Selasa, 16 Mei 2017

Dream Car Expo 2017 di Mid Valley Megamall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali terakhir LeYa menjejakkan kaki ke Expo kereta adalah bersama keluarga pada tahun 2013 kalau tak silap. Memang teruja bila dapat melihat pelbagai jenis kereta mewah dan berteknologi canggih di sana. Dan sekali lagi, pada 13 Mei 2017, LeYa diberi peluang untuk menghadiri Dream Car Expo 2017 di Mid Valley Exhibition Hall 2 & 3 anjuran Golden Land Expo (M) Sdn Bhd


Dream Car Expo 2017 menampilkan barisan kereta-kereta mewah dan berteknologi canggih yang memukau mata LeYa memandang. Sebelum kita masuk lebih jauh lagi, para pengunjung perlu lah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan sekeping kad yang mana pada setiap kad itu kita perlu menyelesaikan tugasan dengan mendapatkan 5 cop dari setiap Pit Stop yang disediakan dan mengikut syarat-syarat yang diberikan. Apabila selesai kesemua 5 tugasan tersebut, di pengakhiran Pit Stop, kita akan diberi sebuah beg goodies atau cenderahati dari pihak penganjur.







Selain itu, terdapat juga pameran dari motorsikal berkuasa tinggi, basikal, booth aksesori kereta, alat ganti kereta, perfume kereta, hot wheel dan booth jualan yang berkaitan. Lebih menarik lagi kepada pengguna perkhidmatan UBER yang telah hadir, mereka diberi diskaun dengan harga RM20 pergi dan balik  ke Dream Car Expo. Pengunjung yang hadir juga diberi kesempatan untuk membuat semakan status saman yang tertunggak dan boleh terus membayarnya di Hall 2, Booth 37.




Memang tersangat lah meriah dan betul-betul happening Dream Car Expo kali ini. LeYa dan rakan-rakan blogger juga dibawa jalan-jalan mengelilingi kawasan expo oleh seorang Tour Guide, Mr. Melvin serta menerangkan secara ringkas mengenai expo yang dijalankan. 

Penat berjalan, kami diberi ruang rehat untuk makan tengah hari dan beramah mesra antara satu sama lain. Di sinilah kami akan bergambar, berselfie, berwefie, berswafoto dan seumpamanya bersama semua rakan yang hadir. Dan, tanpa LeYa duga, buat julung kalinya, event yang LeYa hadir hari ini diberi satu sijil penghargaan kepada semua rakan blogger yang telah hadir. WoW!!! Memang sangat best!!

Credit Picture: Kak Halimah



Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara yang diadakan berkenaan Dream Car Expo dan lain-lain, bolehlah layari seperti yang tertera di bawah:-



0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com