Selasa, 30 Mei 2017

Pelancaran Qurta by Sweet Aiman dan Soul to Seoul Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Rezeki artis muda, Aiman Tino semakin kelihatan selepas mendapat kejayaan dengan produk kosmetik Sweet Aiman. Hari ini, Aiman Tino mengorak langkah dan menerokai pula bidang fesyen dengan melancarkan "Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity". Qurta yang berkonsepkan "hipster" ini adalah hadiah Aiman kepada peminatnya sempena menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba nanti.


Qurta by Sweet Aiman yang dilancarkan di Busana @Menara Mara Kuala Lumpur pada 22 May 2017 ini berkonsepkan hipster yang menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur. Ia terdiri daripada 10 warna yang terkini di mana ianya dipilih sendiri oleh Aiman. Qurta by Sweet Aiman ini mempunyai ciri-ciri "unisex, di mana ia boleh dipakai atau digayakan oleh kaum wanita. Pemilihan rekaan dan corak Qurta adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato' Ryzal Jamaludin, pengasas kepada produk Wonder Glow.


Jadi, sempena nak menyambut bulan Syawal ni, Aiman Tino juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan single Raya beliau. Lagu berjudul "Lara Dalam Kerinduan" yang juga telah dimuatnaik di saluran Youtube pada 12 May 2017 telah mendapat lebih 1,000,000 penonton. 




Bagi peminat Aiman Tino atau korang yang ingin memiliki Qurta Aiman ini, boleh kunjungi ke rangkaian terpilih Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia dengan harga RM79.90:-

  1. Mydin USJ, Subang Jaya
  2. Mydin UTC, Melaka
  3. Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  4. Mydin Kubang Kerian, Kelantan
  5. Mydin Pelangi Indah, Johor Bahru
  6. Mydin Meru Raya, Ipoh
  7. Mydin Sinar Kota, Kuala Lumpur
  8. dan semua kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia

Selain itu, Aiman juga telah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Sweet Aiman dengan melancarkan peraduan "Soul to Seoul Contest Sweet Aiman". Ia memberi peluang kepada peminat-peminat Aiman untuk merebut hadiah utama berupa sebuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea beserta wang tunai RM10,000. Nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM500,000.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Telefon : +6016 709 4042

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com