Isnin, 8 Mei 2017

TRANSFORMERS Midnight Madness at Mid Valley Megamall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Inilah yang dinanti-nanti oleh semua peminat tegar TRANSFORMERS. Berita baik buat anda yang tergila-gila kan TRANSFORMERS ini, anda boleh dapatkan merchandise TRANSFROMERS: THE LAST KNIGHT, filem terbaru yang akan ditayangkan pada bulan Jun ini. LeYa telah diberi kesempatan untuk turut serta dalam acara pelancaran merchandise TRANSFORMERS Midnight Madness anjuran Hasbro Toy (Malaysia).


Tepat jam 12.00 tengah malam pada 28 April 2017 di perkarangan outlet Toy 'R' Us, Mid Valley Megamall, berlangsung satu program pelancaran merchandise TRANSFORMERS Midnight Madness kepada semua peminat dan pengumpul merchandise TRANSFORMERS. Pelancaran ini menawarkan kepada peminat TRANSFORMERS edisi terhad 'Deluxe and Voyager class figures' sebagai hadiah istiimewa dari setiap pembelian merchandise TRANSFORMERS yang baru.


Bermula seawal jam 10.00malam, aktiviti sudah dimulakan dengan acara 'Meet & Greet' kepada semua peminat yang hadir. Aktiviti menarik yang mendapat perhatian di kalangan peminat pada malam itu adalah 'Facebook Photo Pose' di mana setiap peserta hendaklah menggayakan watak Optimus Prime yang paling kreatif dan dimuatnaik di halaman Facebook TRANSFORMERS. LeYa dan Otomen tidak melepaskan peluang untuk turut serta. 10 orang peserta terbaik menjadi pemenang pilihan. Malangnya bukan rezeki kami malam itu. Tetapi gembira dan sangat seronok dengan Majlis Pelancaran Merchandise TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT di TRANSFORMERS Midnight Madness hari itu.

Terdapat juga aktiviti Toys 'R' Us Facebook Live di mana ia merupakan sesi interaksi 'on the spot' bersama peminat yang hadir. Memang banyak hadiah yang menarik dan lumayan buat mereka yang telah turut serta.



 





Peminat semakin teruja dan bersemangat menantikan detik jam 12.00 tengah malam.Mereka berpusu-pusu beratur dan menunggu di hadapan pintu masuk outlet Toy 'R' Us untuk mendapatkan pembelian pertama merchandise TRANSFORMERS secara ekslusif malam itu. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz yang ada yang membuatkan mereka tidak sabar untuk serbu masuk ke outlet tersebut. Sudah semestinya antara yang akan menjadi rebutan ramai adalah Optimus Prime, Bumblebee dan banyak lagi merchandise yang boleh didadapati. Selain itu, terdapat juga koleksi TRANSFORMERS yang lain seperti alat tulis, kasut, beg yang menarik untuk dibawa pulang bersama.



 

 



Pelancaran merchandise TRANSFORMERS ini diinspirasikan daripada filem terbaru TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT yang mana filem tersebut merangkumi program kicked-off REVEAL YOUR SHIELD di seluruh dunia pada 25 April di saluran media digital dan social TRANSFORMERS dengan setiap kandungannya eksklusif diilhamkan oleh TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT termasuk video yang menampilkan watak baru, BARRICADE.

Selain itu, anda akan dapat satu kejutan yang bakal muncul di laman web dan aplikasi TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT yang mana anda akan dapat nikmati permainan video dan aktiviti baru sehingga filem tersebut ditayangkan nanti.  Oleh itu, bagi yang tidak ingin ketinggalan dalam aktiviti TRANSFORMERS ini, bolehlah anda layari maklumat yang tertera seperti di bawah:

Website: www.transformers.com
Facebook Page: www.facebook.com/Transformers
Instagram: www.instagram.com/TRANSFORMERSOFFICIAL

1 ulasan:

  1. Teringat pula dengan drama 'Defendant', ada sorang tu minat sangat dengan Optimus

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com