Friday, 12 May 2017

Showcase Aiman Tino bersama Sufian Suhaimi dan Sandra Mentor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lalu pada malam hari Ahad 07 Mei 2017, LeYa berpeluang menghadiri Showcase 2 Jiwa 1 Hati di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia, MaTiC, Kuala Lumpur. 2 Jiwa 1 Hati yang akan bersama selama hampir 3 jam adalah Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan juga Sandra Mentor

Showcase Aiman Tino bersama Sufian Suhaimi dan Sandra Mentor
Actually, showcase ni dah pun berlangsung selama 3 hari bermula pada Jumaat 05 Mei 2017. LeYa hanya berkesempatan untuk memeriahkan majlis di malam yang terakhir bersama mereka.



Penonton yang hadir pada malam itu tersangatlah happening dan sporting. Mereka betul-betul menyokong padu kepada 3 penyanyi muda yang sedang melonjak naik. Dengan hanya mempunyai dua buah lagu sahaja, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi terus mekar dan megah berdiri di samping para peminatnya. 


Pengacara Majlis atau MC yang cukup bertenaga dari Wak Doyok memang sungguh mengujakan untuk terus kekal menonton sehingga akhir. 

Nyanyian pertama dari Sufian Suhaimi yang telah mendendangkan 4 buah lagu termasuk dua single nya, 'Terakhir' dan 'Harus Aku' .


Seterusnya, disusuli pula dengan nyanyian dari Sandra Mentor, satu-satunya artis wanita pada malam itu. Lama jugak rasanya tak dengar nyanyian dari Sandra. Memang tersangat best.

Aha!!! Ini lah yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat cilik. Penyanyi Aiman Tino yang lebih digemari oleh kanak-kanak dengan nyanyian 2 buah lagunya 'KuRela DiBenci' dan 'Permata Cinta'. Speechless giler weyyy...Sebab kanak-kanak berusia 4 tahun habis satu lagu Aiman ni dia nyanyi. Hehehe... Memang betul-betul minat tuh... Hahaha... Gaya penarik yang ada pada Aiman membuatkan semua orang suka.
 

Galakan kepada penonton yang sporting untuk turut serta ke atas pentas bersama penyanyi dalam menghiburkan para hadirin yang berada di barisan kerusi di bawah.




OMG!!! Penampilan istimewa dari lagenda kumpulan Samudera. Memang mantap giler orang lama masih boleh menyanyi. 


Bersama Ibu Aiman Tino. 3rd time to meet Aiman and his family. Dah macam keluarga angkat pulak. Dah rapat gitu!

Inilah dia peminat Aiman yang diterbangkan jauh dari Machester, UK dan si cilik ni juga atau dikenali dengan nama Zara berasal dari Brunei. Dari Machester balik ke Brunei dan dari Brunei datang ke Malaysia untuk menyaksikan Showcase Aiman Tino. Memang LeYa salute la kat Adik Zara ni..
Jeng3x... Kan LeYa dah cakap tadi. Dah jadi macam family angkat kan. Ni family Aiman Tino. Dari kiri Ayah, Ibu dan kakaknya, Farah Hezel. Oh Ye!!! Jangan lupa tau... Saksikan klip single pertama Farah Hezel berjudul 'Setiaku Pasti' di Youtube.

Bergambar sekali lagi dengan Ibu Aiman Tino dan rakan-rakan blogger yang hadir pada malam itu
 
Nicely. Akhir kata, LeYa memang sungguh terhibur dan seronok pada malam itu dapat menyaksikan sendiri Showcase Aiman Tino bersama Sufian Suhaimi dan Sandra. LeYa juga ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pusat Pelancongan Malaysia, MaTiC kerana telah berjaya melaksanakan program ini. Dan juga terima kasih tidak terhingga kepada blogger Reef atas jemputan anda.
Reaksi kOrang:

3 comments:

  1. wah! wah! sakan dia g tgk showcase eh...

    ReplyDelete
  2. Sandra tu mentor musim ke berapa? 😂 Wahhh, Zara memang peminat no 1 Aiman Tino tu. Dari Manchester ke Brunei ke Malaysia 😱

    ReplyDelete
  3. Sally Samsaiman: Hehehe...

    Nour Adieb: Alaa... tak ingat laa.. banyak sangat dah season.. Aah.. Zara ni comel je mase Aiman tanye soalan

    ReplyDelete