Rabu, 2 Ogos 2017

DOH-BASSADOR OF CREATIVITY CONTEST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pencarian kanak-kanak paling kreatif di Malaysia untuk menghasilkan "Doh-Bassador Kreativiti" menggunakan Play-Doh yang pertama pada tahun ini dianjurkan oleh HasBro Toy (Malaysia) Sdn Bhd pada 01 - 31 Ogos 2017. Kanak-kanak berumur empat hingga sembilan tahun dari seluruh Malaysia perlulah mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi untuk ke "Open A Can of Imagination" bagi menghasilkan ukiran yang paling asli dan kreatif menggunakan tanah liat Play-Doh. 
DOH-BASSADOR OF CREATIVITY CONTEST

Syarat penyertaan adalah sangat mudah. Apa yang diperlukan hanyalah anak-anak anda perlu berkongsi gambar atau video arca yang paling kreatif di mana mereka menghasilkan kreativiti menggunakan Play-Doh di Instagram. Semua profile perlu ditukarkan kepada public dan peserta dikehendaki memasukkan sedikit penerangan ringkas apa yang telah diciptakan mereka dalam ayat tidak kurang dari 100 patah perkataan diikuti dengan hashtags #PlayDohMY dan #DohBassadorMY.

Taking part is as easy as 1, 2, 3!
  • Create a creative Play-Doh sculpture
  • Share a picture or video of your creation, together with a description of your creation in less than 100 words on Instagram
  • Hashtag #DohBassadorMY and #PlayDohMY , set your profile to public
Pemenang "Doh-Bassador of Creativity" akan menerima produk Play-Doh bernilai RM1,000 dan berpeluang untuk bekerjasama  dengan penyokong utama bagi menghasilkan siri sanjungan Malaysian-inspired dalam World Play-Doh dan Hari Malaysia pada 16 September 2017 ini. Kempen Doh-Bassador of Creativity ini disokong spenuhnya oleh The Malaysian Women's Weekly sebagai rakan media mereka. 
Menurut Kelly Yip, Pengurus kepada jenama HasBro Toy (Malaysia) berkata, "Play-Doh ini dikenali sebagai alat bantu mengajar bagi mempromosikan kemahiran motor minda kanak-kanak, kemahiran berkomunikasi, pengalaman deria dan juga kreativiti.Apabila anda membuka sahaja permainan Play-Doh itu, ia memberi inspirasi kepada kemungkinan yang tidak terjangka dan inilah yang akan menggalakkan keinginan ibubapa untuk melakukannya. Kami juga mahu mereka memupuk minda kreatif buat anak-anak mereka dan menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anak serta meneroka idea-idea yang berbeza. Jadi, 'The Doh-Bassador of Contest Creativity' ini adalah satu inisiatif untuk memberi peluang yang baik dan memberi inspirasibuat perkembangan minda dan imaginasi anak-anak."

Jenama Play-Doh ini bermula dengan hanya empat warna sahaja iaitu merah, biru, kuning dan putih. Setelah penjenamaan semula kompaun pemodelan, kini anda boleh dapati dengan lebih dari 50 warna. Dan lebih daripada 3 billion tin kompaun Play-Doh telah dikeluarkan sejak 1956 lagi. Ulang tahun Play-Doh ke-60 tahun lalu ada menyatakan di mana jenama Play-Doh ini memang sentiasa menggalakkan kreativiti dengan bermain pelbagai playsets seperti Food Role Play, Shape and Learn serta mainan digital baru, playset Play-Doh Touch.

Sebarang maklumat dan aktiviti terkini mengenai Play-Doh boleh layari laman web http://www.playdoh.com

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com