hehe...)

Nasi Beriani Raisins Sweet Memory dari kumpulan Women Aspire

Menu-menu yang dihidangkan oleh rakan-rakan dari lapan kumpulan yang lain

Rakan lain yang turut bertungkus-lumus menyiapkan hidangan

Tidak ketinggalan juga rakan-rakan dari kumpulan lain yang turut bertungkus lumus menyiapkan hidangan masing-masing. Kesemua hidangan turut disertakan bersama Kismis California yang lazat dan berkhasiat.


Raya Rasa Sayang Dengan Kismis California

Raya adalah masa untuk bersama keluarga dan juga masa untuk menyediakan sajian makanan yang lazat tetapi tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyediakannya. Jadi, Chef terkenal, Chef Ili Sulaiman turut menunjukkan masakan "Beriani Ayam Kismis California" dan "Roti Sosej Masala Kismis California" dengan menggunakan Kismis California. Dengan rasanya yang lazat dan digemari seluruh keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai, Chef pasti menyediakan hidangan ini setiap kali menjelang raya Aidilfitri. 

Selain itu, Kismis California bukan sahaja boleh menambah kelazatan sajian makanan, tetapi juga boleh menjadi sumber pemakanan yang sesuai untuk menambah khasiat dalam keadaan semasa yang menimbulkan banyak isu kesihatan seperti diabetes.


Tibalah masanya kami berdebar jantung untuk menghidangkan masakan kami kepada para juri. Bukan setakat itu sahaja, kami dikehendaki menerangkan serba sedikit menu yang dimasak dan juga menghidangkannya dengan penuh tertib kepada juri-juri. 




Selesai sudah sesi cabaran menghasilkan menu menggunakan Kismis California. Memang LeYa rasakan ia satu pengalaman manis dan seronok dapat menyertainya. Ketika menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan, ketika itu jugalah pemenang diumumkan. Walaupun menu masakan dari Team Women Aspire tidak berjaya bertakhta di hati para juri tetapi kami tetap seronok dan rasa teruja ingin turut serta sekali lagi pada masa akan datang.


Sebelum terlupa, meh LeYa bagi Apa Kelebihan Kismis California ni.
  • Semula jadi sepenuhnya
  • Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dna kolesterol serta rendah natrium (garam) secara semula jadi
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat
  • Sumber nutrien
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi

LeYa mengakhiri ceritera kali ini dengan ucapan Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Untuk maklumat lanjut tentang resipi Kismis California, boleh kunjungi

Website

Facebook


Reaksi kOrang:

10 comments:

  1. What a nice day 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome dear.... Yeah! Feeling Hari Raya while next week is Ramadhan... Hehe..

      Delete
  2. Bestnyaaaa main masak2. Ni lah masa utk memasing tunjuk skill dapur mereka sendiri kan. Tahniah buat yg berjaya dan tahniah buat team leya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Ana.. Aah..memang best main masak-masak dengan kawan-kawan ni.. Hehe..

      Delete
  3. sangat best !!! sebab main masak2 dengan akwan2. kalau ada lagi event macam nie nak join lah. kita mmg suka masak2 pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Pastu best rezeki Zharif.. Memang pulak kan.. Tahniah. Memang best sangat..

      Delete
  4. Menariknya! Dulu-dulu makan kismis masa musim exam je. orang tua kata nak bagi bijak makan kismis. Kismis ni muda ke tua semua suka. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x... Kismis memang sangat sedap dan banyak berkhasiat. LeYa pun sukakannya

      Delete
  5. terbaek. nampak sedap :)

    ReplyDelete
  6. Dah lama kak xmsk pertandingan memasak,enjoy betul walaupun team kita xmng..berbaloi masuk sbb dpt bertemu dgn geng2 blogger yg hebat memasak.Tahniah yg menang.

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com