Rabu, 24 Mei 2017

Hidangan Raya Anda Jadi Mudah Dengan Philips All-In-One Pressure Cooker

Assalamualaikum  dan Salam Sejahtera...


Beberapa hari je lagi umat Islam nak menunaikan kewajipan Rukun Islam kita yang ketiga kan iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan. Ramailah di kalangan ibu-ibu, mama, emak, mummy dah mula memikirkan hidangan yang sedap-sedap untuk dihidangkan buat keluarga tersayang. Lebih-lebih lagi di waktu musim perayaan nanti. Memang tak menang tangan la nak memasak. 

Memang menjadi lumrah rakyat Malaysia yang cukup terkenal dengan cintanya pada makanan. Jadi, dah tiba masanya hari ini untuk LeYa memperkenalkan sebuah periuk All-In-One Pressure Cooker dari PHILIPS. Philips menawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bagaimana mengekalkan hidangan tradisional tempatan dengan bantuan inovasi moden menerusi pelancaran Philips All-In-One Pressure Cooker Generasi Baru pada 18 Mei 2017 lalu di Yellow Apron, Petaling Jaya.

Chef Marina Mustafa bersama Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Philips Malaysia
Seperti yang kita maklum, Ramadhan dan Raya adalah waktu untuk keluarga dan sahabat handai berkumpul menikmati hidangan makanan yang sedap dan memuaskan. "Kebiasaannya, inilah masa buat rakyat Malaysia untuk merasai dan menikmati serta menghargai hidangan tradisional yang mengambil masa yang lama untuk memasaknya. Oleh itu, misi Philips adalah membantu orang ramai untuk membaiki kehidupan mereka dengan mengekalkan hidangan tradisional menerusi inovasi moden serta mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga yang tersayang," kata Muhammad Ali Jaleel.



Philips All-In-One Pressure Cooker Generasi Baru dilengkapi sistem masakan pintar dan menawarkan satu pengalaman memasak yang cukup hebat dan seronok kerana membolehkan anda semua memasak perlahan atau menggunakan tekanan dalam satu alat sahaja. Terdapat 4 cara memasak iaitu memasak cepat (saute), membakar, memanaskan dan menghangatkan semula hidangan.  

Selain itu, Philips All-In-One Pressure Cooker membolehkan anda semua memasak lapan kali lebih cepat. Ia sangat menjimatkan masa dan tenaga anda di dapur. Dengan fungsi masak pelbagai butang menu untuk memasak dan mengukus, pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan dengan mudah dan cepat.


Bahagian dalam periuk Philips All-In-One Pressure Cooker diperbuat daripada aloi aluminium yang mana ia sangat tahan lama dan menawarkan pengaliran haba secara menyeluruh untuk menghasilkan masakan yang sekata. Ia juga disalut dengan salutan Whitford keemasan yang istimewa, anti calar dan tidak melekat. Dengan memiliki penjaga masa yang mudah diprogram, ia memberi hidangan anda yang cukup hebat dan enak untuk dinikmati. Hanya memasak dalam kiraan masa 30minit berbanding 4 jam di dapur gas.

Chef Marina Mustafa menunjukkan gaya memasak Rendang Daging... memang sedappp sangatttt....


Chef Jovian dengan hidangannya

bersama kak Ruby.my



Wahhh!!! LeYa dah macam rasa suasana Raya pulak ketika itu. Dengan iringan muzik lagu-lagu raya, anyaman ketupat dan hidangan masakan tradisional yang dimasak menggunakan Philips All-In-One Pressure Cooker Generasi Baru itu membuatkan LeYa tak sabar-sabar untuk pulang ke kampung berhari raya. Hehehe...


Philips All-In-One Pressure Cooker ini dijual dengan harga RM799 dan boleh didapati di 

Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur 

The Gardens Mid Valley, Kuala Lumpur 

Sutera Mall, Johor Bahru

Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya & Pulau Pinang


Untuk keterangan lanjut berkenaan periuk Philips All-In-One Pressure Cooker Generasi Baru, boleh layari:-

2 ulasan:

  1. I think this new cooker will make my Mom happy. Whenever I bought her kitchen supplies, she feels so proud. But I don't cook.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com