Isnin, 15 Mei 2017

Menikmati Buffet Ramadhan ala Western di The Chef Cafe Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini LeYa nak bawak pulak korang ke suatu tempat yang menarik untuk menikmati hidangan berbuka puasa ala Western yang sangat sedap dengan harga yang berpatutan. Lokasi yang menarik ini terletak di The Chef Cafe, Kota Kemuning, Shah Alam. Menariknya di sini, anda akan nikmati makanan seperti berada di rumah dengan hiasan dalaman yang santai dan tersusun rapi di situ. 


Pada 11 Mei 2017, LeYa sekali lagi telah menghadiri Buffet Ramadhan di The Chef Cafe, Shah Alam untuk merasai dan nikmati makanan yang sedap-sedap di situ. Memang tidak dapat dinafikan lagi, rasa makanannya memang sungguh sedap sekali membuatkan LeYa teruja untuk nikmati hampir kesemua hidangan yang disediakan. Benarlah seperti yang dikatakan dalam Tema Buffet Ramadhan 2017 kali ini iaitu "Hikayat 1001 Rasa".

The Chef Cafe, Shah Alam yang dimiliki oleh Puan Ezlin Zabri dan Encik Mohd Taufik Kamar Bahri berkata buffet Ramadhan ini akan bermula pada 28 Mei sehingga 23 Jun 2017. Terdapat pelbagai menu sajian utama, Western serta pencuci mulut yang bakal dinikmati dengan bayaran serendah RM49.90 untuk dewasa dan RM24.90 untuk kanak-kanak.

'Hikayat 1001 Rasa' ini menampilkan sajian dari hasil air tangan Chef Noor Muhammad Aliff yang sememangnya pakar dalam menyediakan sajian Melayu Selatan. Antara menu yang akan disajikan nanti adalah Asam Pedas Johor, Masak Lemak Perut & Rebung, Daging Masak Hitam, Masak Lemak Keli Salai, Sambal Goreng Jawa, Rendang Ayam/Daging, Ikan Masak Taucu, Peria Goreng Telur dan pelbagai lagi masakan Melayu serta ulam-ulaman.



Selain masakan Melayu, makanan ala Barat juga turut disediakan bagi memberi variasi kepada menu berbuka puasa 'Hikayat 1001 Rasa'. Beef/Mushroom Lasagna, Honey Chicken Wing, Black Pepper Beef, Baked Mix Vege, Lamb Stew dan House of Salad adalah antara menu ala Barat yang tersenarai.

Menu utama yang patut dicuba jika berkunjung ke sini ialah 'Mongolia Grill' dan 'Signature Laksa Tempoyak' yang memang LeYa sendiri speechless bila dah merasainya. Sangat sedap dan memang LeYa sarankan untuk korang rasainya. Hidangan Mogolian Grill ini dihidangkan dengan cara kita sendiri perlu memilih bahan-bahan yang untuk dimasak dan harganya hanya RM9.90 satu pinggan.





Menu pilihan Mongolian Grill
Hidangan yang LeYa telah nikmati bersama Encik Otomen Taro
Anda akan dapat nikmati hampir 50 menu yang akan dipersembahkan oleh Chef Aliff secara pusingan rotation pada setiap hari. Ini bermakna sajian berbuka puasa 'Hikayat 1001 Rasa' di The Chef Cafe menampilkan juadah yang berbeza pada hari-hari tertentu.

Selain hidangan utama, Kambing Golek merupakan menu wajib yang akan menjadi pelengkap kepada senarai menu berbuka puasa. Iftar Ramadhan 'Hikayat 1001 Rasa' turut menyediakan hidangan berkonsepkan "stall" bagi kelihatan lebih meriah lag. Ayam Tempayan, Mogolian Grill, Pasta, Bubur Nasi dengan Sambal Hiris Cepo/Kentang, Laksa Tempoyak serta ABC adalah mennu makanan yang bakal dinanti-nanti.




Bagi mengakhiri sesi iftar anda nanti, pelbagai pencuci mulut seperti aneka kuih-muih Melayu tempatan, kek, tart dan ABC bakal menyempurnakan lagi sajian berbuka puasa di The Chef Café.


Sebarang maklumat tempahan, bolehlah hubungi

The Chef Café
43 Business Park 1 Seksyen 31,
Persiaran Anggerik Vanilla,
Kota Kemuning,
40460 Shah Alam, Selangor.

03 – 5525 3707 atau 017 – 499 1707

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com