Selasa, 30 Mei 2017

Menjamu Selera Sambil Mendengar Alunan Muzik - Hanya di Symphony Hills Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) dengan kerjasama Hot Dish Concepts Sdn Bhd telah menubuhkan satu lokasi di mana artis-artis tempatan semasa dan malar hijau silam Malaysia akan mempunyai rumah untuk menunjukkan bakat mereka. Maestro, restoran bertemakan muzik di Symphony Hills Cyberjaya akan menjadi tuan rumah buat artis rakaman sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.


Buka Puasa @Maestro adalah projek YA1M yang akan membawa para tetamu yang hadir menikmati hidangan berbuka puasa diiringi persembahan secara langsung dari bintang terkenal dan yang semakin melonjak naik dari industri muzik Malaysia.


Presiden YA1M, Datuk DJ Dave telah berjaya mewujudkan platform untuk artis-artis meyampaikan persembahan dan meningkatkan peminat di kalangan mereka. Seramai 27 artis dari masa lalu dan terkini akan melayan tetamu setiap hari sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya.

Antara artis-artis yang terlibat adalah Dato' Nash, Salwah Abdul Rahman, Ibnor Riza, Salimah Mahmood, Zur Eda, Hazami, Maya Matahari, Ifa Raziah, Royce Sa'ayan, Azian Mazwan, IR Radzi, Farhan AF, Meer Nash, Maisarah Ukulele, Zarina AF, Razak A'ai, Zamil Idris, Azmir Arif, Syech Razie, Illyka, Ani Mayuni, Nadd Emilia, Aesar Mustafa, Manusia Putih, Azmarul, Sahimi dan Zaidi Anwari.





Ternyata dengan kerjasama pihak Maestro dan Hot Dish Concepts akan menjadi satu pelan jangka panjang untuk meningkatkan kehadiran dan keprihatinan artis tempatan kita. Visi YA1M untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan setiap artis di negara ini akan tercapai dengan rakan kongsi yang betul dan dana yang tersedia. Sesungguhnya, perkongsian ini adalah satu langkah ke arah yang betul. 

YA1M juga begitu teruja dengan syarikat korporat seperti UEM Sunrise, pemaju Symphony Hills dan Hot Dish Concepts berganding bahu menyokong bakat mereka. 



Jadi, LeYa selaku wakil kepada mereka ingin menjemput anda semua untuk turut sama menyertai dan menyokong usaha murni mereka. Di kesempatan ini juga, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, anda semua boleh nikmati Buffet Ramadhan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Tidak dilupakan juga, anda juga akan menikmati pelbagai makan malam sempena menyambut Hari Raya di bulan Syawal nanti. 

Sebarang maklumat, boleh kunjungi Facebook dan Instagram maestroclubhouse atau terus kunjungi ke alamat di bawah:-
Maestro Clubhouse 
Opera Clubhouse Symphony Hills
Persiaran Simfoni 9, Cyber 9,
Cyberjaya, 63000, Sepang, Selangor

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com