Selasa, 13 Mac 2018

Anugerah Pelancongan Malaysia Kali Ke-20

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia, Malaysia Tourism Council dan cawangan-cawangan pelancongan di Malaysia telah mengumumkan pemenang bagi Anugerah Pelancongan Malaysia untuk tahun 2016/2017 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 28 Februari 2018. Memperkasakan industri pelancongan Malaysia ke serata dunia telah memberikan satu pengalaman bermakna kepada penerima-penerima anugerah dalam aspirasi mencapai kecemerlangan itu.


Anugerah Pelancongan Malaysia ini telah mempertaruhkan 52 kategori yang terdiri daripada Anugerah Homestay Terbaik, Anugerah Spa Terbaik, Anugerah Hotel Terbaik, Anugerah Penulis Terbaik, Anugerah Restoran Terbaik dan banyak lagi. Terdapat juga 4 anugerah khas di mana ia akan dimiliki oleh dua individu dan dua organisasi yang dipilih sendiri oleh Perdana Menteri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk menghargai jasa dan usaha mereka dalam industri pelancongan. 


Menurut Dato’ Seri Mohamed Nazri, “Sokongan dan komitmen yang diberikan oleh para penggiat industri di Malaysia dan rakan-rakan kongsi kami di luar negara telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan profil pelancongan Malaysia. Anugerah Pelancongan Malaysia 2016/2017 ini merupakan tanda penghargaan kami kepada mereka.”

Dianjurkan setiap dua tahun sekali, Anugerah Pelancongan Malaysia yang berprestij ini merupakan edisi yang ke-20. Anugerah ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada para penggiat industri pelancongan tempatan dan antarabangsa atas kecemerlangan mereka dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang inovatif. Ia juga bertindak sebagai insentif bagi para peserta untuk berusaha dengan lebih keras lagi untuk mencapai tahap profesional dan kualiti yang tertinggi dalam pembangunan produk dan perkhidmatan.




Pencalonan ini telah dibuka sejak 7 September sehingga 15 Oktober 2017. Borang rasmi Anugerah Pelancongan Malaysia boleh didapati dari pejabat-pejabat Tourism Malaysia dan 17 Pusat Pelancongan Malaysia (ITC) di seluruh negara. Borang pencalonan tersebut juga boleh dimuat turun dari laman web rasmi di www.motac.gov.my dan www.tourism.gov.my

Sebanyak 665 pencalonan telah diterima. Penghantaran pencalonan ini dibuat berdasarkan pencalonan untuk diri sendiri, dicalonkan oleh para penggiat industri pelancongan atau orang awam.



 
Sebanyak dua kategori baru telah diperkenalkan untuk edisi ke-20 Anugerah Pelancongan Malaysia ini iaitu “Pusat Hiburan Terbaik” dan “Syarikat Penerbangan Terbaik”. Anugerah-anugerah ini ialah sebagai pengiktirafan kepada usaha sektor swasta atas pencapaian objektif bagi NKEA Pelancongan untuk mewujudkan “Zon Hiburan Khas” dan mempertingkatkan kesalinghubungan bagi pasaran-pasaran jarak sederhana demi memanfaatkan pasaran yang menghasilkan pendapatan yang tinggi. 

Berikut merupakan senarai pemenang pada malam Anugerah Pelancongan Malaysia 2016/2017:-

Best Tourism Article

1. Printed Publication
Local Publication "Ini Di KL Lah…" - Suliati Asri
International Publication "Multiculti Maleisie" - KLM Flying Dutchman

2. Online
Local "Saving Borneo's Wildlife : Sabah's Top Animal Centres" - Ramble And Wander
International "The Hidden Maldives Of Malaysia : Mataking Island" - Tripzilla

Best Travel Documentary and Television Commercial on Malaysia

1. Documentary You, Me Malaysia - Discovery Networks Asia Pacific
2. TV Commercial Tahun Melawat Pahang 2017 - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

Best Local Tour Operator

1. Inbound Tour Operator HTC Travel Services (M) Sdn Bhd
2. Domestic Tour Operator Perhentian Setia Travel & Tours Sdn Bhd

Best Homestay
Homestay Kg. Teluk Ketapang
Homestay Labu Kubong

Best Spa
1. Hotel/Resort Tanjong Jara Resort Spa Village
2. Individual Premise Banyan Beauty Sdn. Bhd.

Best Shopping Centre
1. Integrated Shopping Centre Sunway Putra Mall
2. Stand-Alone Shopping Centre Komtar JBCC

Best Hotel Services
1. 5-Star (City) The St. Regis Kuala Lumpur
2. 5-Star (Resort) The St. Regis Langkawi
3. 4-Star (City) The Settlement Hotel
4. 4-Star (Resort) Laguna Redang Island Resort
5. 3-Star (City) Prescott Hotel KL Sentral
6. 3-Star (Resort) Borneo Rainforest Lodge
7. NBOS Fresh Air Resort Tanah Aina Resorts
8. Boutique Hotel Japamala Resort

Best Airline
1. International Airline Cathay Dragon
2. Local Airline (International Route) Air Asia
3. Local Airline (Domestic Route) Air Asia

Best Foreign Tour Operator
Southeast Asia Markets
1. Singapore WTS Travel & Tours Pte Ltd
2. Indonesia Raya Utama Travel
3. Brunei Pan Bright Travel Service
4. Thailand Sunmoon Tour & Travel. Co. Ltd
5. Other ASEAN Countries Vietnam Travel And Marketing Transports JSC - Vietravel

East Asia & North Asia Markets
1. China Century Holiday International Travel Service Co. Ltd
2. Other East Asia Countries (Hong Kong, Macau & Taiwan) Lion Travel Service Co. Ltd (Taiwan)
3. North Asia (Korea) Hana Tour Service Inc.
4. North Asia (Japan) H.I.S Co. Ltd

South Asia & West Asia Markets
1. India Thomas Cook (India) Ltd
2. Other South Asia Countries (Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh & Nepal) Hemas Travels Pvt Ltd
3. West Asia Mobin Gasht Part Tour & Travel Agency

Americas/Europe/Oceania Markets
1. Europe TUI Germany
2. Americas (USA, Canada & Latin America) Indus Travels
3. Oceania Luxury Escapes

Most Innovative Tour Package
1. Off-The-Beaten Track Orou Sapulot 3D2N (Sticky Rice Travel Sdn Bhd)
2. Special Interest Birdwatching Tour Half Day (Natural History Tours Sdn Bhd)

Best Tourist Attraction
1. Natural Attraction/Eco-Tourism/Agro-Tourism Kilim Geopark
2. Man-Made Attraction – Theme Park Escape Penang
3. Man-Made Attraction – Arts & Culture North Borneo Railway

Best Tourist Guide
1. City Guide K.Muniesvaran A/L Kanniah
2. Nature Guide Wendy Chin Yoon Mun
Best Entertainment Spot Marini's On 57

Innovative Restaurant
1. Malay Restaurant Ikan-Ikan Restaurant (Four Seasons Resort Langkawi)
2. Chinese Restaurant Si Chuan Dou Hua Restaurant
3. Indian Restaurant Nadodi KL
4. Ethnic Restaurant Lepau Restaurant
5. International Restaurant Feringgi Grill (Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa)

Minister’s Award
1. Individual Anthony Wong
2. Organisation The Haven Ipoh

Prime Minister’s Award
1. Individual YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Bin Haji Haron
2. Organisation Sunway Group

Kategori “Dokumentari Pelancongan Terbaik Mengenai Malaysia” telah diberi nafas baharu dan kini dinamakan sebagai “Dokumentari Pelancongan dan Iklan Televisyen Terbaik Mengenai Malaysia”, manakala “Rencana Pelancongan Terbaik” akan menumpukan kepada rencana-rencana mengenai Malaysia yang dihasilkan oleh penulis tempatan dan antarabangsa di dalam media cetak dan juga dalam talian.





Tahniah kepada para pemenang! Didoakan semoga terus maju dalam memperkembangkan industri pelancongan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.tourism.gov.my/

Atau hubungi:

Media Relations Unit: Aliza Mansor, Senior Assistant Director, Corporate Communication Division
Tel: 03-8891 8789

Editorial Unit: Anis Rozalina Ramli, Senior Editor, Corporate Communication Division
Tel : 03-8891 8759


14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hehe... Yelah... Orang tuh yang amek gambar kan..Memang lah cantik..hehe..

      Padam
  2. Tahniah pasa semua pemenang. Wah mall fav kak ana pun menang - sunway putra mall. Semoga adanya anugerah ni dpt menaikkan taraf kualiti industri pelancongan malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup... betul tuh. Lepas ni LeYa nak calonkan penulisan blog Kak Ana la.

      Padam
  3. Tahniah buat semua pemenang. Mata terus spot pada kategori innovative restaurant tuh sebab bab bab tempat makan laju je Mimi cari tau. Pergi Langkawi nak try makan di ikan ikan restaurant la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Kelakarlah Mimi ni.. Okay... Selamat menjamu selera ye di restoran yang sedap-sedap.

      Padam
  4. Tahniah pemenang...
    Lawa la gmbr leya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Linda. Mr. Photographer a.k.a. husband, otomen taro yg amek..hehehe..

      Padam
  5. Tahniah kepada semua pemenang, seromok tgk acara gilang gemilang tu...

    BalasPadam
  6. Inisiatif yg patut disokong dalam menghargai usaha mereka yg terlibat. Acara yg meriah juga. Tahniah kepada semua yang menerima anugerah. Semoga terus sukses memartabatkan industri pelancongan negara :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..nanti next year leya calonkan blog abam KK ye..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com